Wednesday, March 25, 2015

Filem Vikingdom 2013

Filem bertemakan Viking ini menelan belanja 20 juta ringgit Malaysia. Tetapi kualiti CGI nya agak mengecewakan dan cerita ini hanyalah fiksyen semata-mata bukan seperti dalam lagenda Viking. Tambah mengecewakan hampir 90 perjalanan cerita ini dilakonkan depan layar hijau, tidak cukup dengan itu, adegan watak Eiric berenang ke alam barzakh sedikit lucu kerana ada kuda yang berenang di sekelilingnya tanpa arah tuju. Tidak pernah pula dilihat dalam cerita-cerita fantasi kuda digambarkan berenang di dalam air secara tunggang terbalik.


Rata-rata pelakon di dalam filem ini seperti tidak menjalani latihan kecergasan kerana tubuh mereka  overweight dan bukannya tegap. Rambut Thor pula jelas kelihatan seperti rambut palsu. Bleum diambil kira lagi kostum Frey dan Freyja yang bukan nampak seperti dewa tetapi lebih kepada pasangan pengantin !


Thor, watak hero dalam sejarah Viking diangkat sebagai dewa jahat dalam filem ini. Dia cuba memperolehi 3 alat yang membantu dia untuk menakluk dunia. 3 alat itu perlu diambil dari 3 dunia berbeza.

Eirick Bloodletter, bekas pahlawan perang yang mati dihidupkan semula ditugaskan oleh dewa Frey untuk membawa semboyan yang jika ditiup mampu menghancurkan Thor. Eirick menuruti perintah dewa Frey itu kerana adiknya, dewi Freyja telah menghidupkan Eirick dan dia akhirnya mati. Eirick bukan lagi manusia biasa, dia ialah undead dan dengan kuasa baru nya itu dia mampu memasuki 3 dunia yang berbeza.




Eirick memulakan pengembaraannya bersama Sven, semasa di hutan mereka menjumpai Yang, pemuda cina yang dijadikan hamba. Dia menyertai Eirick kerana untuk membalas budi Eirick, kebetulan pula Yang handal bermain senjata. Di pekan Osberg mereka mengumpulkan anggota-anggota hasil bantaun Karl. Mereka yang sudi menyertai Eirick adalah Olaf dan Gregor 2 rakan baik, Yomar- pemburu, Henrik, Bernard - pembunuh ibu dan anak, Warick the wise dan Bryanna. Eirick enggan mengambil Bryanna menyertai mereka tetapi terpaksa mengalah kerana dia adalah pemilik bot yang mereka gunakan untuk pelayaran itu.

Pertempuran pertama mereka ialah di Gotland, kawasan berais. Henrik dan Yomar menemui ajal, Eirick berjaya membunuh King Heflar , mereka berjaya mendapatkan khidmat Alcuin, seorang ahli sihir yang mampu berinteraksi dengan alam sekitar. Dia dikurung di dalam sangkar tergantung di sebuah menara kerana jika diletakkan di atas tanah dia mampu melepaskan diri.


Mereka meneruskan pelayaran hingga sampai ke Helheim, alam barzakh bawah air. Hanya Eirick yang mampu memasuki alam itu. Di dunia bawah air itu dia diserang oleh roh jahat dan sempat diselamatkan oleh bapanya yang mirip dengan mereka. Hasil bantuan bapanya Eirick berhasil mendapatkan semboyan sakti dan bapanya mati dibaham naga yang cuba membunuh Eirick.

Mereka kembali ke Jomsberg dan menemui Raja Beothric, adik Eirick yang ditabalkan sebaga Raja. Tetapi mereka diperangkap dan dikurung di penjara bawah tanah. Yang, Bryanna dan Alcuin menyelamatkan mereka. Rupa-rupanya mereka diperangkap oleh Alcuin yang menyerahkan semboyan sakti kepada Beothric. Keesokan paginya, Eirick mendapat khabar berita gembira apabila terdapat askar Jomsberg yang mengkhianati Beothric untuk berperang bersamanya. Tetapi dikejutkan pula dengan kematian Beothric akibat diracun.

Peperangan pun bermula dan kelihatan Eirick bakal kalah kerana kekurangan jumlah anggota berbanding askar Thor. Kemudiannya mereka dibantu oleh askar-askar Jomsberg yang lain kerana berang dengan kematian Raja mereka. Dalam pertempuran sengit itu Gregor, Warick dan Bernard mati dibunuh tentera musuh. Yang, Sven, Eirick dan Bryanna pula gagal menghalang rancangan Thor yang cuba menguasai 3 dunia. Bryanna mati ditikam Thor untuk menyelamatkan Eirick.



Rupa-rupanya dalang disebalik semua ini adalah Frey, yang mahu menghapuskan Eirick dan dalam masa yang sama cuba menggunakan kelebihan Eirick untuk mendapatkan semboyan sakti itu dengan 3 alat sakti di tanganya iaitu semboyan sakti, rantai Mary Magdelene dan Tukul Thor. 3 alat itu mampu membuka pintu 3 dunia iaitu bumi, syurga dan neraka.


Alcuin muncul dan menceritakan segala-galanya, hasil maklumat alam semulajadi dia mendapat tahu yang Frey telah berpakat dengan Beothric dan meracun Beothric, jadi dari awal-awal lagi dia telah membuat semboyan tiruan untuk diberi kepada Beothric. Selepas dia meniup semboyan itu Frey dan Thor akhirnya disedut ke alam neraka. Dunia kembali aman seperti sediakala.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.