Di tahun 2013,
aku kebosanan selepas habis pengajian diploma sedang aku berjalan disekitar
desa wangsa keramat aku terkejut kenapa tiba-tiba ada ribut,aku dah sampai ke
blok D dan sedang aku berfikir patut kah aku kembali ke rumah atau menunggu
hujan teduh tu aku pun berangan-angan lah,memikirkan sepanjang 5 tahun dulu apa
yang telah berubah disini.
Aku membuat
keputusan untuk pulang saja ke rumah kerana hujan terlalu lebat dan dijangka
tengah malam mungkin hujan ini berhenti.dalam kehujanan itu aku mengikuti jalan
utama bukan jalan belakang kedai wak, sepanjang perjalanan ke rumah itu aku
begitu gerun mendengar bunyi kilat petir guruh di langit dan tiba-tiba satu
dentuman kedengaran dan aku berasa kebas di dalam badan aku.
aku tersedar
dan melihat keadaan sekeliling tidak basah tetapi kering seperti hujan tidak
pernah berlaku. aku berfikir adakah tadi hujan atau aku bermimpi ?? aku pun
berjalan pulang ke rumah.aku terkejut kenapa di rumah aku terkejut kenapa sofa
coklat masih ada ? dan lagi mengejutkan tv rumah aku masih lagi memakai panasonic
Sophia yang dibeli tahun 2000,dan ironinya decoder astro rumah aku berwarna
perak !! dimanakah aku ini adakah aku di dimensi lain ??
jam di rumah
pukul 11 malam, kenapa jam dinding ini bukan berwarna biru sebaliknya berwarna hitam.! aku pun meneliti
surat khabar kerana ini alat yang paling penting untuk menentukan tarikh dan
peristiwa. tarikhnya ialah 23 MEI 2008
!! lagi haru biru !! aku selepas dipanah petir tadi telah dihantar ke 5
tahun lampau. apa yang aku ingat pada
masa ini ?? hanyalah pada 31 mei bisul buta dikaki aku dipotong di rumah sakit
angkatan tentera.
aku pun pergi
ke bilik.,oh mai god! tiada sebarang wayar yang melingkari di lantai bilik ni
kerana aku tak pakai sebarang handfon pada waktu ini.lagi mengharukan macam
mana aku nak charge blackberry aku ni? kerana apa yang ada dalam blackberry ini sajalah bukti yang
aku datang dari tahun 2013.
bilik aku ni hanya dipenuhi majalah g3,wisel dan mastika saja.dalam serabut aku menangis macam mana aku hendak kembali ke tahun 2013 ??
bilik aku ni hanya dipenuhi majalah g3,wisel dan mastika saja.dalam serabut aku menangis macam mana aku hendak kembali ke tahun 2013 ??
aku terkejut
kerana pintu bilik dibuka oleh azfar 2008,lantas aku menutup mulutnya dan
bercerita siapa sebenarnya aku dan macam mana aku boleh berada di sini.agak
susah juga nak menerangkan kepadanya siapa aku dan mujurlah malam itu malam jumaat dan tiada sekolah pada hari
sabtu esoknya.untuk mengatasi masalah ini aku akan tidur di sebelah katil far
dengan syarat jika dia keluar bilik,aku akan duduk di dalam dan jika aku keluar
dia akan duduk di dalam.tidak sukar untuk mengatur rancangan ini kerana pada
masa ini aku belum mempunyai laptop dan jika azfar 2008 keluar bilik tiada anip
atau abu yang akan masuk ke bilik ini untuk main laptop seperti yang berlaku di tahun 2013.
aku memberitahu
azfar yang dia perlu mencari pasangan yang lebih baik, jadi untuk mencari
pasangannya aku perlu menyamar jadi dia di sekolah.jadi isnin nanti aku akan
ganti dia di sekolah tapi far menjawab yang cuti sekolah baru saja bermula dan
aku perlu menunggu 2 minggu lagi untuk kembali ke sekolah.
2 minggu !!! lama tu,yang aku ingat minggu depan ialah sepupu azfar 2008 akan bertunang dan rumah ini akan jadi venuenya,dimana harus aku tinggal ?? pening kepala macam ni.setelah berfikir aku pun mengambil keputusan untuk menumpang tidor di mana-mana surau di kawasan setiawangsa dan keramat.keputusan itu dibuat kerana aku tak mahu menganggu perjalanan masa.dengan meminjam seluar slack coklat dockers azfar yang lusuh dan baju forest corak contengan warna aku pun berbekalkan rm 200 yang aku bawa dari masa depan untuk survive selama 2 minggu,aku membeli 5 helai baju untuk dipakai satu baju rm 5-8 saja,aku beli di kedai cap ayam kompleks Campbell,cukup la membalut tubuh aku dari aku bertelanjang bulat.
aku juga akan
membawa baju dan seluar sekolah beserta
neck tie smk setiawangsa untuk menyamar menjadi azfar 2008 isnin nanti.aku
membeli kasut yang mirip kasut sekolah di kedai kasut yebeng.
aku menggantikan tempat azfar 2008 hari ini dan aku terasa tua sebenarnya walaupun aku lahir di tahun 1992 berumur sebaya dengan nazrin adib,nazreyn,rizal,faliq,syaiful dan epy tetapi aku rasa seperti abang kepada mereka kerana aku berasal dari tahun 2013 iaitu 5 tahun lagi tua dari mereka.
aku menggantikan tempat azfar 2008 hari ini dan aku terasa tua sebenarnya walaupun aku lahir di tahun 1992 berumur sebaya dengan nazrin adib,nazreyn,rizal,faliq,syaiful dan epy tetapi aku rasa seperti abang kepada mereka kerana aku berasal dari tahun 2013 iaitu 5 tahun lagi tua dari mereka.
tiba-tiba aku
terlihat kelibat diyana sedang bercakap dengan rakannya.aku tak boleh
menghampiri kerana aku berada di barisan depan dan peluang yang ada hanyalah
mengorat dia di waktu rehat kebetulan kelas J hingga T waktu rehatnya ialah
rehat kedua dan aku berharap semua berjalan lancar.di waktu rehat aku tidak
melepak bersama mereka seperti biasa sebaliknya aku melilau sekeliling kantin
mencari diyana dan nasib baik aku jumpa dia di pentas bawah blok A,dari situ
aku pun menghampiri.aku memanggil dia diyana dan aku pun memberikan nombor
telefon aku yang aku baru beli di sebuah kedai dobi sebelah restoran jumma.
Misi Berjaya !
aku ada beli handfon second hand hasil sumbangan azfar 2008 rm50 dari dicampur
baki yang aku ada aku pun berjaya merealisasikan hasrat aku untuk mempertemukan
azfar 2008 dengan diyana 2008.aku menasihatkan kepada azfar jangan risau kerana
pagi tadi di sekolah semasa rehat aku ada mengusik nurul diyana faizah di
pentas blok A dan sempat juga memberikan nombor telefon kepadanya,apa yang
azfar 2008 perlu buat ialah tunggu mesej dari diyana.aku tidak memberikan
nombor telefon blackberry 9320 ini kerana telefon ini pada masa itu belum wujud
dan perkhidmatan tune talk hanya wujud pada tahun 2009 !! jadi aku perlu
membeli servis yang ada pada masa itu iaitu maxis,celcom,digi, dan sebab ramai
remaja memakai digi aku pun membeli maxis.
petang itu aku tak dapat balik awal
kerana setiap isnin aku kena balik 1.45 petang,jadi aku pun menghantar mesej
kepada nurul diyana dan bertanya dia ada dimana ?
jawapan diyana
dia di rumah,aku pun mempelawa dia dating dan berkata aku berada di stesen
teksi berdekatan rumahnya,dia terkejut dengan surprise yang dibuat
aku.disebabkan waktu ini wangsa walk mall dan aeon au 2 belum wujud kami pun
pergi berdating di KLCC,mujurlah waktu ini tambang bas masih lagi 1
ringgit.segala tambang bas,lrt aku tanggung.tiket wayang pun pakai duit aku
tapi nurul diyana ni belanja kitorang makan.dalam wayang cerita speed racer,
sebenarnya aku ada plan lain,wayang pukul 3.30 dan sebaik saja masuk ke wayang
aku pun memeluk erat diyana,aku tanya dia tak marah dan dia suka,lepas itu
mencium pipi nya dia tersenyum dan perlahan-lahan aku mencium bibirnya yang
seksi,mula-mula dia berasa malu,tidak lama kemudian dia menyukainya dan petang
kami pulang dengan berpegangan tangan menuju ke stesen lrt dan berpesan padanya
jangan lupa mesej aku malam kelak.
aku mengatakan
pada far aku hendak pergi mengambil angin malam ini risau perbualan kami didengari oleh penghuni lain
rumah ,ini pukul 10.45 malam aku pun keluar rumah untuk mencari burger,sedang
aku melalui dewan masyarakat desa wangsa keramat ini tiba-tiba hujan turun dan
semasa aku melalui rumah tangki
tiba-tiba aku dipanah petir dan aku tersedar dari mimpi,aku merenung blackberry
9320 aku dan aku tersenyum tarikh menunjukkan 14 mei 2013.