Man, seorang suami dan juga peminat superhero cicakman, sedang berhadapan masalah besar dalam hidupnya apabila berhadapan konflik rumah tangga dan belum mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami. Dalam masa yang sama, Adam seorang polis cuba mendekati Linda, isteri Man. Man menetap bersama Jojo, rakannya dan juga rakan sekerja.
Man secara tidak sengaja mendapat buckle Cicakman yang gugur dari tugu Cicakman yang kian usang dan rapuh di tengah bandar Metrofulus. Buckle itu dipasang semula dan tiba-tiba ruang di bawah tugu itu terbuka dan ada kotak berisi barang-barang Cicakman untuk Man. Terkejut dengan penemuan itu Man mula memasang angan-angan untuk menjadi Cicakman walaupun tidak dikurniakan kuasa ajaib.
Semasa menghempas kotak itu ke lantai, jarum suntikan yang mengandungi serum Cicakman terjatuh dan Man lantas menyuntik cecair itu ke badannya. Kuasa Cicakman itu tidak datang serta merta dan dia perlu menunggu untuk cecair itu menjadi sebati dalam badannya. Man ghairah menjadi Cicakman hinggakan dia sanggup menyelamatkan penumpang tren dari menjadi mangsa rompakan kumpulan Belalang Kunyit. Tetapi jasa dia dikaburi oleh kemunculan SuperBro di saat akhir.
Permusuhan antara Cicakman dan SuperBro bermula apabila Man teruk dibelasah SuperBro. Man dalam kehidupan sebenar cuba berbaik semula dengan Linda dan Boboy, tetap tidak berputus asa walaupun menerima layanan dingin dari Linda. SuperBro telah membunuh komisioner Kahar, yang juga abang kandung nya kerana telah bersubahat dengan kumpulan Semut Merah.
Inspektor Adam berasa risau jika pakatan sulitnya dengan kumpulan Belalang Kunyit yang menjalankan operasi haram seperti meniru senjata milik pihak polis dengan niat untuk menakluk Metrofulus satu hari nanti. Semasa menaiki kereta polis, Man terjumpa satu bungkusan yang terdapat kesan darah dan terdapat gambar Inspektor Adam bersama Hassan, ketua geng Belalang Kunyit. Tetapi dia belum mengesyaki apa-apa kerana tidak mengenali siapa Hassan.
SuperBro yang menyedari dokumen itu diambil Man, telah menyerang rumahnya dan memberi suntikan pelali kepada Jojo tetapi gagal membunuh Man. Man yang kecewa dengan Cicakman telah membuang kostum itu tetapi mendapat semula inspirasi selepas terbaca poster Hassan dikehendaki polis Metrofulus. Hasil maklumat dari Man itu operasi kumpulan Belalang Kunyit lumpuh serta merta dan Inspektor Adam kini diburu polis.
Semasa menghadiri parti jubilee intan, Inspektor Adam mendedahkan dialah SuperBro dan tuduhan membunuh itu hanyalah fitnah keatas dirinya. Man muncul untuk menyelamatkan anak dan isterinya. Dia bertempur dengan SuperBro dan berjaya mengalahkan SuperBro setelah bateri yang membekalkan kuasa kepada sut nya telah habis dan meletop kerana terkena air. Hasil usaha Man itu, dia dianugerahkan pingat dan tugu Cicakman dibina semula.
* Agak pelik kerana Man digambarkan sebagai peminat setia Cicakman tetapi kenapa tidak didedahkan secara mendalam dan terperinci minat Man terhadap Cicakman itu dengan menonjolkan koleksi komik yang menimbun adakah itu mencukupi ?? CGI dalam filem ini juga tidak banyak pembaharuan dari edisi Cicakman yang sudah kerana adegan dimana SuperBro ditembak di dada itu hanyalah letupan yang mampu merobohkan tiang simen tetapi gagal merosakkan dan meretakkan sut SuperBro..dimana logiknya ini ??
Waktu dimana SuperBro terpelanting akibat letupan itu juga lucu kerana dia bukan kelihatan seperti terpelanting akibat letupan besar tetapi seperti orang hanyut dilambung ombak. Juga masih kecewa kerana banyak adegan stunt dalam filem ini masih menggunakan CGI. Paling tidak logik ialah SuperBro mendakwa dia difitnah membunuh komisioner Kahar, adakah warga Metrofulus ini tidak ada internet atau gajet untuk mengetahui perkembangan semasa yang Inspektor Adam itu pembunuh dikehendaki polis ?
Adegan sewaktu Cicakman dan SuperBro bertarung di akhir filem ini juga sedikit aneh kerana, pergaduhan mereka diselang selikan Cicakman dilastik oleh budak-budak yang bermain kuda berpusing. Tidak kah mereka berasa gerun dan takut jika situasi sebegini terjadi di hadapan mereka ? begitu juga dengan babak dimana mereka bertempur di kereta token, tanpa segan silu para pengunjung itu memandu kereta tanpa berasa risau mereka akan menjadi mangsa pergaduhan itu dan reaksi muka mereka menandakan mereka sedang seronok !!
ingin dibangkitkan disini bukan sut Cicakman yang kita tahu kelihatan sungguh amatur. Tetapi sut SuperBro, jika dibandingkan dengan villain dalam komik bertaraf antarabangsa. Pastinya superbro ini hanyalah sekadar foot soldier atau askar biasa. Lucu melihat topeng SuperBro yang diubah dari helmet motorsikal ! paling lucu tentulah sut beliau yang perlu menekan butang on untuk mengaktifkan kuasa. Lagi lawak tentunya senjata yang ada pada sut itu, sejenis pistol di lengan kanan SuperBro yang baru dipasang dan dibangunkan oleh Belalang Kunyit. Aneh dan lucu kan ? senjata pemusnah milik superhero yang disanjung tinggi masyarakat rupanya dibangunkan oleh kumpulan pengganas. Apa SuperBro ini tiada kuasa lainkah selain boleh terbang dan pistol di lengan itu ? Mengapa cicakman perlu menghumban SuperBro ke tasik ? kenapa tidak menceroboh sistem operasi atau merosakkan saja sirkit elektrik yang ada di dada SuperBro itu ??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.