Usop Wilcha kini sudah pulih dari kecederaan kaki nya dan sudah boleh berdiri semula. Kini dia mengusahakan kedai menjual minuman di sebuah medan selera bersama Yeh Sekupang dan Adi. Yeh membuka gerai sup dan Adi yang juga peminat fanatik Liverpool membuka gerai makanan. Usop juga mampu membiayai seorang kuli dari Menora bernama Wahab B. Disamping itu dia turut mengusahakan perniagaan kelapa parut dan menghantar bekalan makanan untuk pekerja Bangladesh di kawasan itu.
Cerita pun bermula dengan kisah Mirdu, pemuda Bangladesh yang tinggal di sempadan Bangladesh-Myanmar menjalani kehidupan normal bersama isteri dan anaknya. Satu hari seekor serigala cuba menyerang keluarganya, dia gagal mengelak cakaran serigala itu dan akhirnya disumpah menjadi serigala jadian. 2 orang anak nya itu turut menjadi mangsa dan mewarisi genetik serigala jadian.
Plot kembali ke zaman Usop Wilcha, dia terpikat pada Jenab, gadis manis yang juga meniaga di kawasan medan selera itu. Kebetulan pula, mereka berjiran jadi Usop pun mula mahu mendekati Jenab tetapi sering diganggu oleh Jacob, adik Jenab yang menggunakan kerusi roda. Pilun dan Mahfuz 2 pemuda Bangladesh mencari kerja part time di medan selera, mereka diterima bekerja untuk Usop dan disitulah bermulanya timbul perasaan Pilun pada Jenab.
Satu malam, semasa pulang kerja Wahab B, Mahfuz dan Pilun diserang oleh serigala jadian dan Usop pun pergi berjumpa Pilun untuk menyiasat apa yang terjadi tetapi Pilun berada dalam keadaan sihat dan rakan-rakan Bangladesh nya yang lain mendesak dia supaya tidak menceritakan apa-apa. Semasa sedang menjalani rawatan urut kaki, Yeh sekupang telah dicakar oleh serigala jadian dan mereka berlari bertempiaran menyelamatkan diri. Esoknya Yeh datang meniaga seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Usop dan Jenab hampir diserang serigala jadian tetapi mereka sempat masuk ke rumah, Wahab B yang baru tiba pula dikejar serigala, anehnya keesokan harinya tiada simptom-simptom yang dia sudah digigit serigala. Semasa sedang memandu, Jenab diserang oleh serigala jadian, mujur Pilun datang tepat pada masanya dan menghalang Kumbi dari menyerang Jenab dan terbongkarlah rahsia siapa Pilun itu sebenarnya. Jenab dilarikan oleh Farouk dan dia dibunuh oleh Pilun, Pilun menceritakan sebenarnya dia adalah anak Mirdu, Kumbi dan Kumba itu abangnya. Mereka berdua terpaksa mengikut suruhan Mirdu untuk membiakkan keturunan serigala jadian, Kumba pergi ke Kathmandu, Nepal dan Kumbi pergi ke Malaysia. Pilun tidak mahu menuruti suruhan abang nya itu jadi dia pun menghalang segala niat buruk Kumbi.
Jacob, adik Jenab yang hilang telah diculik oleh Farouk dan menjelma menjadi serigala jadian. Pilun pun membawa Jenab dan Usop ke tempat dimana kumpulan serigala jadian itu berkumpul, disitu akhirnya pecah tembelang Yeh dan Wahab B yang mereka juga serigala jadian. Pilun terpaksa mengigit Usop untuk menjadikan dia serigala jadian dan bersamanya menewaskan Kumbi. Kumbi berjaya ditewaskan dan sumpahan serigala jadian dalam diri mereka hilang serta merta. Pilun yang terkorban selepas bertarung dengan Kumbi hilang tanpa dikesan mayatnya.
* Kelemahan paling ketara dalam cerita ini ialah dihujung cerita, bila mana watak Zizan yang tiba-tiba menjadi werewolf digantikan dengan pelakon stand in. Ini dapat dilihat dari perubahan bentuk muka dan susuk tubuh. Zizan yang kurus itu digantikan oleh seorang yang berbadan besar dan gempal.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.