Saturday, December 26, 2015

Perkara Membosankan Dalam Drama/Filem Melayu

Didalam video ini di highlight kan elemen-elemen yang membosankan dan tipikal dalam drama/filem melayu.




Friday, December 25, 2015

Orang Miskin Anak Ramai

Orang miskin anak ramai, Orang susah anak banyak- ayat yang sering kita dengar bila kisah fakir miskin di angkat ke media massa. Sejujurnya aku menentang sama sekali konsep ini. Saban tahun di negara kita kadar kemiskinan semakin meningkat, terutamanya di bandar yang sering kita gelar ' Miskin Bandar '.
Jika kita tengok di negara-negara kaya atau pun maju, rata-rata penduduk nya mengamalkan perancangan keluarga. Majoriti sebuah keluarga hanya memiliki 1-2 orang anak sahaja. Paling ramai pun mungkin hanya 3 orang, susah hendak jumpa mereka memiliki anak melebihi 3 orang. Kalau ada pun, itu jika hanya bapa mereka saja bekerja dan ibu nya lebih kepada suri rumah tangga.

Dengan kos hidup yang semakin lama semakin meningkat dan belanja membesarkan dan menyekolahkan anak yang semakin menaik hari demi hari, rasanya masyarakat kita sudah mula mempraktikkan amalan perancangang keluarga. Jika kita lihat, keluarga yang bahagia dan sihat rata-ratanya di dukung oleh ibu bapa yang memberi sepenuh perhatian dan tumpuan pada anak-anak mereka semasa membesar. Kerana di usia 5-17 tahun mereka perlu mempunyai contoh atau role model untuk membentuk identiti diri mereka. Contoh paling dekat, tentu lah ibu-bapa mereka. Kajian juga membuktikan jika anak-anak memiliki father figure dalam diri mereka, itu membantu mereka dalam berkeluarga kelak dan dari situ hubungan atau bond terbentuk antara bapa dan anak.

Kita sering di sogokkan dengan cerita, keluarga miskin anak ramai tetapi bila membesar semua anak nya berjaya dan menjadi manusia. Ingatlah, anak-anak yang sedikit ini lebih dekat ibu-bapa mereka dari anak-anak yang ramai bersusun macam lipan ini. Pernah dengar seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, tetapi seorang anak tak boleh jaga seorang ibu ??

Macam cerita di bawah ni, seorang lelaki hidup susah tapi anak-anak nya seramai 15 orang. Berkongsi 1 rumah flat 1 bilik dengan cucu dan menantu, paling sedih ada diantara anak-anak yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana kemiskinan dan suasana yang tidak selesa untuk mereka belajar. Paling aku sedih, bila mana ada anak-anak mereka yang terpaksa menumpang tidur di surau, masjid dan dataran kerana rumah yang sempit dan tidak selesa. Di mana kesedaran seorang ayah ?? ibu mereka baru berusia 43 orang tetapi anak sulung mereka berusia 30 tahun !! sesuatu yang fishy  di sini. Mengapa si ibu mengandung di usia se awal 13 tahun ?? si bapa pula berhijrah di Kuala Lumpur seawal usia 16 tahun, mungkin dia baru sahaja tamat SRP/PMR/PT3 pada waktu itu.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kesempitan-hidup-paksa-16-sekeluarga-bergilir-tidur-dalam-flat-satu-bilik

Kemiskinan ini bukan saja ada di Malaysia, tetapi ia ada di mana-mana.




Wednesday, December 16, 2015

Filem Napoleon Dynamite


Filem ini asalnya sebuah filem pendek yang berjudul " Peluca " yang diterbitkan dalam format hitam putih sebelum diadaptasi ke layar emas dan diberi judul " Napoleon Dynamite ". Dalam format asal, watak utama filem ini menggunakan nama ' Sid ' tetapi apabila diadaptasi ke filem panjang ianya ditukar menjadi Napoleon.


Napoleon, seorang remaja sekolah yang tiada circle of friend atau kumpulan kawan-kawan nya sendiri. Dia gemar melukis dan membaca buku, dia juga tidak aktif dalam sukan menyebabkan dia terpinggir di sekolah. Disebabkan kehidupan nya yang membosankan dia sering menipu tentang apa yang dia lakukan. Seperti memburu Wolverine sewaktu musim cuti sekolah dan kononnya mempunyai teman wanita yang cantik dan bergaya.




Di rumah, dia tinggal bersama nenek dan abangnya, Kip. Suatu hari, neneknya ditahan di hospital kerana cedera semasa bermain aktiviti lasak, oleh itu Pakcik Rico ditugaskan menjaga mereka berdua walaupun mereka sudah cukup besar . Napoleon berusia 17 tahun dan Kip pula berusia 32 tahun. Uncle Rico tidak berumah dan tinggal di dalam van miliknya, dia bekerja sebagai jurujual tupperware dan masih belum melupakan kegagalannya dalam sukan American Football.




Di sekolah Napoleon sering dibuli oleh pelajar samseng menyebabkan dia berasa terasing, hinggalah datangnya pelajar baru bernama Pedro. Mereka mula berkawan baik, Pedro mula menarik perhatian apabila bertanding dalam pilihanraya mencari Ketua Pelajar. Pedro memilih untuk bertanding menentang Summer Wheatley, pelajar wanita yang menolak pelawaanya untuk ke majlis tari menari. Pedro dan Napoleon menjadikan kempen menentang pembulian di sekolah sebagai manifesto mereka. Pedro meminta bantuan abang-abangya untuk memberi amaran kepada pembuli supaya tidak membuli dan kempen itu berhasil.





Circle of friends Napoleon mula terbentuk apabila dia memulangkan barang-barang aksesori milik Trisha yang ditinggalkan di rumahnya selepas dia tidak berminat untuk membeli. Trisha adalah seorang gadis pendiam dan pemalu, seperti Napoleon dia juga tidak begitu bersosial di sekolah. Dari situ dia mula berkawan dengan Trisha dan persahabatan mereka bertiga mulai rapat.



Kip yang sering menghabiskan masa di hadapan komputer mula merancang untuk bertemu dengan Lafawnduh, kenalan chattingnya. Lafawnduh ialah seorang wanita berkulit hitam, kedatangannya memberi satu pertembungan budaya kepada keluarga Napoleon. Dia diberi tape yang mengandungi lagu hip hop yang merangsang adrenalin Napoleon untuk menari. Kip pula mula menukar gaya fesyennya yang lebih kepada hip hop.




Pakcik Rico pula sering membuat onar dengan mengedar flyer produk pembesar payudara menyebabkan Napoleon mendapat tempias. Akhirnya dia dibelasah Rex Kwon Do kerana kebiadapannya itu.

Pedro berjaya menjadi Ketua Pelajar dan Napoleon meraih pujian ramai kerana aksi solo nya menari di pentas yang penuh energetik mendapat tepukan gemuruh.

* Filem ini hanya menelan belanja 400 000 dan diarahkan oleh pasangan suami isteri, Jared Hess dan Jerusha Hess.

Kutipan untuk filem ini ialah sebanyak 44 juta US Dollar, satu pulangan yang cukup menguntungkan, John Heder yang melakonkan watak Napoleon hanya dibayar 1 ribu dollar saja dan kemudian menerima bayaran yang berlipat kali ganda hasil kutipan itu.

Tempat dimana pengambaran filem ini dijalankan, negeri Idaho dan berdekatan dengan sempadan negeri Utah. Lebih tepat lagi lokasinya ialah di bandar Preston, Idaho dan Richmond, Utah. Kesan dari filem ini, menyebabkan kedua-dua bandar itu menjadi tarikan pelancong, pada 2004-2008 diadakan festival Napoleon Dynamite seperti pertandingan tiru macam saya, melontar bolasepak dan memakan Tater Tots, sejenis makanan berasaskan kentang yang dimakan Napoleon dalam filem ini.



Filem ini juga diterbitkan dalam siri animasi tetapi tidak mampu bertahan lama.



Thursday, December 10, 2015

Pengarah-pengarah Filem Yang Terbaik Dan Disegani Sepanjang Zaman

Mereka ini diangkat bukan dari segi kutipan filem mereka, tetapi kerana karya filem mereka yang menampilkan elemen-elemen baru dalam dunia perfileman. Mereka juga selalu dijadikan contoh oleh pengarah muda dan pembikini filem pada hari ini. Melambangkan betapa berprestij dan berpengaruh besar filem mereka kepada masyarakat dan dunia seni filem.


Wednesday, December 9, 2015

Kenali Filem-filem Mockbuster

Filem Mockbuster adalah filem yang dihasilkan oleh syarikat produksi bajet rendah untuk meraih untung dari filem blockbuster. Biasanya filem-filem Mockbuster ini meniru konsep dan jalan cerita filem blockbuster sebelum di ubahsuai mengikut bajet mereka, filem-filem sebegini juga turut dikeluarkan pada tahun yang sama dengan filem yang mereka tiru, tetapi tiada yang benar-benar mendapat sambutan disebabkan kualiti yang rendah. Filem-filem ini juga menggunakan tajuk yang hampir sama dan mengelirukan para penonton hingga ada yang tertipu. Filem mockbuster ini biasanya hanya dijual terus dalam format DVD atau pun video on demand.