Wednesday, April 22, 2015

Bahasa Ejen Penyatuan Bangsa



Cerita di atas ni sentiasa mengingatkan aku pada kisah 10 tahun lalu, aku ada kawan-kawan dari etnik bidayuh,iban jadi apabila kawan dari suku kaum Bidayuh ini berperang mulut dengan yang dari suku kaum Iban itu dia akan bercakap dalam bahasa Bidayuh. Jadi yang iban tu tidak faham, dan dia juga membalas menggunakan dialek Iban nya. 

Agak lucu bila diimbas kembali, aku pula yang hanya tahu bertutur bahasa Melayu hanya tertawa dan bila habis perbalahan antara mereka. Bahasa perantaraan kami ialah bahasa Melayu tetapi apabila mahu menghina dan mengutuk sesama sendiri kami akan menggunakan bahasa yang tidak difahami. 


Saturday, April 18, 2015

Filem Romeo Kota 2015




Filem Jenayah-aksi ( crime-comedy ) tentang kisah 2 orang sahabat yang bertugas sebagai anggota polis. Mereka bertindak sebagai unit risikan aka Undercover. Shahrumi dan Fakhrul berjaya mambanteras aktiviti pengedaran dadah tetapi gagal menangkap ketua kumpulan itu dan dihukum menjadi polis road block.

Mereka dipanggil ASP Yusri untuk kembali bertugas sebagai undercover, kali ini di sebuah kolej. Fakhrul menyamar sebagai pelajar manakala Shahrumi sebagai pensyarah. Mereka ditugaskan menangkap pusher dadah dan mengumpul maklumat untuk mengesan siapa dalang pengedaran dadah di kalangan pelajar kolej itu. Fakhrul berjaya diserap masuk ke dalam kumpulan Botak dan hasil kerjasama dengan Ben dan Elena mereka berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah itu.

Filem ini dengan jelas meniru plot filem 22nd Jump Street, Agak sedikit kecewa juga dengan filem ini kerana kurang thrill dan terlalu play safe. Paling jelas bila adegan tembak menembak dihujung filem dimana banyak peluru ditujukan ke arah Nabil tetapi tidak satu pun yang mengena, ini tidak logik. Sekurang-kurangnya peluru itu mestilah mengenai arah kaki atau pun paha.

Sejujurnya tiada sebarang elemen kejutan diharapkan dari filem ini, sementalahan pula filem ini karya Ahmad Idham. Jadi kita terpaksa terima apa yang dihidangkan dalam filem ini. Kelak disuruh buat filem sendiri pula nanti oleh beliau.

Lokasi filem ini pula, kebanyakkan nya dijalankan di kawasan Jalan Semarak dan Keramat, KL. Kolej dimana mereka menyamar ialah UTM Semarak. Adegan Nadiya Nisaa dan Aaron Aziz bertemu di luar hospital ( konon nya ) ialah di luar Keramat Mall ( UTC Keramat ). Rumah dimana Nabil dibawa untuk bertemu boss ialah sebuah rumah di kawasan Jalan Ampang, rumah ini dapat dilihat dengan jelas jika menaiki LRT dari aliran Gombak - Kelana Jaya, selepas melepasi stesen Damai dan ketika menuju ke terowong bawah tanah, rumah ini dapat dilihat dengan jelas.




Rumah di Jalan Ampang


Dihadapan Keramat Mall, UTC Keramat. 



UTM Semarak


Saturday, April 11, 2015

Filem Werewolf Dari Bangladesh 2015



Usop Wilcha kini sudah pulih dari kecederaan kaki nya dan sudah boleh berdiri semula. Kini dia mengusahakan kedai menjual minuman di sebuah medan selera bersama Yeh Sekupang dan Adi. Yeh membuka gerai sup dan Adi yang juga peminat fanatik Liverpool membuka gerai makanan. Usop juga mampu membiayai seorang kuli dari Menora bernama Wahab B. Disamping itu dia turut mengusahakan perniagaan kelapa parut dan  menghantar bekalan makanan untuk pekerja Bangladesh di kawasan itu.


Cerita pun bermula dengan kisah Mirdu, pemuda Bangladesh yang tinggal di sempadan Bangladesh-Myanmar menjalani kehidupan normal bersama isteri dan anaknya. Satu hari seekor serigala cuba menyerang keluarganya, dia gagal mengelak cakaran serigala itu dan akhirnya disumpah menjadi serigala jadian. 2 orang anak nya itu turut menjadi mangsa dan mewarisi genetik serigala jadian.


Plot kembali ke zaman Usop Wilcha, dia terpikat pada Jenab, gadis manis yang juga meniaga di kawasan medan selera itu. Kebetulan pula, mereka berjiran jadi Usop pun mula mahu mendekati Jenab tetapi sering diganggu oleh Jacob, adik Jenab yang menggunakan kerusi roda. Pilun dan Mahfuz 2 pemuda Bangladesh mencari kerja part time di medan selera, mereka diterima bekerja untuk Usop dan disitulah bermulanya timbul perasaan Pilun pada Jenab.


Satu malam, semasa pulang kerja Wahab B, Mahfuz dan Pilun diserang oleh serigala jadian dan Usop pun pergi berjumpa Pilun untuk menyiasat apa yang terjadi tetapi Pilun berada dalam keadaan sihat dan rakan-rakan Bangladesh nya yang lain mendesak dia supaya tidak menceritakan apa-apa. Semasa sedang menjalani rawatan urut kaki, Yeh sekupang telah dicakar oleh serigala jadian dan mereka berlari bertempiaran menyelamatkan diri. Esoknya Yeh datang meniaga seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.


Usop dan Jenab hampir diserang serigala jadian tetapi mereka sempat masuk ke rumah, Wahab B yang baru tiba pula dikejar serigala, anehnya keesokan harinya tiada simptom-simptom yang dia sudah digigit serigala. Semasa sedang memandu, Jenab diserang oleh serigala jadian, mujur Pilun datang tepat pada masanya dan menghalang Kumbi dari menyerang Jenab dan terbongkarlah rahsia siapa Pilun itu sebenarnya. Jenab dilarikan oleh Farouk dan dia dibunuh oleh Pilun, Pilun menceritakan sebenarnya dia adalah anak Mirdu, Kumbi dan Kumba itu abangnya. Mereka berdua terpaksa mengikut suruhan Mirdu untuk membiakkan keturunan serigala jadian, Kumba pergi ke Kathmandu, Nepal dan Kumbi pergi ke Malaysia. Pilun tidak mahu menuruti suruhan abang nya itu jadi dia pun menghalang segala niat buruk Kumbi.



Jacob, adik Jenab yang hilang telah diculik oleh Farouk dan menjelma menjadi serigala jadian. Pilun pun membawa Jenab dan Usop ke tempat dimana kumpulan serigala jadian itu berkumpul, disitu akhirnya pecah tembelang Yeh dan Wahab B yang mereka juga serigala jadian.  Pilun terpaksa mengigit Usop untuk menjadikan dia serigala jadian dan bersamanya menewaskan Kumbi. Kumbi berjaya ditewaskan dan sumpahan serigala jadian dalam diri mereka hilang serta merta. Pilun yang terkorban selepas bertarung dengan Kumbi hilang tanpa dikesan mayatnya.




* Kelemahan paling ketara dalam cerita ini ialah dihujung cerita, bila mana watak Zizan yang tiba-tiba menjadi werewolf digantikan dengan pelakon stand in. Ini dapat dilihat dari perubahan bentuk muka dan susuk tubuh. Zizan yang kurus itu digantikan oleh seorang yang berbadan besar dan gempal.

Thursday, April 9, 2015

Filem CicakMan 3 2015

Francais ini kembali setelah 7 tahun menyepi di pawagam. Masih di tempat yang sama bandar Metrofulus, tetapi yang membezakan filem kali ini ialah hero nya bukan lagi Saiful Apek tetapi Zizan Razak.

Man, seorang suami dan juga peminat superhero cicakman, sedang berhadapan masalah besar dalam hidupnya apabila berhadapan konflik rumah tangga dan belum mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami. Dalam masa yang sama, Adam seorang polis cuba mendekati Linda, isteri Man. Man menetap bersama Jojo, rakannya dan juga rakan sekerja.


Man secara tidak sengaja mendapat buckle Cicakman yang gugur dari tugu Cicakman yang kian usang dan rapuh  di tengah bandar Metrofulus. Buckle itu dipasang semula dan tiba-tiba ruang di bawah tugu itu terbuka dan ada kotak berisi barang-barang Cicakman untuk Man. Terkejut dengan penemuan itu Man mula memasang angan-angan untuk menjadi Cicakman walaupun tidak dikurniakan kuasa ajaib.


Semasa menghempas kotak itu ke lantai, jarum suntikan yang mengandungi serum Cicakman terjatuh dan Man lantas menyuntik cecair itu ke badannya. Kuasa Cicakman itu tidak datang serta merta dan dia perlu menunggu untuk cecair itu menjadi sebati dalam badannya. Man ghairah menjadi Cicakman hinggakan dia sanggup menyelamatkan penumpang tren dari menjadi mangsa rompakan kumpulan Belalang Kunyit. Tetapi jasa dia dikaburi oleh kemunculan SuperBro di saat akhir.


Permusuhan antara Cicakman dan SuperBro bermula apabila Man teruk dibelasah SuperBro. Man dalam kehidupan sebenar cuba berbaik semula dengan Linda dan Boboy, tetap tidak berputus asa walaupun menerima layanan dingin dari Linda. SuperBro telah membunuh komisioner Kahar, yang juga abang kandung nya kerana telah bersubahat dengan kumpulan Semut Merah.


Inspektor Adam berasa risau jika pakatan sulitnya dengan kumpulan Belalang Kunyit yang menjalankan operasi haram seperti meniru senjata milik pihak polis dengan niat untuk menakluk Metrofulus satu hari nanti. Semasa menaiki kereta polis, Man terjumpa satu bungkusan yang terdapat kesan darah dan terdapat gambar Inspektor Adam bersama Hassan, ketua geng Belalang Kunyit. Tetapi dia belum mengesyaki apa-apa kerana tidak mengenali siapa Hassan. 


SuperBro yang menyedari dokumen itu diambil Man, telah menyerang rumahnya dan memberi suntikan pelali kepada Jojo tetapi gagal membunuh Man. Man yang kecewa dengan Cicakman telah membuang kostum itu tetapi mendapat semula inspirasi selepas terbaca poster Hassan dikehendaki polis Metrofulus. Hasil maklumat dari Man itu operasi kumpulan Belalang Kunyit lumpuh serta merta dan Inspektor Adam kini diburu polis.


Semasa menghadiri parti jubilee intan, Inspektor Adam mendedahkan dialah SuperBro dan tuduhan membunuh itu hanyalah fitnah keatas dirinya. Man muncul untuk menyelamatkan anak dan isterinya. Dia bertempur dengan SuperBro dan berjaya mengalahkan SuperBro setelah bateri yang membekalkan kuasa kepada sut nya telah habis dan meletop kerana terkena air. Hasil usaha Man itu, dia dianugerahkan pingat dan tugu Cicakman dibina semula.


* Agak pelik kerana Man digambarkan sebagai peminat setia Cicakman tetapi kenapa tidak didedahkan secara mendalam dan terperinci minat Man terhadap Cicakman itu dengan menonjolkan koleksi komik yang menimbun adakah itu mencukupi ?? CGI dalam filem ini juga tidak banyak pembaharuan dari edisi Cicakman yang sudah kerana adegan dimana SuperBro ditembak di dada itu hanyalah letupan yang mampu merobohkan tiang simen tetapi gagal merosakkan dan meretakkan sut SuperBro..dimana logiknya ini ??


Waktu dimana SuperBro terpelanting akibat letupan itu juga lucu kerana dia bukan kelihatan seperti terpelanting akibat letupan besar tetapi seperti orang hanyut dilambung ombak. Juga masih kecewa kerana banyak adegan stunt dalam filem ini masih menggunakan CGI. Paling tidak logik ialah SuperBro mendakwa dia difitnah membunuh komisioner Kahar, adakah warga Metrofulus ini tidak ada internet atau gajet untuk mengetahui perkembangan semasa yang Inspektor Adam itu pembunuh dikehendaki polis ?

 

Adegan sewaktu Cicakman dan SuperBro bertarung di akhir filem ini juga sedikit aneh kerana, pergaduhan mereka diselang selikan Cicakman dilastik oleh budak-budak yang bermain kuda berpusing. Tidak kah mereka berasa gerun dan takut jika situasi sebegini terjadi di hadapan mereka ? begitu juga dengan babak dimana mereka bertempur di kereta token, tanpa segan silu para pengunjung itu memandu kereta tanpa berasa risau mereka akan menjadi mangsa pergaduhan itu dan reaksi muka mereka menandakan mereka sedang seronok !!


ingin dibangkitkan disini bukan sut Cicakman yang kita tahu kelihatan sungguh amatur. Tetapi sut SuperBro, jika dibandingkan dengan villain dalam komik bertaraf antarabangsa. Pastinya superbro ini hanyalah sekadar foot soldier atau askar biasa. Lucu melihat topeng SuperBro yang diubah dari helmet motorsikal ! paling lucu tentulah sut beliau yang perlu menekan butang on untuk mengaktifkan kuasa. Lagi lawak tentunya senjata yang ada pada sut itu, sejenis pistol di lengan kanan SuperBro yang baru dipasang dan dibangunkan oleh Belalang Kunyit. Aneh dan lucu kan ? senjata pemusnah milik superhero yang disanjung tinggi masyarakat rupanya dibangunkan oleh kumpulan pengganas. Apa SuperBro ini tiada kuasa lainkah selain boleh terbang dan pistol di lengan itu ? Mengapa cicakman perlu menghumban SuperBro ke tasik ? kenapa tidak menceroboh sistem operasi atau merosakkan saja sirkit elektrik yang ada di dada SuperBro itu ??