Friday, February 20, 2015

KL Ditakluki Warga Asing

Petang semalam saje merayau-rayau di tengah Kolumpo. Dah lama tak jalan-jalan, sambil tu terlintas di fikiran nak pergi pasar seni tengok gelagat warga kota. Masa sampai di Medan Pasar yang dulunya tempat tunggu bas tapi sekarang laluan bas di situ dah ditutup dan dijadikan dataran, ternampak segerombolan warga asing berkumpul dan melepak di situ. Ada pelbagai bangsa, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Nepal, Pakistan dan Bangladesh.
Alang-alang dah ada pelbagai bangsa disitu aku pun ambil la gambar. Punya la riuh rendah kat situ padahal diorang cuma melepak dan tunggu bas je bukan ada aap-apa pesta disitu.

Thursday, February 19, 2015

Masa Depan Yang Tidak Menjadi Kenyataan

Masa mula-mula tengok Back To The Future dulu, aku ramalkan di tahun 2015 ini kita sudah boleh bermain hoverboard dengan tenang dan tidak perlu lagi berjalan kaki. Tetapi sehingga kini Hoverboard masih belum dihasilkan secara besar-besaran, kalau Hoverboard pun kita masih gagal untuk hasilkan dalam waktu ini, bagaimana pula dengan kereta terbang ?? nampak sangat segala jangkaan orang-orang terdahulu semuanya menemui kegagalan. Tapi di 2015 apa yang aku temui hanyalah aiskrim dalam pasu dan kuih ketayap inti aiskrim coklat.


Konspirasi Orang Kafir Untuk Membunuh Umat Islam


Seriusly.....apakah individu yang menghasilkan imej di atas seorang yang menunggang unta ?? apakah yang menunggang motorsikal itu semuanya muslim ? Marco Simoncelli, Daijiro Kato adalah pelumba motosikal mereka ini mati semasa berlumba adakah mereka ini muslim ?? kalau dah ajal itu tak mengenal sesiapa, tak mengira agama atau apa jua fahaman. Mati itu pasti.


Tuesday, February 17, 2015

Frootees - Siri Animasi Kanak- kanak Hujung 90an

Frotees ialah siri animasi kanak-kanak yang disiarkan di RTM pada lewat 90an dulu iaitu antara 1999-2000, dah lama aku carik siri tv ni. Baru hari ni jumpa, walaupun grafik dia cuma 2D tapi jalan cerita dia lebih baik dari kartun-kartun tempatan yang dihasilkan pada dekad ini. Frotees ini tidak begitu diketahui kerana tidak disiarkan lebih kerap di siaran lain berbanding kartun lain era itu seperti Usop Sontorian dan Kluang Man.






Saya Seorang Kuih Ketayap



Hai nama saya kuih ketayap, saya berbangsa Malaysia berketurunan Melayu. Ini kerana saya berasal dari bumi Malaysia dan pembuat saya sudah semestinya orang Melayu, ini ditambah lagi dengan bukti orang Melayu di Malaysia sering memakai ketayap. Jadi sudah pastinya saya boleh dikaitkan dengan bangsa Malaysia berketurunan Melayu.
Saya berwarna hijau dan isi dalaman saya ada kalanya berwarna hitam atau perang gula melaka. Tidak kisah la apa warna intinya asalkan intipati nya diperbuat dari kelapa parut. Cuma beza rasanya lebih manis dan pekat jika ber inti kan kelapa parut gula melaka dari kelapa parut biasa. Saya mudah didapati di gerai-gerai pacak atau pun di warung-warung.

Dahulu saya boleh didapati pada harga 1 ringgit dapat 5 ketul tetapi disebabkan inflasi kini saya hanya boleh dimiliki pada harga 1 ringgit untuk 3 ketul. Walaupun harga saya semakin mahal tetapi bentuk saya semakin mengecil, dahulu panjang saya sama dengan 1 batang pensil,pen tetapi kini panjang saya hanya sebesar jari hantu.

Saya dapati kawan-kawan saya dari spesies berlainan seperti lekor dan goreng pisang semakin ber evolusi, mereka dahulu hanya dimakan sebegitu saja, kadang-kadang dicicah dengan sos kicap hitam atau cili tetapi kini mereka semakin urban apabila mereka dikacukkan dengan makanan dari negeri orang, iaitu Keju. Tidak pasti adakah mereka mahu melupakan identiti mereka sebagai makanan tradisional Melayu ataupun sengaja di urban kan untuk menepati selera tekak orang putih.

Sebagai lambang makanan tradisional orang Melayu saya memilih untuk kekal sebagai kuih ketayap yang berwarna hijau dan berintikan kelapa parut. Saya tidak kisah untuk di urban kan kerana saya sudah ada kembar saya yang memang berasal dari negara orang, iaitu pancake. Cara saya dibuat sama seperti pancake bezanya dia di makan bersama madu tetapi saya dicampurkan dengan kelapa parut dan digulung.

Tetapi satu hari saya dikejutkan dengan kemunculan ketayap ber intikan aiskrim coklat !! Oh tidak ! tidak global kah imej kami yang berintikan kelapa parut selama ini ?? Dimana silap nya kami hingga dimodenkan hingga menjadi ketayap inti aiskrim coklat ? jika selama ini kami dijual pada harga mampu makan, adakah dengan inti aiskrim coklat ini kelak kami dijual pada harga mampu tengok ? Praktikal kah sejenis kuih gulung seperti kami berintikan aiskrim coklat ? tidak cairkah inti kami jika dibawa pulang untuk anak-anak,isteri di rumah ?? bagaimana kamu mampu memuatkan coklat ke dalam ketayap ? adakah kami ini produk sejuk beku ?



Sunday, February 15, 2015

Filem Fury 2014




Filem perang ini digambarkan berlaku selepas hari pendaratan Normandy, dan tentera berikat sudah berjaya masuk ke kawasan tentera Jerman. Sarjan Don Collier, seorang tentera yang berpengalaman memerangi tentera Nazi sejak di Afrika menjadi ketua dalam kereta kebal nya. Dia dibantu 3 lagi survival iaitu Bible, seorang penganut ajaran kristian yang taat, Grady, tukang mengisi peluru di dalam kereta kebal dan Gordo, askar Amerika keturunan Latin. 

Norman, seorang pemuda yang pertama yang baru saja menyertai tentera. Ditugaskan untuk menjadi krew kereta kebal di bawah pimpinan Don Collier menggantikan Red, anggota yang terkorban sebelum itu. Norman hanyalah seorang kerani dan dia tidak mempunyai sebarang keinginan untuk berperang. Akibat kecuaiannya, 1 unit kereta kebal terkorban kerana serangan hendap. Untuk membuatkan dia menjadi seorang yang berani, Don telah memaksa nya dengan membunuh seorang tentera Nazi.

Mereka tiba disebuah pekan, keadaan menjadi sayu apabila terdapat mayat yang mati digantung dengan terpapar tag di dada bertulis yang mereka digantung kerana tidak mahu bekerjasama dengan Nazi. Di pekan itu ada sekumpulan warga Jerman yang ingin menyerah diri dan dari kalangan mereka ada seorang tentera Nazi dan dia dibunuh oleh tentera Berikat kerana menjadi dalang yang mengarahkan mereka yang tidak mahu bekerja sama dengan Nazi dihukum gantung.

Di pekan itu, Don dan Norman memasuki 1unit rumah dan menemui seorang wanita, Irma dia menyelongkar apartment itu dan menjumpai Emma, sepupunya. Don bersikap rasional dengan tidak menyeksa dan membunuh perempuan itu. Dia meminta agar mereka menyediakan sarapan pagi untuk dinikmati bersama. 1 kelebihan Don ialah dia mampu bertutur bahasa Jerman. Norman pula mula berkawan dengan Emma dan mula timbul bibit cinta antara mereka walaupun terdapat jurang perbezaan bahasa.

Keadaan menjadi huru hara apabila Grady dan Gordo membuat kacau. Don pula marah kerana kurang senang dengan kehadiran Grady, Gordo dan Bible yang mengganggu waktu bersarapannya. Ketika hendak bersiap memulakan perjalanan pekan itu dibom oleh tentera udara Jerman dan mengakibatkan banyak bangunan runtuh dan ramai nyawa terkorban termasuk Emma. Norman pula kecewa akibat kematian Emma, dan perasaan benci terhadap Nazi mula membuak buak dalam dirinya.

Mereka berperang dengan kereta kebal milik Jerman, Tiger yang dilengkapi teknologi terkini lebih canggih dari apa yang ada pada kereta kebal mereka. Dari 4 unit yang bertempur 3 daripadanya terkorban. Fury, nama kereta kebal Don berjaya memusnahkan Tiger dan mereka meneruskan perjalanan ke simpang 4. Tiba-tiba kereta kebal mereka tidak dapat bergerak kerana terkena perangkap periuk api. Roda Fury pecah dan terpaksa dibaiki. Disitu ada bangunan, Grady dan Norman ditugaskan untuk meninjau dan tiada sebarang ancaman pihak musuh disitu.

Ketika sedang menjadi pemerhati di bukit, Norman ternampak batalion askar Jerman sedang menuju ke arah mereka dan dalam keadaan meruncing itu mereka ber empat merancang untuk lari dan bersembunyi. Tetapi dibantah oleh Don, kerana dia tidak takut dengan 1 batalion tentera Jerman itu dan lebih rela mati didalam Fury yang sudah dianggapnya sebagai rumah nya.


Mereka bertempur dengan baik dan ramai askar Jerman terkorban, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana kehabisan peluru. Grady terkorban setelah bedilan peluru anti-kereta kebal tepat mengenai sisi kiri Fury. Giliran Gordo pula menyusul setelah ditembak ketika mahu melempar bom tangan dan dia mengorbankan dirinya dengan mendakap bom itu yang terjatuh ke dalam Fury.


Bible menjadi mangsa peluru setelah terkena tembakan dari belakang kepalanya semasa hendak memberi bantuan bom tangan kepada Don. Don ditembak di tangan dan badannya menyebabkan dia lemah dan tidak mampu untuk menggunakan senapang. Dia mengarahkan Norman menyelinap keluar dari Fury melalui ruang palka di bawah. Don akhirnya mati apabila 2 bom tangan digugurkan ke dalam Fury. Norman pula bersembunyi dibawah Fury dan menyamar sebagai orang awam untuk mengelakkan dari dibunuh. Pagi keesokan harinya, dia masuk semula ke dalam Fury dan diselamatkan oleh pasukan perubatan tentera Berikat.


Monday, February 9, 2015

Filem Melayu Penuh Adab Sopan, Ketimuran


Filem 50 shades of grey diharamkan dari ditayangkan di pawagam Malaysia kerana banyak adegan-adegan yang kurang sesuai untuk tontonan katanya...dalam pada itu baru aku teringat yang filem-filem melayu ini semuanya penuh dengan adat " ketimuran ".



Sunday, February 8, 2015

Edisi Sedar Tak Sedar Minggu Ini

Apa yang dipaparkan dalam gambar di bawah ini memang ketara berlaku di sekeliling kita hari ini dan perubahan ini terjadi sebab evolusi..contohnya dulu-dulu nak makan makanan segera macam Mekdi, Kepsi tu satu benda mewah untuk kita sekarang harga 1 set kepsi,mekdi tu lebih murah dari 1 set nasik campur. Nampak tak perubahan ketara dia tu ??


Dulu nak dengar lagu kita dengar radio dulu lepas tu baru beli CD,Kaset. Sekarang ramai-ramai pakat download secara haram dari internet. Dulu radio atau walkman adalah starter kit kepada penggemar muzik, sekarang masing-masing ada mp3 dalam selfon masing-masing. 


Dulu-dulu kalau bercuti kita semua wajib bergambar bersama-sama dan posing dalam gambar tu macam tangkap gambar hari raya je. Semua berdiri dan senyum, pose yang lain sikit buat simbol peace dan tangan setan sambil tangkap gambar. Sekarang bila bercuti je mesti ambik gambar selfie, dan tunjuk paha lepas tu upload kat instagram. 5-6 tahun dulu, selfie ni adalah pose gambar paling jijik sekali entah kenapa sekarang ni masing-masing sibuk nak ada monopod dan sibuk selfie sana sini.



Dulu-dulu hari jadi adalah hari paling gembira, dapat hadiah, boleh makan makanan best-best, kawan-kawan ada untuk meriahkan hari jadi kita. Seronok dia mengalahkan hadiah dapat no 1 dalam kelas. Tapi tu dulu, sekarang yang ada cuma ucapan selamat hari jadi di laman sosial.


Kecik-kecik dulu kalau sakit benda yang paling kita tak suka ialah makan ubat. Pahit ubat tu kadang-kadang buat kita rasa nak muntah balik je ubat tu lepas makan. Tapi sekarang ni pergi klinik la paling dibenci, bukan sebab takut jarum suntikan atau doktor tapi takut bil perubatan yang mahal. Ubat selsema,demam kat klinik swasta saja dah Rm 60 lebih.


Dulu-dulu, waktu petang memang wajib bersukan atau main permainan budak-budak. Sape yang tak bersukan tu nampak sangat la ganjil dan sape yang tak main polis entri, main sembunyi-sembunyi tu nampak sangat kera sumbang. Dulu la...sekarang bile sebut bola je semua fikir Fifa, PES, Football manager. Budak-budak urban pulak sibuk main game dalam smartfon.


Tapi dalam semua ni masih ada yang kekal, kecik-kecik dulu kita tengok ultraman dan ultraman tu jadi minat yang wajib untuk budak-budak umur 5-10 tahun. Sekarang bila astro ceria, Ntv7 ulang balik ultraman dan siri kartun lain yang kita tengok masa budak-budak dulu dan adik-adik kita yang masih kecik ni teruja tengok kartun gitu dah jadi macam 1 jambatan pulak untuk kita yang dewasa ni jadi sekepala dengan adik kita yang kecik tu.

Macam Star Wars, dari tahun 70 an sampai lah ke Star Wars 7 yang bakal keluar tahun ni. Semua peminat dari setiap pelusuk umur tak sabar tunggu filem terbaru Star Wars ni yang bakal membuka lembaran baru dimana tiada lagi watak ikonik, Darth Vader, Anakin, Luke, Obi Wan dan Han Solo. Mungkin peminat Star Wars yang terdiri dari mereka yang lahir di era 2000 an pula akan muncul ??



Wednesday, February 4, 2015

Asal Usul Kenapa B@B1 Digunakan Ketika Mencarut

Ada logik jugak ni, tapi heran pun ada. Derasnya air kencing khinzir tu sampai boleh padamkan api.


Boikot Edisi 100001.0000

Boikot: NGO sokong saranan Ismail Sabri

Pastikan tiada peniaga eksploitasi harga

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/boikot-ngo-sokong-saranan-ismail-sabri-1.55793#sthash.wCQo8NhV.dpuf



Tak payah boikot pun takpe, kau tunggu jela tahun baru cina nanti. Tutup bukan sehari-dua, paling kejap 5 hari. Waktu tu baru kau tau betapa seksanya nak beli barang-barang keperluan, dari kedai baju sampai la ke kedai handset abes tutup, masa tu baru terfikir yang selama ni diorang ni banyak korbankan masa cuti untuk meniaga,bukak kedai dan memudahkan urusan harian kau.

Cuba kau bayangkan bila stok sayur, air mineral, buah-buahan yang kau biasa beli kat kedai pada hari-hari biasa tiba-tiba boleh takde stok kat kedai-kedai, pasaraya ?? itu belum lagi bila kedai hardware, barangan elektrik tutup maunya mesin basuh,peti sejuk rumah kau rosak tak boleh repair sanggup tahan seminggu tak pakai mesin basuh, peti sejuk sementara menunggu apek,ah beng bukak kedai ?? Time tu plak mentol lampu kau hangus, sinki bocor ada ke kedai hardware yang bukak masa tu ??

Aku selalu merasa benda gini. Sedangkan boikot Israel pun dah banyak kali failed. Inikan nak boikot peniaga tempatan. Haprak la...