Jika kita tengok di negara-negara kaya atau pun maju, rata-rata penduduk nya mengamalkan perancangan keluarga. Majoriti sebuah keluarga hanya memiliki 1-2 orang anak sahaja. Paling ramai pun mungkin hanya 3 orang, susah hendak jumpa mereka memiliki anak melebihi 3 orang. Kalau ada pun, itu jika hanya bapa mereka saja bekerja dan ibu nya lebih kepada suri rumah tangga.
Dengan kos hidup yang semakin lama semakin meningkat dan belanja membesarkan dan menyekolahkan anak yang semakin menaik hari demi hari, rasanya masyarakat kita sudah mula mempraktikkan amalan perancangang keluarga. Jika kita lihat, keluarga yang bahagia dan sihat rata-ratanya di dukung oleh ibu bapa yang memberi sepenuh perhatian dan tumpuan pada anak-anak mereka semasa membesar. Kerana di usia 5-17 tahun mereka perlu mempunyai contoh atau role model untuk membentuk identiti diri mereka. Contoh paling dekat, tentu lah ibu-bapa mereka. Kajian juga membuktikan jika anak-anak memiliki father figure dalam diri mereka, itu membantu mereka dalam berkeluarga kelak dan dari situ hubungan atau bond terbentuk antara bapa dan anak.
Kita sering di sogokkan dengan cerita, keluarga miskin anak ramai tetapi bila membesar semua anak nya berjaya dan menjadi manusia. Ingatlah, anak-anak yang sedikit ini lebih dekat ibu-bapa mereka dari anak-anak yang ramai bersusun macam lipan ini. Pernah dengar seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, tetapi seorang anak tak boleh jaga seorang ibu ??
Macam cerita di bawah ni, seorang lelaki hidup susah tapi anak-anak nya seramai 15 orang. Berkongsi 1 rumah flat 1 bilik dengan cucu dan menantu, paling sedih ada diantara anak-anak yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana kemiskinan dan suasana yang tidak selesa untuk mereka belajar. Paling aku sedih, bila mana ada anak-anak mereka yang terpaksa menumpang tidur di surau, masjid dan dataran kerana rumah yang sempit dan tidak selesa. Di mana kesedaran seorang ayah ?? ibu mereka baru berusia 43 orang tetapi anak sulung mereka berusia 30 tahun !! sesuatu yang fishy di sini. Mengapa si ibu mengandung di usia se awal 13 tahun ?? si bapa pula berhijrah di Kuala Lumpur seawal usia 16 tahun, mungkin dia baru sahaja tamat SRP/PMR/PT3 pada waktu itu.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kesempitan-hidup-paksa-16-sekeluarga-bergilir-tidur-dalam-flat-satu-bilik
Kemiskinan ini bukan saja ada di Malaysia, tetapi ia ada di mana-mana.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.