Sebelum filem trilogi Harold and Kumar yang menjadi ikon filem genre-stoner comedy, filem ini terlebih dahulu menjadi kegilaan remaja awal 2000an. Ditambah pula dengan Ashton Kutcher dan Sean William Scott yang mula melonjak naik pada masa itu.
2 budak penghantar pizza, Jesse dan Chester terbangun di pagi hari selepas berparti di malam sebelumnya dan tidak ingat apa yang telah mereka lalui. Di peti sejuk mereka penuh dengan puding , dari manakah datangnya puding itu ?? Masalah pertama mereka ialah bila bos mereka datang ke rumah dan memecat mereka kerana tidak menghantar pizza yang telah dipesan. Apabila mereka hendak keluar rumah, mereka hairan dimanakah kereta mereka ??
Mereka pergi menemui Nelson, seorang spiritualis untuk mengetahui apa yang mereka buat malam sebelumnya tetapi gagal. Nelson meninggalkan mereka selepas mereka membuat kacau di kedai makanan cina. Mereka dibuli oleh sekumpulan Jock dalam masa yang sama ingin mereka memberikannya sejenis alat, Continuum Transfunctioner. Yang Jesse dan Chester sendiri tidak tahu apakah alat itu dan bagaimana bentuknya ?
Chester terjumpa kad kity cat club di dalam poketnya, malangnya masalah baru timbul apabila pondan di kelab itu mendakwa mereka berdua telah mencuri beg nya yang berisi wang tunai 200 000. Seterusnya mereka pergi ke rumah kekasih mereka, dengan niat untuk membantu membersihkan rumah tetapi sebaliknya yang berlaku. Tiba-tiba mereka diculik, kumpulan Zoltan yang meminati UFO dan mahu mereka menyerahkan Continuum Transfuctioner, tetapi alat itu tiada pada mereka.
Dikaki lima, mereka tiba-tiba disapa oleh seorang tukang jahit, Mr Lee. Dia mengatakan malam sebelumnya mereka berdua telah membayar sejumlah wang untuk sut baru. Chester dan Jesse terperanjat kerana dia belakang mereka ada tatu, sut yang ditempah itu hanyalah track suit adidas. Jesse menjumpai slip pembayaran didalam poketnya dan dari situ mereka mula mengetahui apa yang telah mereka beli dengan wang itu.
Semasa berehat, mereka didatangi sekumpulan wanita berpakaian hitam mirip ejen perisik. Dia mahu mereka menyerahkan Continuum Transfunctioner, tetapi mereka tetap memberikan jawapan yang sama. Si Pondan sekali lagi muncul dan mahu mereka memulangkan wang, tiba-tiba kereta polis menghampiri mereka dan dibawak ke balai polis. Mereka disyaki terlibat dengan pengedaran dadah kerana kereta Jesse dilihat di tempat kejadian, tetapi mereka tidak mampu memberikan jawapan kerana mabuk dan tidak ingat apa yang terjadi. Salah seorang anggota polis memberitahu pada waktu kejadian, Jesse dan Chester berada di Donut House pada waktu itu dan membelanjakan sejumlah donut yang banyak untuk mereka. Semua itu berlaku akibat kecuaian anggota polis itu dan suspek sebenar berjaya ditangkap.
Tetapi, kereta Jesse masih belum dijumpai dan akibat kesilapan anggota polis itu, kereta mereka akhirnya diserahkan ke tempat pelupusan kereta. Runsing memikirkan masalah yang menimpa mereka, kali ini 2 orang lelaki berpakaian pelik datang kepada mereka dan memintan Continuum Transfunctioner itu, nampaknya kini ada 4 pihak yang mahukan alat itu. Nasib mereka baik kerana kereta itu sempat dibeli oleh seorang penternak burung unta. Mereka ditangkap oleh kumpulan Zoltan, dan dibawa ke reban dimana tempat mereka berkumpul tidak lama kemudian dibebaskan. Mereka berjaya menyusup masuk ke ladang itu tetapi pengsan akibat dipatuk oleh burung unta. Apabila sedar mereka diletakkan didalam sangkar, Chester berjaya menjawab soalan pemilik ladang itu dengan tepat dan mereka dibebaskan tetapi kereta hilang entah kemana.
Pierre, pemilik baru itu sempat menyimpan kunci loker tempat mereka berhibur malam semalam dan mereka pun pergi ke tempat itu, di dalam loker itu mereka menjumpai beg berisi wang tunai dan si pondan berjaya mendapatkan semula wangnya. Tetapi alat Continuum Transfunctioner tidak ada dan mereka tidak tahu bagaimana rupa alat itu. Mereka pun membuat 1 helah dengan menebus kupon di pusat hiburan itu untuk sejenis mainan dan mendakwa itu Continuum Transfuctioner.
Dua orang lelaki yang berpakaian pelik itu muncul dan mendakwa itu bukan alat yang sebenar. Chester pula sibuk bermain kiub rubik dan berjaya menyempurnakan kiub itu, lantas kiub itu bertukar rupa menjadi sejenis bola. Jika diaktifkan akan meletupkan seluruh alam semesta, Jesse membuat soalan untuk mengetahui pihak mana yang benar dan 2 orang lelaki aneh itu memberikan jawapan yang benar. Jadi bola itu diserahkan pada mereka untuk dimatikan. Rupa-rupany puding yang memenuhi peti sejuk rumah mereka itu adalah hadiah kepada mereka kerana berjaya memukul bola golf ke dalam lubang.
Sekumpulan wanita berpakaian hitam itu bergabung dan menjadi wanita gergasi dan dibunuh oleh Jesse dan Chester melalui mode serangan yang ada pada bola itu. Ingatan mereka dipadamkan dan keesokan harinya, mereka melalui semula seperti hari sebelumnya, cuma kali ini kereta mereka tidak hilang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.