semasa aku sampai ke bilik ada sorang mamat ni tinggi,kurus dan lurus bendul,dia masuk bilik aku perkenalkan nama dia dan kos ape.aku pun pelawa la dia pilih la mana-mana katil kosong dalam bilik ni,tiba-tiba dia cakap bilik dia 1.12 !! hell !! kalau macam tu jangan la masuk dalam bilik aku ni,ingatkan roommate tadi cis!
sambil ada masa lapang tu izzul pelawa aku datang ke bilik dia,nombor bilik aku tak ingat yang aku ingat bilik izzul ni aras 2 dan ada katil untuk 4 orang.roommate izzul ni muka jambu dan suci macam syed shamim dalam video klip be mine - tasha manshahar tapi berbeza tinggi dan tahap lebat rambut dia. kimi panggilan dia,tak berapa mesra sangat.aku pun tak kisah bukan budak kos aku dan agak sombong baru balik dari plkn.
lepas siren haler dibunyikan para freshie yang berbaju putih berseluar hitam berkasut kulit beratur di depan susur gajah.aku pada masa ni fikirkan semua kami berumur 18 tahun tapi aku silap.ada yang lepasan kolej komuniti dan ada yang drop college sebelum ni.paling leceh bila abang fasi ni sound mana-mana freshie yang pakai sneaker hitam,aku makin rasa bosan dengan sistem ni dah la sini panas terik,kau nak kami pakai pakaian orang suhu 15-10 darjah celcius pakai.dah la aku serabut fikri nak selamat tidor macam mana?? dah la ada gangguan charlie brown.charlie brown ni bukan student tapi dia ni sejenis serangga yang orang melayu panggil semut kayap.sesapa yang kena gigitan dia memang berkayap la nanti.aku ada buat research jugak sebelum ke sini sebab tu bila taklimat ada sebut pasal charlie brown aku relax je
dari susur gajah aku bergerak beramai-ramai dalam 2 barisan panjang ke satu bangunan yang di yang aku tak apa di dalamnya,setelah masuk ke dalam dan mendengar taklimat baru aku tau itu dewan syarahan utama,hmm...sini ke tempat aku ada kelas nanti ? aku dah mula runsing ni macam mana nak survive,dah la aku tak tau macam mana life style student dah tu pembelajaran dia pun aku tak tau.banyak sangat nak di fikir dan lagi sayu ialah ni kali pertama aku berjauhan dengan mak bapak,dalam hati rasa sedih pulak.lepas dengar taklimat tu freshie lelaki bergerak ke satu lagi bangunan tinggi yang aku pun tak tau apa fungsinya.di situ kami melihat segerombolan freshie perempuan.dalam hati dan minda mula berfikir nak cari awek ,matlamat utama aku masuk dhk ni senang nak carik awek dan mulakan hidup baru dengan berkawan dengan perempuan,juga nak meningkatkan skill komunikasi aku dengan kaum hawa.
sampai ke satu bilik kami diminta beratur mengikut jabatan,selepas tu baru masuk ke dalam bilik darjah yang ada baju di sedia kan.di situ aku ambik baju untuk polibriged,seluar polibriged yang macam belon,baju minggu suai kenal,
baju batik !oh mai god ini first time aku kena pakai baju batik yang sinonim dengan orang tua gedebe-perut gendut,beg kasut yang dah 3 tahun aku tak jumpa tak tau mana hilangnya.
lepas tu bergerak pulak ke dewan besar.ditayangkan video lawak amende ntah yang mamat sepah jadi wartawan interview shuib,jep dan beberapa orang lagi mereka tu memakai pakaian menyerupai orang jepun.aku ambik seat kat tepi sekali pasal malas nak berhimpit-himpit.dahla aku rasa macam alien dalam dewan ni,tiba-tiba ada mamat botak ber kaca mata tegur aku sebelah ni,dia hulur salam nama dia dickso,dia cakap duduk bilik 1.11,wow ! aku tak tau dia ni jiran aku rupanya,baru lepas balik dari plkn kat bintulu.takde geng nak diikut aku pun ikut lepak dengan geng dia masa rehat sembahyang asar di situ la aku kenal 2 mamat sorang berbadan besar berkulit putih dan rambut macam harith iskandar masa muda nama aku tak tau pasal aku ni malu nak bertanya nama orang,sorang lagi pulak berkaca mata,kulit gelap,kurus kering,aku tak tau nama jugak aku gelar dalam kepala dia ni sinyu je la.
lepas solat asar tu patah balik ke dewan,dan menghabiskan masa tengok freshie lain yang cuba tarik perhatian perempuan.bosan la kalau nak perempuan ni kena dekati dia cara privasi la bukan tunjuk hebat depan perempuan ramai-ramai lepas tu konon dapat tackle awek cara mudah,tu bukan perempuan tu betina.
habis sesi membebel kat dewan besar bergerak lagi ke bilik.di bilik aku fikir nak mandi,makan dan pakai baju melayu warna maroon ke pusat islam aka surau.di pusat islam aku sampai meleleh hingus putih sebab aku mengantuk sangat dan aku dari petang tadi takde rehat.bodohnya sistem poli ni,adalah lebih elok kalau hari ahad tu bagi masa kat student untuk kemas bilik,berkenalan dengan jiran tetangga,dah la bilik berhabuk dahtu sampai ada yang pakai kasut dan selipar sampai ke tepi katil.takkan nak berkaki ayam pulak dengan bilik yang kotor dan tak dibekalkan mop,penyapu dan penyodok.
semasa mandi aku terkejut kerana pancuran air dia bukan ada lubang-lubang kecik tu untuk jadikan dia macam air hujan sebaliknya pancuran air ni begitu saja.kalau macam ni bila air tu kena pada badan aku memang rasa macam kena tembak dengan air hos bomba la.tapi aku tabahkan diri dengan memperlahankan air tu.lepas saja mandi aku pergi ke bilik tapi aku rasa asing pasal kenapa tangan kiri aku ada baldi,mana pergi kunci bilik aku?? terus aku patah balik ke bilik air aku bernasib baik ada sorang mamat ni badan dia kecik dan pendek je,tapi muka ada janggut dan jambang sedikit,mamat ni la yang bawak kunci aku keluar nasib baik jumpa kunci aku balik.
lepas balik dari pusat islam aku dalam masa beberapa saat dah terlelap dan diakui oleh faez yang aku ni senang tidur berbanding dia.tidur diulit mimpi kosong,aku pun tersentak dari tidur bila faez ketuk pintu bilik pukul 4.45 pagi.aku yang terkejut dan tak tau cerita pape tanya dia kau tinggal kunci ke ??
dia cakap malam tu lepas aku tertidor dia kunci pintu bilik dan dia lupa nak bawak kunci bilik1.9. dia dah mintak tolong dickso and the gang,dibantu budak-budak dhk yang lain untuk kejut aku dari mimpi dengan memanggil aku dari tingkap bilik.tapi tak berhasil pasal aku tidor mati dan diorang ingatkan aku dah mati.esoknya heboh satu dorm area budak jabatan hospitaliti pasal aku tidor mati dan biarkan roommate tidor di luar,sebenarnya faez malam tu dengan memakai t shirt dan boxer terpaksa tidur di bilik 1.11 nasib baik ada 1 katil lebih,berkorban kejap la dia tidur atas tilam miang takde cadar.mau nya kecoh sekejap nama aku dengan cara macam tu,lepas bangun tidor aku pun pegi la mandi.bila tunggu je air dari pancuran tu kena ke tubuh aku terus aku mengigil kesejukan pasal sejuk sangat air ni.dah macam orang cacat aku dalam bilik air tu menahan kesejukan tak pernah aku merasa sejuk macam ni di KL walaupun zaman sekolah dulu aku mandi pukul 4-5.bila dah keluar bilik aku pun control macho dengan menyorokkan ekspresi sejuk itu.hari isnin pun bermula.......
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.