Thursday, March 29, 2012

depressed + heartbroken = forlorn


aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cintaku dapat
mengapa ada derita bila tercipta?
mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan?



                                         


                                            

tiada kata yang dapat ku gambarkan perasaan yang ku alami

terkapar kapar aku kelemasan
sakit dilambung ombak kerinduan
di dalam tidur di dalam jaga
diburu oleh mimpi yang serupa

mengapa aku jadi tidak menentu
kerana mu
                                           
ku menyusuri jalan berliku
membiarkan hari-hari berlalu
tiada salam tiada pesan
memaksa diri untuk melupakan
namun wajah mu bermain di mata ku tiap waktu

                                                
malam ku suram, siang ku kelam ku kegelisahan
mencari cari kemana pergi
harga diri ini
bertanyakan berita merisik khabar mendengar cerita
melaluinya kau ku hampiri
tiap hari
bersama luka di hati


tiada sehari yang berlalu
tanpa ku mengingati mu
rindu pada mu
sentiasa mendambakan
kasih dan sayangmu

semalam aku bermimpi
dalam hujan ku berlari
berlari mencari
memanggil namamu

nama mu yang sempurna
ku harap dan ku berdoa
semoga dapat bersua dengan mu

Wednesday, March 28, 2012

perkara yang memilukan


antara perkara yang memilukan sepanjang hidup aku :

  • kehilangan arwah nenek di usia yang muda

  • hilang teman baik

  • hubungan cinta yang gagal

  • gagal mencapai matlamat yang diinginkan sejak kecil

setiamu tiada lagi

Setiamu tiada lagi
Diriku kini engkau hindari
Kehadiran ku kau tak peduli
Senda ku menyakitkan hati

Tak tau apa sebabnya
Dirimu kini jauh beza
Memandang wajahku kau pun enggan
Mungkinkah aku kau lupakan

Kau bisikan... agar kau dilepaskan
Itu harganya... untuk kau berbahagia
Kau nyatakan... kau ada penggantinya
Kau tersentak... rasanya biar mati

Demi ketulusan cinta
Pada mu yang tiada batasnya
Ku relakan perpisahan ini
Biarpun menikam di hati

Tuesday, March 27, 2012

teh punjab di petang hari

pada minggu lepas aku lepak di khana khazana dengan ame dan raja.aku nak ikut pun sebab si raja nak memperkenalkan teh punjab kepada kitorang.si raja ni berasal dari punjab.
masuk saja raja tempah 3 cawan teh punjab dan kitorang berborak pasal asal usul raja dan dah berapa lama dia kat malaysia.
raja ni buat part time sebagai server/waiter kat vistana.kerja dengan dia ok dan just relax tak banyak membebel.selesa dapat staff macam ni.

sampai saja teh punjab aku dan ame tak terus minum pasal air dia panas sangat dan kitorang teruskan berborak dan dalam masa 8 minit berbual teh punjab masih tak suam-suam lagi.panas sungguh teh ni.rasa teh ni lebih kurang macam teh tarik dan rasanya berlemak + ber krim + susu segar. dan teh ni dibelanja oleh raja,murah hati orang punjab ni.

aku tak makan nasi,aku ok !

dah 3 minggu tak makan nasik pattaya
masuk khamis ni genap la 3 minggu aku berhenti makan nasik.sebab aku berhenti aku terkejut bila aku timbang berat badan aku mencecah 80 kilogram.padahal last time aku timbang berat aku dalam 60-61 kilogram.

dengan tekad dan azam aku berusaha untuk berhenti makan nasik dan setiap kali makan aku gantikan dengan mee goreng atau makan lauk saja.ini satu rekod baru kerana sebelum ni paling lama aku tak makan nasik adalah 24 jam.

dan aku masih hidup hingga ke hari ini.ternyata nasi tu hanyalah selera bukannya keperluan.,maksudnya tanpa makan nasik badan kita tak akan lemah.aku masih cergas lagi untuk buat kerja berat.

sampai sekarang aku tak terliur pun bila tengok nasik. roti kan ada,mee kan ada, itu boleh gantikan nasik. dan bila makan nasik,makanan yang tak dihadam tu susah nak di cerna dan sebab itu perut aku mudah kembung dan aku berasa tak selesa.
              
 aku nak sangat body kurus macam gambar di atas ni
                        
sejak berhenti makan nasik aku rasa lebih sihat dan macam tak percaya aku masih hidup tanpa menjamah sebutir nasi sepanjang minggu.aku takkan berhenti selagi berat badan aku tak turun dan aku nak badan aku kurus.pada aku kurus la senang nak carik baju dan seluar tiap kali time shopping berbanding badan saiz large macam aku.
                                        
harap-harap la tempoh aku berkempen tak makan nasik ni akan bertahan untuk 6 bulan dan sama ada aku kurus atau setakat turun berat badan itu sudah dikira menjadi.

aku terasing sendiri

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi api
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

kian jauh kian hilang


Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh


Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Wednesday, March 21, 2012

cerita housekeeping dan aktiviti hari ahad

 tempat di mana ku bekerja sebagai order taker

 hari ahad adalah hari cuti aku.tapi aku tak terasa aman pasal mengenangkan esoknya kena pergi banquet al-neraka jahanam. dan hari sebelumnya hari terakhir aku di syurga housekeeping.banyak kenangan 2 bulan aku di housekeeping ni.lebih-lebih lagi masa room attendant,runner & public area.

aku dapat member yang ok lagi baik.sudin,shahril,nazilan,razif dan yang terbaru HILMI aka kimi graduan polisas -politeknik sultan haji ahmad syah,kuantan dalam jurusan sijil ukur tanah . kimi sebelum ni runner aka penghantar pesanan ke bilik.bila si hazman aka aman masuk runner kimi pun diserapkan ke dalam PA aman dan kimi adalah adik beradik ye, dan bercakap pasal runner ni aku pernah jugak jadi runner tapi nite runner la.dari 11 malam-7 pagi dan pada masa yang sama aku jaga lobi,PA dan nite runner adalah orang yang sama masa syif 11malam - 7 pagi.

tapi kerja nite runner tak la sesibuk runner pagi dan petang.nite runner cuma hantar coffee set,bed sheet,iron board dan mineral water je.paling berat extra bed la tapi aku bernasib baik tak buat extra bed.tak lupa kredit kepada aman,eddy dan faizal runner yang ok dan suka bergurau dengan aku.tak lupa Dol,amy dan kak zuraina -senior order taker yang banyak membantu aku bila mana aku jam dan serabut dengan call dan request yang melambak.
 tak lupa firdaus - supervisor aku yang cool dan sempoi.di housekeeping aku mula sedar apa itu family in working, susah aku nak dapat suasana macam ni  2 bulan bersama diorang ibarat macam satu minggu yang berwarna warni-maksud aku di sini takde department sebaik dan semesra housekeeping.department lain semua nya plastik-dicontrol oleh etika dan undang2 hingga menyebabkan hilangnya kejujuran seseorang dari cuba menjadi diri sendiri.

berbalik kepada hari ahad, aku menghabiskan separuh hari dengan membebel kepada adik perempuan aku yang lambat kemas barang dan baru hari tu nak siapkan assignment dia.dah la aku cuti hari ni dia plak nak buang masa aku.plan untuk hari tu adalah nak pergi festival belon udara panas di putrajaya precint 2.masuk je putrajaya dah jam teruk.jadi carik punya carik bapak aku jumpa jugak parking kat depan masjid besi putrajaya. dalam 15 minit jalan kaki sampai la ke tapak pesta belon.tapi aku tak teruja dengan belon panas tu aku lebih teruja nak carik makan pasal aku dah berjaya menjayakan rancangan 7 hari tak makan nasik.sebelum ni 1 hari tak makan nasik aku dah pening kepala tapi sejak 7 hari ni aku ok dan takde pape pun.
dalam 8 minit di tapak festival aku pun pergi merayau ke tapak gerai-gerai di situ.dan aku dapat minum mountain dew percuma yang diberi krew mountain dew,sebelum nya selepas solat asar di masjid besi aku dah beli mountain dew tapi mountain dew yang diberi krew lebih sedap dan bergas lagi yang aku beli di vending machine di masjid besi putrajaya.sambil merayau di gerai tapak pesta tu aku pun carik la makanan yang sedap jumpa plak kiosk pizza hut bergerak nak beli tapi diorang dah cabut plag,clear itu ini semua macam dah nak ' tutup kedai'. dan aku teruskan perjalanan terjumpa KFC aku nak beli cheezy wedges je tapi barisan guest yang panjang macam lipan aku pun batalkan hasrat dan terjumpa darabif burger.
 mountain dew free
 
darabif burger ni agak unik pada aku pasal sebelum ni aku tak pernah jumpa stall burger ni.dan aku beli la MOO COMBO iaitu  
 

burger daging,french fries dan pepsi.semua sekali rm10.best nya daging burger dia tebal dan 2 kali ganda daging burger biasa yang dijual 3.50 tu.ada peniaga burger ni letak daging burger senipis buku nota poket je. dan paling menyakitkan selera dan mata aku ialah aku tak suka bila masak patty burger diorang suka-suka je tekan sehabis boleh daging burger tu.sampai hilang ramuan dalam daging burger tu.lepas beli burger aku terus lepak kat jambatan masjid besi.entah kenapa sekarang ni aku rasa macam hilang sesuatu dalam diri aku.dulu aku suka keluar lama-lama dan sekarang ni baru setengah jam jalan-jalan aku dah rasa nak balek.
 pepsi + burger + french fries = kenyang :)
 daging yang lebih tebal dari roti

sambil lepak di jambatan masjid besi tu lah aku enjoy burger daging ni.dan french fries plak takde yang sehebat french fries McD.dan memerhati dibawah jambatan masih banyak kereta lalu lalang di jalan-jalan yang biasanya sesak di hari kerja tapi takkan sesak di hari minggu kecuali untuk hari itu.

dari jauh aku melihat betapa indahnya pemandangan tapak pesta.dan di dalam hati aku masih terasa kehilangan sesuatu.yang menjadi punca kenapa aku tak se gembira dulu.rasanya aku perlu masa untuk berehat dan menenangkan fikiran.aku semakin lari dari landasan hidup aku yang asal iaitu nak jadikan kehidupan aku sentiasa tak pernah tua.

 

Saturday, March 17, 2012

aku,mee goreng tak sedap,pakcik berkopiah putih dan non -customer service

di malam jumaat aku mengantuk kerana letih jadi runner petang tu. sampai saja di lrt datuk keramat aku mengidam sangat nak mee goreng.turun saja di lrt aku pun pergi ke sebuah warung du depan lrt. duduk saja kat kerusi aku pun rasa macam alien landing ke bumi.takde sesape datang kat aku amik order.terpaksa la aku angkat tangan panggil seorang pekerja yang sedang mengelap pinggan.

                                     
aku pun order la teh tarik dan mee goreng. lepas saja amek order dia terus menyalak kat tukang masak kat sebelah warong tu.dan teh tarik kat bahagian kaunter.terkejut beruk aku kuat sangat jeritan si pekerja tu patut pun dia amik order takde pegang pen dan nota rupa-rupanya macam tu saje dia amik order.sampai saja teh tarik aku, dia letak saje kat sebelah aku dan biarkan aku asingkan sendiri teh tarik aku dengan orang di meja sebelah tak lama kemudian mee  goreng aku pun sampai. sebaik saja menyuapkan mee goreng tu ke mulut aku, ptuih !!! tak sedap langsung ! rasa macam tut!!  kat mee goreng tu aku rasa macam makan kacang je tapi tak nampak pulak kacang dalam mee tu.dia letak pulak keropok @ papadom tapi haram tak sedap langsung. lebih teruk lagi mee goreng tu dia letak sedikit hirisan bawang merah dan itu langsung tak mampu mengubah mee tak sedap tu menjadi sedap.
                                       
pelik aku,biasa nya tengah hari aku tengok warung tu ramai orang beli makanan,sebab tu aku ingat sedap sangat ke. jadi malam semalam tu aku sekadar test market je la sama ada mee tu sedap atau tak.teh tarik aku pulak tak pekat dan manis macam yang biasa aku minum di kedai mamak.lepas saja makan aku pun pergi ke kaunter untuk membayar di kaunter aku dicaj rm 5.20 sen oleh seorang pakcik ber kopiah putih dan berjaket ada bendera malaysia. tiba-tiba pakcik tu menjerit suruh bayar duit mee dan dia keluarkan not 5 ringgit.rupa-rupanya dia suruh pekerja amik order tadi yang tak sopan tu pegi bayar kat tukang masak tu.
                                              
dan aku berlalu keluar dari warung tu dengan keadaan yang tak memuaskan,kesimpulannya inilah kali pertama dan terakhir aku ke situ.dalam perjalanan ke rumah aku pun berfikir ada logiknya kenapa kedai mamak lebih mendapat sambutan di kalangan orang kita.silap nya di datuk keramat ni takde kedai mamak.di kampung datuk keramat ni banyak kedai acheh dan keturunan indon.kata aqram - budak laundry yang aku kenal masa buat laundry dulu.dia cakap kat datuk keramat sekarang banyak keturunan boyan aqram tak duduk di datuk keramat dia duduk kat ampang.datuk keramat ni rumah nenek dia.dan tak syak lagi 4 tahun dulu aku pun pernah ditipu oleh boyan-bawean ni masa tu aku masih tak mahir lagi bab shopping ni.jadi asal ada barang aku beli je la, masa tu aku nak beli songkok baru jadi aku masuk la ke satu kedai songkok tu dan setelah dicuba pelbagai saiz masih tak jumpa yang sesuai dengan kepala aku.
                                         
last sekali dia bagi try songkok yang dah berhabuk tu dan muat jugak dengan kepala aku.jadi aku beli je la ingatkan dah berhabuk dan berdebu tu murah la harga nya tapi langsung tak ! dan aku keluarkan la 30 ringgit masa tu songkok dia takde price tag dan aku tak tanya harga berapa terus je keluarkan duit.tokey bawean tu apa lagi terus caj 30 dan aku keluar dalam keadaan tak puas hati dah la 30 ,dahtu songkok yang dah berhabuk pulak tu.dan masalah baru pulak songkok tu hanya muat bila aku potong rambut je,bila rambut aku dah lebat songkok tu jadi ketat sejak tu aku memboikot segala bisnes boyan-bawean di situ.
                                    

berbalik kepada pakcik kopiah putih tadi, apa dia ingat sopan sangat ke jerit-jerit depan customer.aku kat kedai mamak takde plak kena macam tu.kat kedai mamak servis lagi cantik,masa aku pergi kedai mamak depan kompleks campbell tu waiter dia terus datang kat aku dan tanya elok-elok siap tulis dalam nota lagi tak perlu jerit-jerit.memang la bil mamak tu lagi mahal dari warung pakcik kopiah putih tu tapi servis dioran sudah cukup selesa bagi aku.dari bahasa si pekerja perempuan yang amik order tak sopan tu aku dah agak yang dia tu indon sebab pekat longhat indon dia.si pakcik berkopiah putih dan perut buncit tu plak rasa kedai dia ramai orang jadi customer service tak perlulah.

Friday, March 16, 2012

derita sakit hanya aku dan tuhan yang tahu

 aku saket sape peduli,maksud aku tak sape peduli aku saket dan diorang terus memaksa aku menjadikan aku lebih sakit.jika ada silap aku tak mudah memberi kata putus atau kata-kata yang menyakitkan hati orang.tapi aku yang disakiti sebenarnya.cuma aku tak luahkan

aku sedar ku tak punya banyak masa sekarang. syif 3-11 memberi kesan buruk kepada kesihatan aku. angin malam menyebabkan suhu badan aku tak menentu dan seminggu ni aku terpaksa tinggal seorang family aku balek kampung seminggu.tak sampai sebulan demam aku datang balek.terok sangat ketahanan badan aku sekarang. aku tak mintak simpati atau  belas kasihan tapi aku nak dihormati dan jika salah betulkan aku. balek malam pulak menambah risiko aku diserang paru-paru berair.sejak sabtu lepas saluran paip di bilik air tengah  rumah ni bocor dan aku tak boleh guna bilik air tengah yang  ada heater dan sekali lagi aku terpaksa mandi di bilik air yang takde heater,sekaligus menambah risiko paru-paru berair aku.

semalam sekali lagi aku dikejutkan dengan masalah otot kaki aku kejang. sebaik saja bangun dari tidur aku sendiri tengok otot betis aku bergerak dengan sendiri dan tiba-tiba aku terasa sakit yang amat sangat.aku menjerit kesakitan tiada sape yang mendengar jeritan aku.
hampir sejam aku terpaksa baring dalam keadaan memeritkan kaki aku rasa macam dihempap batu.bila aku tengok bahagian yang sakit ada macam urat berselirat dan kedudukan otot teralih dari tempat yang sepatutnya.macam biasa tiada siapa yang peduli dan aku segalanya sendiri.

dengan terpaksa aku bangun untuk berjalan dan setiap derapan tapak kaki aku diselangi dengan rasa perit di betis.jam pukul 11 dan aku harus sediakan makanan sendiri.dengan kaki yang masih sakit aku meneruskan rutin hidup aku.dan perjalanan 45 minit ke tempat kerja dilalui dengan sakit hanya tuhan yang tahu.dan ditempat kerja aku jadi utility worker banyak cover kerja runner,order taker dan supervisor.tapi aku teruskan jugak.aku nasib baik abdullah,firdaus faham keadaan aku berbanding orang yang sepatutnya yang lebih suka marah dan hentam aku dari jaga kebajikan aku di masa susah dan senang

Thursday, March 15, 2012

Akhirnya Nampak nilai aku d mata n hati kau :)


Memang hotel aku kecik.x class mcm hotel kau.tapi keja aku kau x kan dapat bayang kan.permanent staff tak byk.duaorang  je.y lain smua freshie mcm aku.aku lah jaga depan,buat belakang,kitchen pn kena tlg cover2.kau setakat 1 department hari2.aku y duduk kat resort y x perlukan masa 45MINIT ke hulur kehilir balik rumah y finally boleh jugak jpe FAMILY tu kau ingat senang ke??ada masalah aku kene turun tgok ape silap y aku buat tu.semakin dekat aku kat sini semakin susah n derita aku.kau tau ape?aku x kesah penat fizikal.tapi mental aku kau dapat rase?balek2 mengadu kat kau aku balik y kau kata mengada.tak pn msg lembap giler…..kau fkir aku kuli tunggu kau je??bile balas pn x menjawap soalan.ape masalah ego kau ni sbenarnya????????????!!!! Kau nak persoalkan tempat LI kite plk ape hal?belagak! kau inagt aku tau ke hotel ni mcm mne sbelum pileh dlu??aku tempuh jugak utk terus keja ni sbb KAU! Aku nak buktikan kat Kau y aku TAK LEMAH! Aku boleh buat n habiskan pelajaran aku.tapi kau x penah nak try support aku.sakit aku kau buat tak Nampak je.kalau aku kaya dah lama aku pasang cctv tu tanpa perlu kau cakap. Selama ni niat kau cume nak ketuk aku?? Maknenye kau nak ajak aku pg lowyat sbb nak ketuk aku je? Aku jugak takkan lupa mcm mne kau marah aku pasal x bgtau ayah nak tkar bttry.knapa kau x hormat keputusan aku?knapa kau nak aku jdik anak y manja?y x reti d untong??aku x suke terlalu MEMINTA!                Knapa kau y nak sakit hati sangat? Ntah knapa la aku cemburu dgn kau.sbb tu lah kau x kesah kan aku.sbb kau tau aku lebih sayang kau dr kau sayang aku. Aku memang terasa kecik sangat bila kau bandingkan hotel kite. Dan pengajaran y aku dapat n akan ingat ‘AKU TAK MENYESAL PUTUS SEBAB NI,AKU CUMA MENYESAL KALAU TAK PUTUS SEBAB NI’ saying hello and good bye.LIKE HELL.

kenapa aku susah nak update sekarang?

tak sampai sebulan sembuh dari demam,selsema dah datang balek.sebab sibuk dengan kerja la aku susah nak update blog ni sekarang.sebelum ni boleh kata setiap hari aku update tapi 5 bulan ni terpaksa la aku jarang update.sebelum ni aku study jadi time lapang boleh update sekarang ni kerja petang balek malam kadang2 takde masa nak update balek rumah tido je la

9GAG versi doodle google

Tuesday, March 13, 2012

antara hormat dan komitmen - jari berbisa

aku cukup pantang bila orang tuduh apa yang aku tak buat. paling aku tak suka bila aku dikata penipu atau erti kata lain curang dan sewaktu dengannya.aku cabar kau pasang cctv tengok apa aku buat tiap hari.tapi kau tak boleh sahut cabaran aku.

aku tau sape diri aku. hanya tuhan dan aku saja tahu sape diri aku.jangan sewenang-wenangnya kau cakap ikut sedap mulut.nasib baik aku bersabar tapi kalau panas baran aku datang dah lama ada kesan tapak tangan kat pipi kau,kaki ni tak mustahil dah masuk dalam mulut kau. jangan ingat aku berlembut aku takde perasan sakit hati. kau baru berjauhan dengan family kau dah mula buat perangai macam ni.

ada-ada je salah aku,macam la kau tu betul lagi sempurna.aku tak rasa pun kau tu sempurna.jangan kau jadikan entri ni punca pergaduhan.aku dah lama bersabar,aku luahkan ke tidak puas an hati aku.aku lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu dan aku gunakan akal aku dengan sebaik-baiknya.paling aku tak boleh maafkan kau boleh mula bergaduh semata-mata aku tukar link blog dengan orang lain.ingat aku ni ber selera sangat ke nak ramai bini ?? makwe orang plak tu.cuci la minda tu sikit. kalau nak bini ramai takde nye aku kat malaysia ni.dah lama aku pindah ke oversea sebab awek di over sea lebih terbuka fikiran diorang dan tahap cemburu takde la tahap melampau.
                                        
kenapa perlu mengungkit?? aku tau ingatan aku dah tak sekuat zaman sekolah menengah dulu.kalau aku boleh ada balik ingatan sekuat tu dah lama aku keluarkan point-point yang bersarang dalam kepala aku.aku dah bagi segalanya,aku sanggup mesej seawal pukul 3 petang untuk bgtau kau yang aku akan tidor awal. bangun pukul 5 start keja pukul 7 balek pukul 3. kira-kira 10 jam aku kena korbankan.memang tak letih kan aku bangun pukul 5 lepas tu habiskan 45 minit ke hotel.kau setakat duduk kat resort tempat kau bekerja tu tak payah la nak kata kenapa kau boleh buat tapi aku tak boleh. gila apa?? 45 mint pergi dan 45 minit balek. ingat aku kat rumah kerja goyang kaki je ke.aku pun ada kerja nak dibuat la.

selalu mesej lambat, aku dah beratus-ratus kali bagitau yang line maxis kat rumah aku ni teruk.jadi mesej selalu failed.kalau dah mesej failed bukan salah aku tapi salah line la. bila dah sent mana aku perasan yang mesej tu failed. aku cuba la sampai dapat tapi kau tetap dengan keras kepala batu kau kata aku suka mesej lambat,ada perempuan lain.bangang apa bila aku kat rumah tuduh aku dengan perempuan lain.sampai senior staf tempat aku bekerja pun kau jadikan kambing hitam . yang kau nak cemburu bukan setakat buta tapi tak berakal ni apasal?! dia tu dahla gf orang dah tu ingat aku ni gila seks sangat ke? aku bukan la bernafsu kuda macam kau fikirkan.
                                       
aku cukup setia dan hormat dekat kau selama ni. aku kerja 3-11 SALAH, 11-7 SALAH,9-5 SALAH,8-4 SALAH,7-3 SALAH.semuanya salah entah apa yang betul di mata kau tu.sedar la sikit,berpijak di bumi nyata . di resort tempat kau praktikal tu ada dewan untuk buat event? ada ke 448 bilik ? ada ke order taker,runner,public area ?  jadi jangan bandingkan suasana tempat kerja kau dengan aku. bilik kat resort kau tu berapa la sangat jumlah nya.dan kalau bizi pun time public holiday. aku ni tak kira la public holiday,peak season,hari biasa keja tetap bizi kena release bilik,blok bilik,ambik request,tulis defect,record lost & found,ingat keja aku ni goyang kaki ke.setiap jam ada-ada je call yang masuk.macam mana tak bizi??

bawak2 la sedar diri.sekarang ni kita praktikal suasana tak sama macam sebelum ni.daripada bising tak abes2 aku mesej lewat ada kau usaha nak belikan aku handfon baru?? kau ni tahu bercakap saja usaha takde.kalau aku tak ketuk kau dari bergaduh lebih baik masa tu kita pergi low yat carik bateri baru.jangan ingat aku boleh lupakan apa kau buat kat aku masa kat KFC dan carrefour hari tu. dah jumpa pun kau masih nak bergadoh dengan mengungkit benda2 sama.aku tak tau la kau ni suka mengenang masa lampau atau kau ni rasa diri kau tu tak buat salah.ada salah kau cuma aku ni tak suka mengungkit dan ingat apa yang berlaku.cukup la kau sorang saja yang ada sifat suka mengungkit dan menyalahkan orang.

ini baru sikit, banyak lagi yang aku akan tulis.

aku dah cakap elok-elok yang aku tak de buat pape dan mungkin benda tu aku tak sedar tapi aku tau yang aku takde masa nak bersosial dengan perempuan lain.life aku hanyalah bangun-pegi kerja-balek kerja-baca blog-tidor, itu saja. dan sejak dengan kau lah aku terpaksa lepaskan segala minat aku dulu,dah 3 tahun aku tak pergi konsert.3 tahun aku tak pergi gigs.jika diimbas balek sungguh bernilai masa tu dimana aku setiap minggu carik flyer gig dan kalau ada duit lebih aku akan pergi gig.sekarang ni nak pergi boleh aje tapi bila kau bagi pelbagai hukuman dan tuduhan aku pun terpaksa mengalah.pada kau semua yang aku buat semuanya salah,hanya kau sahaja yang betul dalam setiap perkara.

sampai nak tengok movie,asal filem KRU semua kau anti. tapi filem2 yang tunjuk hantu bodoh lagi bahalol suka sangat tengok. ke kau nak membahalolkan diri tengok hantu tu.setiap kali keluar asal pukul 7 saje mesti kau nak balek.dah la kita jumpa pukul 2-3 dahtu pukul 7 nak balek.aku paling tak suka alasan macam tu. aku steady je balek pukul 8-9 malam.buat apa nak rushing balek rumah?? kau tu umur dah 21 tapi masih lagi rasa diri tu macam budak sekolah rendah.mak-bapak kau pun mesti faham takkan umur dah 21 pun nak dikawal.ke kau takut hantu ?? aku balek kerja pukul 11 sampai rumah pukuk 12 pun masih tak jumpa hantu lagi.tak habes-habes dengan hantu.perangai pun dah serupa hantu.
                                         
bila aku tengok bola pun kau nak jadi kan punca pergadohan .takkan 90 minit sekali seminggu kau nak persoalkan ?! tak cukup lagi ke berpuluh-puluh jam dalam seminggu aku habeskan untuk mesej kau? aku pun ada life dan kau jangan cuba jadi queen control bila aku naik darah kau yang susah nanti.lelaki ni sifat nya gunung berapi ,nampak senyap tapi bila meletus habes binasa kau nanti

Monday, March 12, 2012

pasangan kekasih menang loteri 45 juta pound

 matt topham dan cassie carrington membelanjakan 249 000 pound untuk membeli sebuah rumah baru di cil de sac,nottinghamshire,england.pasangan berusia 22 tahun ini sebelum ini membeli sebuah rumah berharga 80 000 dan berpindah ke rumah ini dan turut membeli kereta baru jaguar xk-2 pintu bernilai 70 000 pound dan range rover evoque berharga 28 000.

                                 
matt,seorang pereka hiasan dalaman dan tukang cat dan cassie, penyelia pasaraya sudah bertunang dan pasangan itu merancang perbelanjaan hasil loteri mereka dengan baik dan mereka berhasrat membeli sebuah lot tanah untuk pelaburan.
jiran mereka berasa pelik dengan keputusan pasangan itu membeli rumah baru yang lebih kecil dan tidak sesuai dengan status multi jutawan mereka. rumah itu dilengkapi dengan panggung wayang,kolam renang air panas dan gelanggang tenis.

Sunday, March 11, 2012

kenapa aku gemuk

aku sungguh tertekan sekarang ni,berat aku sekarang 75 kilogram dan aku nak kurus macam aku zaman spm dulu.masa tu aku tak la kurus kering tapi kurus la dan tak gemok macam sekarang.dan mungkin ini agaknya kenapa aku gemuk
                                                             

                          

kanak kanak hari ini dan dulu

kanak-kanak dulu dan sekarang : dulu kreatif dan mereka buat trend mereka sendiri,budak-budak sekarang plak ikut saje apa yang diberi kepada mereka.

perubahan iphone selama 5 tahun

beau isagba, kebajikan britain dan rosmah

kesemua nama di atas bukan lah tajuk utama entri kali ini. ini sekadar tentangan aku kepada rosli harun.
ashraf rosli
 aku tau la anak kau kena rompak dan kemudian di buli oleh sekumpulan ghetto tapi jangan la tunjuk pandai yang sebenarnya menunjukkan kepala bana.
                                          
maksud aku di sini ialah takkan lah disebabkan beau isagba tu tak bekerja,tak sekolah kau kata sistem kebajikan britain menyebabkan dia menjadi macam tu.dan kau jugak pelik kenapa orang bekerja harus membayar cukai kepada kerajaan dan duit cukai itu diberikan kepada orang tidak bekerja,maksud nya orang tidak bekerja di sini ialah penganggur,pelajar dan pencen.
beau isagba
kau pulak kata sepatutnya wang cukai itu disalurkan kepada golongan OKU dan bukannya golongan sihat tubuh badan yang memilih untuk tidak bekerja.bagi aku beau isagba memang bersalah tapi jangan la sistem kebajikan britain di 'kambing hitam' kan. di britain ada lebih seribu jutawan jadi banyak la duit cukai yang diraih,cuba tengok di malaysia ada jutawan,ada bilioaire tapi kenapa masih ada rakyat miskin tak mampu membeli rumah dan ada jugak jutawan yang tak membayar cukai contohnya tony fernandes.

peliknya golongan kelas menengah dan kelas pekerja pulak yang terpaksa membayar cukai dan cukai ini tidak pulak diberikan kepada rakyat yang tidak bekerja, memang bantuan jabatan kebajikan masyarakat ada tapi berapa ratus yang diorang dapat ?? tak cukup untuk hidup selesa. di malaysia ada pelbagai jenis golongan tak bekerja : student kolej-universiti,graduan baru tamat pengajian,pelajar cuti semester,pelajar lepasan spm,golongan yang sedang mencari pekerjaan baru,pencen,OKU, dan macam-macam lagi,tapi kenapa golongan macam ni tak dapat bantuan kewangan hasil cukai itu ?? kenapa di britain boleh buat di malaysia yang di sembang kencang negara maju 2020 tak buat sebagai mana negara inggeris itu??

sebaliknya big mama rosmah puaka yang dapat duit tu untuk beli cincin dan beg yang harganya jauh lebih mahal dari sebuah rumah apartment.kenapa si rosli harun ni tidak bersuara pasal itu ??aku difahamkan rosli harun ni bekas pegawai tentera, dan kalau dah pegawai tentera semua berkaitan kerajaan di pangkah dan tak kan sesekali berani mengkritik rejim najib ibni rosmah.

punca beau isagba jadi macam tu bergantung pada diri dia sendiri.bukannya sistem kebajikan kerajaan britain.kalau aku tak bekerja dan dapat duit sara hidup dah tentu aku jadi blogger sepenuh masa.tengok,dari situ dah ada perbezaan antara seorang remaja imigran yang liar tanpa matlamat hidup dan seorang siswa yang tidak berminat hidup bertuhankan duit dan mahu menikmati keseronokan hidup. tak perlukan wang setinggi bukit kalau nak hidup gembira,tengok la jutawan dan bilionaire diorang semua terpaksa upah bodyguard untuk kesana sini dan tak bebas untuk buat apa ang mereka mahu kerana jadi perhatian umum.

kepada rosli harun, jangan salahkan sistem kebajikan britain.salahkan beau isagba dan ghettos nya yang membuli dan merompak ashraf sehingga patah tulang rahang.dan bukan kebajikan yang menjadikan dia macam tu sebaliknya persekitarannya yang menjadikan dia sebegitu.

Monday, March 5, 2012

orang dan sarapan mereka







cara penampilan,apa yang di baca juga menentukan jenis sarapan yang mereka ambil