Tuesday, February 17, 2015

Saya Seorang Kuih Ketayap



Hai nama saya kuih ketayap, saya berbangsa Malaysia berketurunan Melayu. Ini kerana saya berasal dari bumi Malaysia dan pembuat saya sudah semestinya orang Melayu, ini ditambah lagi dengan bukti orang Melayu di Malaysia sering memakai ketayap. Jadi sudah pastinya saya boleh dikaitkan dengan bangsa Malaysia berketurunan Melayu.
Saya berwarna hijau dan isi dalaman saya ada kalanya berwarna hitam atau perang gula melaka. Tidak kisah la apa warna intinya asalkan intipati nya diperbuat dari kelapa parut. Cuma beza rasanya lebih manis dan pekat jika ber inti kan kelapa parut gula melaka dari kelapa parut biasa. Saya mudah didapati di gerai-gerai pacak atau pun di warung-warung.

Dahulu saya boleh didapati pada harga 1 ringgit dapat 5 ketul tetapi disebabkan inflasi kini saya hanya boleh dimiliki pada harga 1 ringgit untuk 3 ketul. Walaupun harga saya semakin mahal tetapi bentuk saya semakin mengecil, dahulu panjang saya sama dengan 1 batang pensil,pen tetapi kini panjang saya hanya sebesar jari hantu.

Saya dapati kawan-kawan saya dari spesies berlainan seperti lekor dan goreng pisang semakin ber evolusi, mereka dahulu hanya dimakan sebegitu saja, kadang-kadang dicicah dengan sos kicap hitam atau cili tetapi kini mereka semakin urban apabila mereka dikacukkan dengan makanan dari negeri orang, iaitu Keju. Tidak pasti adakah mereka mahu melupakan identiti mereka sebagai makanan tradisional Melayu ataupun sengaja di urban kan untuk menepati selera tekak orang putih.

Sebagai lambang makanan tradisional orang Melayu saya memilih untuk kekal sebagai kuih ketayap yang berwarna hijau dan berintikan kelapa parut. Saya tidak kisah untuk di urban kan kerana saya sudah ada kembar saya yang memang berasal dari negara orang, iaitu pancake. Cara saya dibuat sama seperti pancake bezanya dia di makan bersama madu tetapi saya dicampurkan dengan kelapa parut dan digulung.

Tetapi satu hari saya dikejutkan dengan kemunculan ketayap ber intikan aiskrim coklat !! Oh tidak ! tidak global kah imej kami yang berintikan kelapa parut selama ini ?? Dimana silap nya kami hingga dimodenkan hingga menjadi ketayap inti aiskrim coklat ? jika selama ini kami dijual pada harga mampu makan, adakah dengan inti aiskrim coklat ini kelak kami dijual pada harga mampu tengok ? Praktikal kah sejenis kuih gulung seperti kami berintikan aiskrim coklat ? tidak cairkah inti kami jika dibawa pulang untuk anak-anak,isteri di rumah ?? bagaimana kamu mampu memuatkan coklat ke dalam ketayap ? adakah kami ini produk sejuk beku ?



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.