ini yang dalam fikiran aku ....
tapi bawah ini yang jadi kenyataan aku punya lorong no 2 dari kanan
tengah hari pulak aku dipilih untuk acara 400 meter lari berpagar ada 4 orang wakil dari rumah rentap.aku,james,haikal dan ???? yang kekal jadi misteri siapa sorang lagi tu.lari berganti baton ni yang best nya bila tengok member kita ni bersaing dengan wakil rumah sukan lain kita timbul rasa semangat membara dalam diri nak jadi lebih baik,aku dapat baton dari james yang lari macam pelesit dengan semangat membara aku pun berlari lebih pantas dari acara pembukaan tadi dan dari 6 orang itu aku no 3 dan memberi baton terakhir kepada haikal.semasa haikal berlari tu aku dah ke khemah rumah sukan,dari situ aku memerhati haikal bergelut di posisi no3 dan no 4 sebelum ke garisan penamat.dari pandangan aku haikal dah di tempat ke 4 bermakna takde medal la untuk acara sukan aku tahun tu
aku pun duduk di rumah sukan menahan rasa kecewa,tidak lama kemudian aku terkejut kenapa james dan 2 orang tu ada medal gangsa.acara apa dia masuk ?? james tu pun cakap tadi masa diorang terima medal diorang tak jumpa aku.lepas tu diorang ajak aku pegi ke khemas pengacara majlis untuk terima medal gangsa tu,dikalungkan oleh guru besar,tuan rosli bin haji ekom aku pun rasa sedikit terkejut campur bangga sebab abang dan adik aku yang mewakili rumah sukan yang berlainan tak dapat apa-apa,tapi aku ada la jugak medal gangsa.walaupun nama rumah sukan aku RENTAP jadi bahan ketawa pasal dalam bahasa sarawak rentap tu bermaksud runtuh,roboh dan tumbang.tapi pada acara sukan tu yang tumbang bukan khemah rumah sukan aku tapi khemah rumah sukan shariff masahor.sampai sekarang medal gangsa tu aku jaga walaupun dah hilang tag dia
tapi aku terkejut jugak bila di ipoh ada sekolah yang gunakan nama yang sama tapi langsung tiada kaitan antara 2 sekolah ini iaitu sekolah kebangsaan wira jaya di ipod dan sekolah kebangsaan wira jaya ,kem penrissen,kota samarahan,kuching,sarawak tempat asal aku.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.