Friday, November 27, 2015

Filem Dope 2015


Malcolm, remaja yang obses pada muzik hip hop era 90 an, era dimana dia belum dilahirkan lagi ! sebagai remaja yang hipster, dia dan 2 orang rakannya mahu mengembalikan kegemilang scene hip hop pada waktu itu seperti dia menulis esei tentang bagaimana mahu memulihkan karier nyanyia Ice Cube, yang kini lebih banyak berlakon dari menyanyi.

Malcolm dibesarkan oleh ibunya, sejak lahir dia tidak tahu siapa ayah nya dan dimana dia berada. Hanyalah sekeping gambar dia bersama dengan ayahnya yang berasal dari Nigeria. Bersama Jib dan Diggy mereka menjalani hari-hari mereka mencuba untuk mengelak dari menjadi mangsa buli baik sekolah atau pun dikawasan kediaman mereka, ghetto.

Malcolm pada satu hari berkunjung ke parti hip hop, walaupun dia dibawah umur tetapi atas faktor jemputan dari Dom, dia dibenarkan masuk walaupun itu menyalahi undang-undang. Dari situlah bermulanya satu titik hitam dalam hidup Malcolm bersama Jib dan Diggy. Beg milik Malcolm telah diisi dengan dadah semasa kelab itu diserbu Polis, Malcolm lari bersama Nakia, yang ada kekasih on-off Dom. jika didapati memiliki dadah hukuman yang dikenakan ke atas nya pasti lebih berat.

Malcolm menjadi keliru kerana dadah itu bukan diburu oleh 1 pihak saja, tetapi ada juga pihak lain yang mahukan dadah itu. Selesai sesi persekolahan dia dan rakannya mahu menyelesaikan semua itu dengan menghantar dadah itu pada AJ, seorang tokan dadah yang berselindung disebalik aktiviti korporat.



Dadah itu mendapat permintaan tinggi setelah anak AJ, Lily yang sedang khayal dadah jenis itu telah kencing di kawasan awam dan perbuatan nya itu dirakam dan diviralkan. Dadah itu lantas dinamakan Lily kerana kesannya.


Perkara itu tidak terhenti disitu, AJ mahukan wang hasil jualan dadah itu bukan stok bekalan dadah itu dan Malcolm harus menjualnya kerana Dom kini sedang dalam tahanan polis. Malcolm yang buntu akhirnya menemui jalan kreatif untuk memasarkan dadah itu dengan menjualnya secara online dan menggunakan sistem bitcoin, Untuk mengelakkan dari diserbu mereka beroperasi dari makmal sains dan menggunakan sistem internet sekolah. Juga di dewan dimana mereka biasanya berlatih bermain muzik.

 

AJ atau Austin Jacoby adalah tokoh korporat yang juga bekas pelajar sekolah Malcolm, dia mahu menyambung pelajaran ke Harvard Universiti, iaitu tempat dimana AJ pernah belajar. Cikgu disekolah nya menasihatkan dia untuk menemui Austin Jacoby untuk mendapatkan nasihat dan inspirasi. Tanpa disedari dia telah menemui orang yang sama !! AJ nama gelarannya jika menjadi tokan dadah, Austin Jacoby pula nama baiknya sebagai seorang ahli perniagaan. Malcolm mendapat idea untuk memerangkap AJ supaya membantunya layak ke Universiti Harvard.

Malcolm mendapatkan bantuan bagaimana untuk menjual dadah itu menggunakan bitcoin, sejenis urusan jual beli menggunakan mata wang internet kemudian di tukarkan kepada wang tunai. Hanya Malcolm yang tahu password akaun itu, bertujuan jika dia menyerahkan kesemua wang tunai hasil jualan dadah itu kepada AJ, dikhuatiri AJ akan membunuh nya kerana dia tidak bernilai apa-apa lagi padanya. Jadi dia hanya menyerahkan wang itu sedikit demi sedikit.



Dia juga mengupah hacker untuk menceroboh sistem komputer AJ dengan menyambungkan akaun Bitcoin untuk menjual dadah itu kepada akaun AJ, jika dia mahu melakukan transaksi secara besar-besaran dari akaun itu akan mendatangkan syak wasangka pada  pihak penguatkuasa pencegahan dadah dan narkotik, dan itu akan mencemarkan nama baik AJ. Satu-satunya cara untuk mendapatkan wang itu ialah melalui Malcolm sendiri. Malcolm memasang perangkap supaya AJ membantunya layak ke Harvard University.


* Sudah lama kita tidak disajikan dengan filem tentang dunia remaja sejak dekad 2010 an ini. Filem sebegini banyak dihasilkan di dekad 2000 an dulu. Tetapi rata-rata nya teen sex comedy yang melonjak naik kesan daripada filem American Pie. Filem ini bukan lah filem komedi, tetapi untuk penulis yang sudah bosan dengan filem seram-bajet rendah, filem aksi, filem adaptasi superhero, ini boleh dianggap sesuatu yang lain dari yang lain. Kerana di dekad 2010 an ini begitu kurang filem komedi dan zaman remaja ini difilemkan.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.