di petang khamis,aku tunggu member kelas aku sebelum bergerak ke dewan peperiksaan di tempat parking kereta untuk student poli iaitu jalan belakang pintu gol padang bola tu.tempat selalu parking kereta bila parking biasa penuh.tunggu punya tunggu sampai la hari nak hujan,main-main betul diorang ni dah la hari ni exam bapak aku yang gerak dari kl pun boleh hantar aku cepat.aku tunggu bawah pokok dekat besi penghalang tu.langit dari cerah berganti gelap,hari dari panas berganti dingin tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tapi aku masih menanti mereka sampai dan aku berteduh di bawah pokok dengan harapan tak terlalu basah kuyup,dah nak exam last paper kan pulak tu.
kereta satria maroon nombor plat WGE 8033 pun sampai dan lantas aku duduk di belakang.duduk dibelakang melalui jalan warung sarang burung aku pun membebel macam takde exam je hari ni duduk bawah pokok tunggu diorang lepas tu balik.dalam fikiran aku exam account tu cancel tiba-tiba diorang cakap yang tadi diorang baru habes paper account lepas tu baru amik aku kat bawah pokok.wad da fak !! kalau tau macam ni baik aku terus pergi dewan tadi lepas bapak aku drop kat bawah pokok sebelah besi penghalang merah.rupa-rupanya sepanjang aku tunggu diorang tadi dari hari panas sampai ke berubah menjadi hujan diorang masa tu tengah jawab exam rupanya!!! celaka betul kalau macam tu baik aku lepak dengan dyana kat luar pintu Dewan serbaguna.
bila tersedar yang aku tak amik paper exam account tadi kereta satria maroon WGE 8033 yang dipandu amer pun patah balik ke poli sebaik saja sampai penghujung jalan restoran sarang burung.sampai di poli aku masuk ke dewan serbaguna dan aku pelik campur terkejut kenapa student JKE ni kemas meja exam dan susun bertingkat-tingkat lepas jawab exam ?? aku pun bertanya pengawas peperiksaan kat situ yang tadi aku tak masuk dewan untuk jawab paper account dan sekarang aku datang untuk jawab pasal tu paper yang last.dia pun cakap tak boleh ! aduh ! aku rasa hempapan satu batu meteorit ke atas aku.bila aku tengok jadual exam baru aku tau yang silap aku ialah aku tak tengok pukul berapa exam sebenar.patutnya 1.30 dah exam tapi aku fikir 3.30 petang !! aduh kalau macam ni dah sah-sah aku kena repeat paper,sedih betul aku sampai mengalir air mata dah la ni final sem,aku tak nak repeat paper.
tiba-tiba aku tersedar dari kebodohan itu rupa-rupanya aku last paper ialah sales marketing dan tourism and hospitality law bukannya akaun! dan paper akaun ialah untuk sem 5 sekarang aku sem 6! dan baru tersedar yang sekarang aku dah habes belajar dan terjaga dari mimpi dari ngeri turn to wrong timing itu aku pun tengok jam bb 9320.dah pukul 3.55 pagi aduh ! terlupa ada game barcelona vs bayern munich bangun dan pergi bilik air untuk basuh muka dan berkumur aku pun melupakan mimpi entah pape tu.agak memeranjatkan plot mimpi tu walaupun tak benar dan rekaan oleh minda aku yang sedang bermimpi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.