Wednesday, December 16, 2015

Filem Napoleon Dynamite


Filem ini asalnya sebuah filem pendek yang berjudul " Peluca " yang diterbitkan dalam format hitam putih sebelum diadaptasi ke layar emas dan diberi judul " Napoleon Dynamite ". Dalam format asal, watak utama filem ini menggunakan nama ' Sid ' tetapi apabila diadaptasi ke filem panjang ianya ditukar menjadi Napoleon.


Napoleon, seorang remaja sekolah yang tiada circle of friend atau kumpulan kawan-kawan nya sendiri. Dia gemar melukis dan membaca buku, dia juga tidak aktif dalam sukan menyebabkan dia terpinggir di sekolah. Disebabkan kehidupan nya yang membosankan dia sering menipu tentang apa yang dia lakukan. Seperti memburu Wolverine sewaktu musim cuti sekolah dan kononnya mempunyai teman wanita yang cantik dan bergaya.




Di rumah, dia tinggal bersama nenek dan abangnya, Kip. Suatu hari, neneknya ditahan di hospital kerana cedera semasa bermain aktiviti lasak, oleh itu Pakcik Rico ditugaskan menjaga mereka berdua walaupun mereka sudah cukup besar . Napoleon berusia 17 tahun dan Kip pula berusia 32 tahun. Uncle Rico tidak berumah dan tinggal di dalam van miliknya, dia bekerja sebagai jurujual tupperware dan masih belum melupakan kegagalannya dalam sukan American Football.




Di sekolah Napoleon sering dibuli oleh pelajar samseng menyebabkan dia berasa terasing, hinggalah datangnya pelajar baru bernama Pedro. Mereka mula berkawan baik, Pedro mula menarik perhatian apabila bertanding dalam pilihanraya mencari Ketua Pelajar. Pedro memilih untuk bertanding menentang Summer Wheatley, pelajar wanita yang menolak pelawaanya untuk ke majlis tari menari. Pedro dan Napoleon menjadikan kempen menentang pembulian di sekolah sebagai manifesto mereka. Pedro meminta bantuan abang-abangya untuk memberi amaran kepada pembuli supaya tidak membuli dan kempen itu berhasil.





Circle of friends Napoleon mula terbentuk apabila dia memulangkan barang-barang aksesori milik Trisha yang ditinggalkan di rumahnya selepas dia tidak berminat untuk membeli. Trisha adalah seorang gadis pendiam dan pemalu, seperti Napoleon dia juga tidak begitu bersosial di sekolah. Dari situ dia mula berkawan dengan Trisha dan persahabatan mereka bertiga mulai rapat.



Kip yang sering menghabiskan masa di hadapan komputer mula merancang untuk bertemu dengan Lafawnduh, kenalan chattingnya. Lafawnduh ialah seorang wanita berkulit hitam, kedatangannya memberi satu pertembungan budaya kepada keluarga Napoleon. Dia diberi tape yang mengandungi lagu hip hop yang merangsang adrenalin Napoleon untuk menari. Kip pula mula menukar gaya fesyennya yang lebih kepada hip hop.




Pakcik Rico pula sering membuat onar dengan mengedar flyer produk pembesar payudara menyebabkan Napoleon mendapat tempias. Akhirnya dia dibelasah Rex Kwon Do kerana kebiadapannya itu.

Pedro berjaya menjadi Ketua Pelajar dan Napoleon meraih pujian ramai kerana aksi solo nya menari di pentas yang penuh energetik mendapat tepukan gemuruh.

* Filem ini hanya menelan belanja 400 000 dan diarahkan oleh pasangan suami isteri, Jared Hess dan Jerusha Hess.

Kutipan untuk filem ini ialah sebanyak 44 juta US Dollar, satu pulangan yang cukup menguntungkan, John Heder yang melakonkan watak Napoleon hanya dibayar 1 ribu dollar saja dan kemudian menerima bayaran yang berlipat kali ganda hasil kutipan itu.

Tempat dimana pengambaran filem ini dijalankan, negeri Idaho dan berdekatan dengan sempadan negeri Utah. Lebih tepat lagi lokasinya ialah di bandar Preston, Idaho dan Richmond, Utah. Kesan dari filem ini, menyebabkan kedua-dua bandar itu menjadi tarikan pelancong, pada 2004-2008 diadakan festival Napoleon Dynamite seperti pertandingan tiru macam saya, melontar bolasepak dan memakan Tater Tots, sejenis makanan berasaskan kentang yang dimakan Napoleon dalam filem ini.



Filem ini juga diterbitkan dalam siri animasi tetapi tidak mampu bertahan lama.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.