Saturday, October 10, 2015

Last King Of Scotland


Filem Autobiografi-Fiksyen ini berlatar belakangkan zaman 70 an dan berteraskan kisah Diktator General Idi Amin, yang baru saja memerintah Uganda selepas menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Milton Abote.

Nicolas Garragan, doktor muda yang baru saja menamatkan pengajiannya. Dia berasa bosan hidup di zon selesa di negaranya, Scotland. Dia memilih secara rambang di glob miliknya tempat mana dia mahu memulakan perjalanan baru fasa hidup nya. Pilihan pertamanya terkena pada negara Kanada, pilihan seterusnya adalah Uganda, sebuah negara Afrika.




Permohonannya untuk berkhidmat di Uganda diluluskan dia pun memulakan langkahnya di Uganda. Dia mula mendapat tahu tentang General Idi Amin dari seorang warga Uganda yang ditemuinya semasa menaiki bas.

Dia berkhidmat dengan sebuah hospital desa yang sungguh daif. Dia berkawan dengan doktor itu dan isterinya. Isterinya menasihati dia supaya tidak terlalu menyanjungi General Idi Amin itu, dia bersua muka dengan General Idi Amin selepas pulang dari mendengar rapat umum General itu. Dia ditahan oleh pengiring Idi Amin untuk memberikannya rawatan kecemasan kerana dia terlibat dengan kemalangan dengan seekor lembu. Idi Amin hanya cedera di pergelangan tangan, dia mulai berang dengan Garragan kerana mengambil pistol miliknya tanpa kebenaran dan menembak mati lembu yang sedang nazak itu.




Nicolas memperkenalkan dirinya sebagai orang Scotland dan itu membuatkan Idi Amin tertarik padanya kerana perjuangan berabad-abad orang Scotland yang tidak mahu mereka dianggap Englishman, sebaliknya Scottish. Idi Amin pula menyatakan, jika dia tidak menjadi orang Uganda dia mahu menjadi orang Scotland.



Nicolas dilantik sebagai doktor peribadi Idi Amin, dia juga ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat sebagai wakil Idi Amin jika General itu sibuk. Nicolas berkenalan dengan 3 orang isteri Idi Amin dan dia mulai rapat dengan Kay, isteri ketiga Idi Amin yang mana baju scotland miliknya diberikan General itu kepada anak lelaki nya, McKenzie.




Dia mula mencurigai Amin kerana kehilangan salah seorang penasihatnya, Jonah Wasawa. Maklumat yang tidak dilaporkan oleh media Uganda didedahkan oleh Stone, wakil British di Uganda seperti didedahkan dengan segala perancangan dan kekejaman Idi Amin di luar pengetahuannya. Seperti pembunuhan rakyat yang tidak bersalah, layanan buruk dan ancaman pengusiran besar-besaran kepada minoriti yang berketurunan India di Uganda yang memonopoli ekonomi negara itu.

Keyakinan Nicolas pada Amin mulai padam kerana didepan nya, Amin menjanjikan bulan dan bintang tetapi segala rancangan jahat nya tidak diceritakan dan dijalankan secara senyap-senyap. Nicolas merancang untuk pulang ke Scotland kerana khuatir akan situasi politik di negara itu. Tetapi passportnya dirampas dan diberi passport Uganda supaya mudah untuk menghalangnya keluar dari negara itu.



Satu-satunya cara yang Nicolas ada adalah dengan membunuh Amin supaya dia dapat dibawa keluar dari negara itu. Tetapi Amin ada pembantu yang licik, membunuhnya itu bukan kerja mudah. Hasil hubungan sulit Nicolas dan Kay, dia telah mengandung dan merancang untuk menggugurkan kandungan itu tetapi Nicolas lambat sampai dan Kay mati dibunuh dengan kejam. Amin terlebih dahulu mengetahui hubungan sulit mereka itu.




Ubat yang dicampur dengan racun telah dirampas oleh pembantu Amin, rancangannya gagal. Kebetulan diwaktu yang sama pengganas Pro-Palestin telah merampas pesawat yang dinaiki penumpang Israel. Mereka mendapat bantuan dan sokongan untuk mendarat di Uganda. Idi Amin memerintahkan supaya penumpang yang bukan warga Israel diasingkan dan dibenarkan menaiki pesawat lain. Tetapi penumpang warga Israel ditahan selagi pampasan dan tuntutan mereka tidak ditunaikan.

Nicolas yang dipukul dengan teruk telah digantung dengan cangkuk, dia yang dalam keadaan lemah telah diberikan ubat penahan sakit oleh rakan baiknya, Dr Junju yang memberinya rawatan segera dan mahu dia membongkarkan kekejaman Idi Amin itu kepada media barat kerana dia orang putih dan mereka lebih mempercayainya. Dengan bantuan penumpang yang lain, Nicolas berjaya diseludup masuk ke dalam pesawat yang menerbangkan penumpang bukan warga Israel dan dia berjaya keluar dari Uganda. Dr Junju pula mati ditembak oleh bodyguard Idi Amin.



* Cerita ini bukan 100% benar dan tepat, kerana yang pernah berkhidmat dengan Idi Amin adalah doktor yang berbangsa Inggeris dan bukan Scotland.

Lakonan yang Forest Whittaker sebagai Idi Amin dalam filem ini begitu mantap dan berkesan menyebabkan dia banyak memenangi anugerah, antaranya Golden Globe, Academy Award dan BAFTA.

Lokasi dimana berkumpulnya para tebusan ini adalah di Lapangan Terbang lama yang tidak digunakan lagi. Pada pertengahan cerita, Nicolas telah memilih rekaan lapangan terbang baru.

Susulan penahanan warga Israel itu, pihak Israel telah melancarkan operasi Entebbe, operasi khas untuk membawa keluar tahanan warga Israel dengan selamat.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.