Wednesday, January 14, 2015

Filem Below 2002


Sekumpulan survivor kapal Hospital British diselamatkan oleh Krew Kapal Selam USS Tiger Shark, kapal mereka di bom oleh torpedo beberapa hari sebelum itu. 2 lelaki dan 1 wanita adalah mereka yang terselamat.

Semasa mereka menyelamatkan survivor itu radar mereka ada mengesan kapal musuh yang berada tidak jauh dari mereka, rupa-rupanya kapal itu sedang terbakar. 1 dari 3 tebusan itu cedera teruk akibat melecur, sewaktu mereka di dasar laut tiba-tiba mereka dibom oleh musuh dan Leftenan Brice mengesyaki sesuatu pada survivor itu dan lebih mengejutkan lagi apabila salah seorang dari mereka adalah tahanan perang Jerman! Kerana merasakan survivor itu telah mensabotaj kapal nya Leftenan Brice itu telah menembak mati tahanan itu

Misteri siapa yang mengebom kapal hospital yang dinaiki para survivor itu terbongkar setelah Claire Page, satu-satunya survivor wanita dalam kapal itu membaca buku log harian di kabin milik Leftenan Brice, dan dari catatan itu dia mengetahui sebelum kehadiran dia, ada seorang individu yang juga bekas kapten kapal itu yang bernama Leftenan Komander Winters dan dia hairan kenapa ada uniform Lt Kmd Winters di dalam kabin milik Lt Brice.


Semasa bersembunyi di dasar laut mengelak dari dikesan kapal selam Jerman, sistem sonar kapal selam itu rosak akibat sauh yg digunakan oleh kapal selam musuh telah menyebabkan kerosakan kepada struktur luar kapal selam itu. 4 orang krew diarah untuk membaiki tangki minyak yang bocor, Leftenan Junior Coors salah seorang saksi pada malam Lt Kmd Winters mati,  telah terkorban akibat terjatuh disebabkan melihat kelibat hantu semasa hendak membaiki kebocoran tangki minyak. Lt O'Dell, Wally dan Stumbo menjumpai mayatnya dalam keadaan pecah di kepala dan mata kemerah-merahan, mereka pun melarikan diri ke dalam kapal.

Keadaan semakin meruncing buat mereka, kerana periskop dan sistem sonar sudah musnah jadi mereka kini ibarat tiada mata, telinga. Masalah baru pula timbul apabila kemudi kapal mereka mengalami masalah dan tekanan hidrogen dalam kapal pula semakin meningkat. Tiba-tiba mereka terputus bekalan elektrik dan kehilangan krew kapal akibat kepanasan yang melampau dan mereka rentung akibat renjatan elektrik yang kuat.


Lt Loomis pula yang terkejut selepas melihat hantu menyerupai dirinya di dalam cermin menjadi panik dan melarikan diri berenang keluar dari kapal dan tertusuk besi tajam dan mati. Tidak lama kemudian mereka pula di landa suhu sejuk yang kritikal di dalam kapal selam itu. Setelah mereka menyiasat misteri kematian Lt kmd Winters dan kapal perang Jerman itu, mereka akhirnya mengetahui yang sebenarnya mereka telah mengebom kapal hospital milik tentera British! iaitu sekutu mereka sendiri.

Ketika  Lt Kmd Winters  meninjau keadaan selepas operasi pengeboman dia terdengar suara meminta tolong dalam bahasa Inggeris, jadi dia pun menghulurkan bantuan kepada mereka yang terselamat. Tetapi 3 orang dibawahnya iaitu Lt Brice, Loomis dan Coors tidak bersetuju kerana jika didapati mereka telah mengebom kapal hospital itu bermakna mereka telah melakukan kesilapan dalam tugas dan kesalahan itu bakal merosakkan reputasi mereka. Jadi mereka bertiga telah berpakat untuk membunuh Lt komander Winters dan mereka-reka cerita kononnya dia cuba mengambil cenderamata dari kapal milik Jerman itu.

Nasib mereka baik kerana radar mereka berjaya mengesan kehadiran kapal lain, mereka meminta bantuan daripada kapal itu. Leftenan Loomis menjadi penghalang mereka dari berpindah ke kapal itu, akhirnya dia menembak dirinya sendiri. Page, Lt O' Dell, Wally dan Stumbo terselamat dan sempat menaiki kapal itu. Di akhir cerita kapal selam itu terdampar berhampiran kapal hospital yang mereka bom dahulu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.