Telemovie ini adalah filem tentang John Wayne Gacy, pembunuh kejam yang telah melakukan penderaan seksual dan membunuh lebih 33 orang nyawa. Sasarannya adalah lelaki yang berusia 17-25 tahun, lebih-lebih lagi mereka yang mahu mendapatkan pekerjaan.
Gacy pada awalnya seorang anak yang sering menjadi bahan lepas geram bapanya. Dan akibat penderaan itu dia mengalami masalah psikologi dan jika di provokasi dia akan membalas dendam dengan kejam.
Gacy dan keluarganya baru saja berpindah ke Chicago setelah dia selesai menjalani hukuman kerana meliwat kanak-kanak. Gacy menjadi role model dikalangan masyarakat setempat kerana sumbangan nya pada badan amal dan penglibatanya dalam parti politik. Dia juga menyediakan peluang pekerjaan kepada remaja di situ. r Jiran-jirannya berasa hairan kenapa ruang bawah tanah rumah nya berbau busuk dan hanyir, begitu juga di malam hari mereka berasa pelik kerana terdengar suara seperti orang sedang bergaduh.
Isteri Gacy, Karen mula syak sesuatu yang tidak kena apabila di garaj terdapat pakaian lelaki bukan milik suaminya. Pihak polis pula mengesyaki Gacy kerana laporan orang hilang di kawasan itu terutama anak muda dipercayai kali terakhir mereka dilihat bersama Gacy. Gacy yang sering menyeksa mangsa dengan merendam kepala ke dalam air dan mencekik mereka menanam mangsa nya di ruang bawah tanah.
Isteri dan anak-anak nya meninggalkan Gacy kerana kecewa dengan sikap homoseksual suaminya. Ibu Gacy tidak mengesyaki apa-apa kerana Gacy dihadapannya berkelakuan baik. Pihak polis mula mengawasi pergerakan Gacy dan dia tumpas juga akhirnya apabila seorang pekerja nya datang ke rumah menuntut gaji yang tertangguh dan mangsanya sempat keluar rumah dan diselamatkan pengintip polis yang menunggu di luar rumah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.