Sunday, February 15, 2015

Filem Fury 2014




Filem perang ini digambarkan berlaku selepas hari pendaratan Normandy, dan tentera berikat sudah berjaya masuk ke kawasan tentera Jerman. Sarjan Don Collier, seorang tentera yang berpengalaman memerangi tentera Nazi sejak di Afrika menjadi ketua dalam kereta kebal nya. Dia dibantu 3 lagi survival iaitu Bible, seorang penganut ajaran kristian yang taat, Grady, tukang mengisi peluru di dalam kereta kebal dan Gordo, askar Amerika keturunan Latin. 

Norman, seorang pemuda yang pertama yang baru saja menyertai tentera. Ditugaskan untuk menjadi krew kereta kebal di bawah pimpinan Don Collier menggantikan Red, anggota yang terkorban sebelum itu. Norman hanyalah seorang kerani dan dia tidak mempunyai sebarang keinginan untuk berperang. Akibat kecuaiannya, 1 unit kereta kebal terkorban kerana serangan hendap. Untuk membuatkan dia menjadi seorang yang berani, Don telah memaksa nya dengan membunuh seorang tentera Nazi.

Mereka tiba disebuah pekan, keadaan menjadi sayu apabila terdapat mayat yang mati digantung dengan terpapar tag di dada bertulis yang mereka digantung kerana tidak mahu bekerjasama dengan Nazi. Di pekan itu ada sekumpulan warga Jerman yang ingin menyerah diri dan dari kalangan mereka ada seorang tentera Nazi dan dia dibunuh oleh tentera Berikat kerana menjadi dalang yang mengarahkan mereka yang tidak mahu bekerja sama dengan Nazi dihukum gantung.

Di pekan itu, Don dan Norman memasuki 1unit rumah dan menemui seorang wanita, Irma dia menyelongkar apartment itu dan menjumpai Emma, sepupunya. Don bersikap rasional dengan tidak menyeksa dan membunuh perempuan itu. Dia meminta agar mereka menyediakan sarapan pagi untuk dinikmati bersama. 1 kelebihan Don ialah dia mampu bertutur bahasa Jerman. Norman pula mula berkawan dengan Emma dan mula timbul bibit cinta antara mereka walaupun terdapat jurang perbezaan bahasa.

Keadaan menjadi huru hara apabila Grady dan Gordo membuat kacau. Don pula marah kerana kurang senang dengan kehadiran Grady, Gordo dan Bible yang mengganggu waktu bersarapannya. Ketika hendak bersiap memulakan perjalanan pekan itu dibom oleh tentera udara Jerman dan mengakibatkan banyak bangunan runtuh dan ramai nyawa terkorban termasuk Emma. Norman pula kecewa akibat kematian Emma, dan perasaan benci terhadap Nazi mula membuak buak dalam dirinya.

Mereka berperang dengan kereta kebal milik Jerman, Tiger yang dilengkapi teknologi terkini lebih canggih dari apa yang ada pada kereta kebal mereka. Dari 4 unit yang bertempur 3 daripadanya terkorban. Fury, nama kereta kebal Don berjaya memusnahkan Tiger dan mereka meneruskan perjalanan ke simpang 4. Tiba-tiba kereta kebal mereka tidak dapat bergerak kerana terkena perangkap periuk api. Roda Fury pecah dan terpaksa dibaiki. Disitu ada bangunan, Grady dan Norman ditugaskan untuk meninjau dan tiada sebarang ancaman pihak musuh disitu.

Ketika sedang menjadi pemerhati di bukit, Norman ternampak batalion askar Jerman sedang menuju ke arah mereka dan dalam keadaan meruncing itu mereka ber empat merancang untuk lari dan bersembunyi. Tetapi dibantah oleh Don, kerana dia tidak takut dengan 1 batalion tentera Jerman itu dan lebih rela mati didalam Fury yang sudah dianggapnya sebagai rumah nya.


Mereka bertempur dengan baik dan ramai askar Jerman terkorban, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana kehabisan peluru. Grady terkorban setelah bedilan peluru anti-kereta kebal tepat mengenai sisi kiri Fury. Giliran Gordo pula menyusul setelah ditembak ketika mahu melempar bom tangan dan dia mengorbankan dirinya dengan mendakap bom itu yang terjatuh ke dalam Fury.


Bible menjadi mangsa peluru setelah terkena tembakan dari belakang kepalanya semasa hendak memberi bantuan bom tangan kepada Don. Don ditembak di tangan dan badannya menyebabkan dia lemah dan tidak mampu untuk menggunakan senapang. Dia mengarahkan Norman menyelinap keluar dari Fury melalui ruang palka di bawah. Don akhirnya mati apabila 2 bom tangan digugurkan ke dalam Fury. Norman pula bersembunyi dibawah Fury dan menyamar sebagai orang awam untuk mengelakkan dari dibunuh. Pagi keesokan harinya, dia masuk semula ke dalam Fury dan diselamatkan oleh pasukan perubatan tentera Berikat.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.