Thursday, June 27, 2013

Puasa 6 Tahun Lalu

Masa tu aku form 3, malam sebelumnya aku ingat ada pengumuman puasa sebab ada ura-ura puasa semakin dekat.jadi malam tu aku tidur la awal sebab nak bersahur esoknya.pagi esoknya sebelum subuh terkejut aku kenapa aku sorang je yang bangun kenapa orang rumah aku belum bangun lagi ? Tak nak bersahur ke diorang ni ?

Sebab lauk yang tinggal hanya ikan siakap kukus yang tinggal isi dikepala nya saja,aku pun bersahur dengan lauk tu.sebelum bersahur tu aku check jugak mana-mana sumber yang mengesahkan hari ini hari pertama ramadhan.tapi takde,daripada was was baik aku teruskan jugak.sampai di sekolah aku pun tanya member aku dia puasa tak hari ni? Zulafiq anwar azmi pun menjawab puasa ke hari ni ? Lepas tu aku tanya mohsin aka nama sebenarnya faris, rupa-rupanya esok baru puasa.cis !!! Tak kelakar !



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

This Is Azfar Family I'm The Son


Wednesday, June 19, 2013

Setiap Langkah Ku Makin Berakhir


2013 - lagu ni masih buat aku sedih :(
2013 - aku masih belum tengok cerita ni dvd takde,kat youtube pun takde
2013- bila aku baca sinopsis dia baru aku tahu movie ni berakhir dengan kesedihan
2013- aku rasa filem ni la mampu buat aku sebak selain filem titanik,tak ada cerita cinta melayu lain yang mampu menandingi tragisnya  cinta 29 februari ni,legenda budak setan ?? langsung tak membuat aku sebak
2013 - alangkah sedih kalau aku melalui kehidupan seperti Budi

Saturday, June 15, 2013

10 Tahun Dulu

Di satu petang ahad dimana tinggal aku,atuk,abang dan adik lelaki di rumah pusaka di kampung.nenek,mak dan pacik macik aku dah gerak ke kuching.petang ni baru kitorang gerak ke kuching.sebelum tu singgah ke rumah pak su sebab abang aku akan duduk situ.aku dan adik pulak bersekolah di sk mejar jeneral dato' Ibrahim pekan batu 7 dalam kem semenggo.aku masih terpinga-pinga di mana pacik aku no.2 letak sweater dia,sebelum gerak ke kuching petang ni dia ada pesan tolong bawakkan sweater dia tu,entah mana dia letak sweater tu.

Sampai di rumah Kuching aku kitorang ingatkan mak aku dah masuk hospital tapi masih ada lagi.tapi keesokan pagi nya dalam pukul 5:30 aku terkejut bila nenek aku ceritakan pada aku yang malam tadi semasa aku dah tidor pacik aku hantar mak ke hospital dan sebelum tengah malam mak aku melahirkan adik aku yang bongsu,sejak tu bertambah la ahli keluarga aku dari 6 orang ke 7 orang.lepas balik sekolah tengah hari aku diminta mencari tempurung untuk menanam uri adik aku.aku berpeluang melihat adik bongsu aku yang masih kemerah-merahan,mengalir susu dari mulut nya.tapi dia ni senyap dan tidor je.atuk aku bercakap kenapa macam adik aku yang ke 2 rupa dia ni ? Lepas tu atuk aku iqamatkan adik aku tu di ruang kosong bersebelahan meja makan.

Paling sedih mungkin bapak aku sebab dia masa tu outstation dan hampir lebih seminggu dia tak bertemu dengan anak bongsu dia ni.nama pun jadi isu jugak pasal ada 2 versi iaitu siti natrah munirah atau siti natrah nadhirah, jadi ambil masa beberapa tahun jugak untuk aku confirmkan nama sebenar adik bongsu aku tu.tarikh lahir dia pun aku keliru sebab dia lahir malam 15 haribulan dan aku pula menyangkakan dia lahir pada pagi lepas tengah malam 16 haribulan jun.

Sejak adik aku tu lahir,3 bulan jugak aku tak balik kampung.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, June 12, 2013

Dating Day Lagi

Jumpa kat lrt sri rampai,lepas tu jalan kaki ke wangsa walk mall.mula-mula pergi makan maggi claypot,abc dan air kiwi kat food court.lepas tu beli tiket wayang the hangover 3, ada drama sedih dan menyayat hati kejap dan ending dia berakhir di kedai buku popular dengan drama "ayat bertajuk buku hanya aku,dia dan Allah Taala saja yang tahu".habes wayang makan ayam penyet dan sup masam yang paling teruk aku pernah rasa seumur hidup aku.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, June 9, 2013

38 Dating Days

Setelah lama tak jumpa dapat jugak bertemu kembali.hari digunakan sebaiknya dengan membeli nombor tune talk baru,beli phone baru,tengok fast and furious 6 dan KIL,makan maggi claypot kat food court wangsa walk.too many activities in 1 day.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saturday, June 8, 2013

Penambang Sampan Sungai Golok

Di tepi sungai ini ada askar 2 orang yang mengawasi keselamatan.Dengan menaiki sampan bila sampai ke seberang tidak perlu mengecop passport,jika melalui jambatan akan di cop.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Bila Habes Final Exam

aku akui zaman kolej aku tak la sehebat dan segirang seperti yang dipaparkan dalam drama melayu dan aku jeles bila tengok student luar negara celebrate exam diorang habis bagai nak rak

gambar ini bukan sekadar gambar hiasan,saat ini pelajar universiti kolej oxford meraikan tamat nya peperiksaan mereka



Dah Lali Dengan Janji Dicapati

Sekali lagi di hari sabtu aku membuang masa tak buat pape di rumah.cara nya genap dan langkau 1 hari . Di hari Selasa kata nak keluar hari khamis,di malam khamis kata nak keluar sabtu,di hari jumaat cancel pulak hari sabtu.38 hari bukan lama......


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, June 7, 2013

Pantai Cahaya Bulan

Singgah sekejap,pasal sini sesak dengan kereta keluar masuk dan parking yang tak cukup menampung kemasukan kereta ke sini.deras air dipantai,ada timbunan batu di tepi pantai tak pasti sini sesuai untuk mandi atau tidak.tapi kalau nak main wau, di sini begitu sesuai kerana anginnya yang bertiup kencang.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Bom Bermodalkan Mentos Dan Coke Cola

Dengan mencampurkan sebiji mentos ke dalam sebotol coca cola akan menyebabkan tercetusnya letusan air gas.ada teori berpendapat dengan memasukkan mentos ke dalam mulut dan meminum air coke akan berlaku letusan seperti itu.hhmmm.... Aku pun berfikir,agak mustahil sebab bila mentos dimasukkan ke dalam mulut struktur mentos itu akan terhakis dan mentos itu akan mencair,badan manusia ini pula sifat bukan seperti air coca cola.tapi itu hanyalah teori aku dan aku belum mempraktikkanya lagi untuk menguji kesannya kepada manusia jika mengunyah mentos dan meminum air coke.

Tapi yang pasti dengan menghisap gula-gula hacks atau polo (gula-gula berlubang seperti donat) dan lepas tu minum air coke,gas nya akan jelas terasa dan sungguh nikmat rasanya.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Misteri "Lepat Pisang"

12 tahun lalu di sekolah agama,Rosdi akan jual kuih sebelum kelas dan semasa rehat.kalau nak elakkan tak sempat beli,kitorang akan tempah awal.tapi ada la satu kuih tu daun pisang yang dilipat 3 lapisan dan ada inti di dalamnya berbentuk petak dan berwarna coklat.

Rafiq syahmi aka syami beli satu dan dia bagi separuh aku pasal aku tak pernah makan kuih tu.bila aku telan je dalam mulut terus aku keluarkan balik sebab rasanya lidah aku tak boleh hadam.masa pun berlalu lama kelamaan aku dapat tahu kuih yang berbalut daun pisang yang aku muntahkan balik tu bukan lepat pisang dalam bahasa sarawak pais pisang yang aku biasa makan tapi tu sebenarnya lepat ubi !! Sebab tu aku rasa pelik dengan teksturnya yang keras dan kesat tak lembut macam pisang.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Happy Birthday Ke 22 Abang

Semalam harijadi abang aku ke 22.sejak 2 tahun ni aku kurang baik dengan dia sejak kitorang bergaduh pasal bola,fahaman agama masing-masing dan pegangan hidup masing-masing.2 tahun tu bukan lama lebih-lebih lagi kitorang jarang bercakap walaupun duduk serumah dan aku pulak tak suka perangai dia yang pentingkan diri sendiri

Tapi aku dan dia masih adik beradik yang berasal dari benih yang sama.kami sama-sama bersekolah di taski abim di johor dulu,sama-sama sekolah rendah di sk abang kadir gedong dan sk wira jaya kem penrissen.tapi takdir juga lah yang menghilangkan keserasian kami berdua hinggakan aku angkuh dengan ego aku dan dia berpegang teguh pada pendapat dia.

Kalau 10 tahun lalu kitorang tak dipisahkan,sudah tentu kitorang takkan jadi macam hari ni.sebab tu aku tak suka kalau anak aku duduk asrama di usia muda lebih-lebih lagi ke sekolah lelaki di mana lingkungan perbualan dia hanya dikelilingi kaum adam.

Cukup la macam ni terjadi pada aku dan abang aku,aku tak mahu ini terjadi pada anak aku nanti.apa yang berlaku pada kami hari ini ibarat
" optimus prime dan sentinel prime"


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sembahyang Jumaat Di Kelantan

31 may 2013

Aku sembahyang jumaat di sebuah surau kecil di tengah kota bharu.suraunya sempit hinggakan aku terpaksa sembahyang di atas tar jalan iaitu di kawasan luar surau.tapi apa yang dapat aku perhatikan orang di sini memang dilatih untuk membawa sejadah ke surau setiap kali jumaat kerana masjid/surau yang sentiasa penuh.di sini jugak tidak disediakan sejadah untuk makmum yang sembahyang di luar lantai surau.

Dugaan lain yang aku hadapi ialah sebaik saja masuk ke perkarangan surau aku terpaksa beratur untuk berwhuduk sebab ada paip yang takde bekalan air mujur la barisan nak ambil wudhuk tu tak panjang walaupun masa tu sudah rakaat pertama solat jumaat.

lagi mengharukan ialah kewujudan golongan munafik,iaitu sekumpulan anak melayu islam yang berbaju melayu tapi melepak di kawasan masjid sambil menghisap rokok dan masih lagi meneruskan aktiviti munafik itu sewaktu muslimin lain sedang meneruskan ritual menyembah tuhan.

perkara ini bukan saja berlaku di negeri serambi mekah ini tapi juga berlaku di KL,lihat sajalah di luar madrasah ittifaqiyah kampung datuk keramat bersebelahan taman tasik datuk keramat di mana terdapat golongan munafik yang berseluar jean,berbaju melayu duduk melepak di luar kawasan masjid dan tanpa rasa malu melepak bersama gerombolan rempit mereka sehingga selesai solat jumaat.

Bukan nak berlagak aku sembahyang tapi aku tak menjual imej untuk melambangkan aku pergi sembahyang kerana semasa solat jumaat di surau kecil itu aku hanya berseluar jean dan berbaju t shirt kolar.jika di KL,aku hanya berseluar trek dan berbaju t shirt pergi menunaikan solat jumaat.jika hendak melihat aku solat jumaat memakai baju melayu tunggu saja hari raya.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

AF Di Tahun 2013

10 tahun dulu AF adalah bermulanya zaman renaissance kepada hiburan di tv malaysia.zaman di mana undi sms mula menjadi penentu kepada survivor dan penyingkiran peserta.zaman di mana komen-komen pengkritik gagal mempengaruhi peminat peserta pertandingan untuk berhenti mengundi sekiranya pelajar kegemaran mereka itu menyanyi seperti orang tidak hadir ke kelas vokal.era bermulanya gerak geri peserta semasa sesi latihan dan kehidupan peribadi peserta di pertontonkan kepada umum semata-mata untuk memberi gambaran visual kepada masyarakat yang AF ini mampu merubah kehidupan peserta sekelip mata.
Ya,memang betul mampu mengubah kehidupan peserta dalam sekelip mata,juga mampu mengubah rupa paras peserta yang semasa di terjah dengan satu fail bertulis di terpilih menyertai AF dengan muka comot dan selekeh tetapi bila di dalam AF dan konsert rupanya berubah apabila dimake up tebal oleh make up artis dan diberi baju berjenama yang ditaja.
Tapi harus diingat,berubah dalam sekelip mata hanya sementara untuk 3 bulan itu sajalah mereka mendapat perhatian media.selepas tahun demi tahun nama mereka mula sejuk,kehidupan mereka berubah sekelip mata tapi tidak selama-lamanya bila sampai satu tempoh masa bila peminat dah lari,takde recording company yang nak sign kontrak.kembali la mereka ke kehidupan asal.
AF 1 - Vince, dengar cerita ada di hong kong mengembangkan karier tapi di 2013 ini tidak kedengaran namanya

AF 2 - Zahid,masih lagi jadi DJ di radio era.af2 sentiasa dikenang sebagai af terbaik dalam sejarah kerana melahirkan peserta yang berbakat dan ini aku setuju kerana hanya af 3 saja yang boleh memberi saingan

AF 3 - semuanya ditenggelamkan oleh mawi,untuk 2 tahun (2005 dan 2006) nama mawi cukup gah dengan aura dan tsumawi nya .tapi sejak 2008 namanya suam-suam kuku dan di 2010 mawi hanyalah artis biasa bukan lagi pencetus fenomena seperti berlaku 8 tahun dulu

AF 4 - edisi paling hambar dalam sejarah dengan pemenang pun juara paling tak popular.ditambah dengan pakaian diorang yang jadi bahan kutukan penonton kerana tak sesuai.faizal ?? agaknya takde orang lain yang layak diundi pada masa tu bila ramai tak puas hati kenapa hazama tak dipilih.bila ingat af 4 je automaticcally teringat rich estranged.

AF 5 - selayaknya digelar Dafi invasion kerana dari sini bermulanya nama ismail sabri yaakob dikenali ramai dalam arena politik malaysia.lagi aku berang dengan hattan yang komennya sentiasa pro-Mila,Mila ni aku tengok langsung tak setanding dengan zahid.cuma dipopularkan sebab juara wanita pertama dalam sejarah af.aku sentiasa teringatkan farha yang tersingkir awal,farha ni la pioneer kepada pembawaan imej kpop dalam AF, aku masa tu jugak ubah style rambut sebab terpengaruh dengan style mamat sabah ni.farha ni lebih nampak korean look dari si erul af 9 tu.entah kemana la farha ni menghilang

AF 6 - tanpa ragu-ragu stacy adalah juara yang paling dinantikan.rupa ada,boleh nyanyi dan boleh menari.dengan identiti - artis wanita yang boleh menari dan menyanyi sehingga sekarang stacy antara nama besar dalam industri muzik malaysia.jauh lebih bagus dari mila...

AF 7 - Hafiz,juara pertama dari sarawak.tiada aura yang digembar gemburkan seperti mawi tapi dengan suara dan bakat menyanyi nya tanpa ragu aku iktiraf hafiz la juara af terbaik tapi tak adil la kalau aku ketepikan stacy. Hafiz dan stacy adalah juara af yang paling terbaik jika dinilai dari pengaruh,pencapaian dan kejayaan mereka pada hari ini.cukup dengan imej bersahaja hafiz mampu memiliki peminat dari segenap usia.lagu awan nano jadi saksinya dengan makcik housekeeping pun suka benar lagu tu menang AJL.

AF 8 - Shahir ? Apa yang aku tau dia ni di hebohkan dengan wajahnya ada iras adam lambert dan "alim"nya sebab ada join kumpulan nasyid dan belajar di UIA,padahal bukan pengajian agama di ni belajar civil engineering.juara recycle selayaknya selain digosipkan dengan RCW kemudian menghilangkan diri dan muncul kembali dengan imej botak.setanding dengan zahid,hazama dan vince tapi lebih elok dari faizal.

AF 9 - setelah 5 tahun berlalu peminat af yang crush dengan kegagalan hazama diserap masuk ke af4 akhirnya terubat.tapi setelah 5 tahun berlalu adakah peminat hazama masih setia menanti dan sekukuh dulu sokongannya ? Hazama dimasukkan setelah ops gugur dikuatkuasakan dan dari situ hazama meneruskan langkah menjadi juara.ini strategi af setelah lama menyimpan hazama.

Keseluruhannya, juara terbaik af layak dikongsi bersama hafiz dan stacy.tapi pelajar terbaik sepanjang zaman AF ialah Aizat af 5.sudah 6 tahun,Aizat Amdan berjaya membina nama dan kerjaya dengan usaha nya sendiri bukan dengan bergantung pada syarikat rakaman.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network











Pertama Kali Goreng Mee

Masa tu aku form 4 (2008) waktu parent aku takde di rumah,diorang balik sarawak sebab atuk aku dah tenat.jadi malam ni aku mengidam pulak nak makan mee goreng.aku pun call la mak aku macam mana cara nak buat cili kisar tu dan apa benda yang perlu dicampur.setelah dapat direction daripada mak aku apa yang perlu dicampur aku pun menyedia kan apa yang patut.

Cili kisar sudah disediakan cuma nak masak mee je.tiba masanya untuk aku masak mee goreng pertama kali dalam sejarah hidup aku.aku pun mencampurkan segala bahan-bahan tu dan bila dirasa ..........

Haaaahhhhh !!!! Pedasnya mee goreng ni.sayur yang aku masukkan tu pun tak masak,jadi adik lelaki aku pun tak selera nak makan.aku pun terpaksa habes kan mee goreng super duper pedas tu.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kenangan 2 Bungkus Mee Sedaap

Di rabu ni aku kelaparan dan masih awal lagi hari ni,baru pukul 6:30 pagi.aku lapar dan aku masak 2 bungkus mee Sedaap mi goreng.tapi aku tak jadikan mee goreng sebab aku nak rasa kuah dia aku masak mee goreng segera tu dengan air untuk jadi mee goreng berkuah la.kelas cost control petang nanti pukul 2.15,pagi ni pulak macam-macam rumours dengar la tak pasti yang mana betul sama ada kena buat urine test atau setakat dengar taklimat AADK

Selepas saja siap masa dengan aroma mee goreng tu menggoda hidung dan nafsu makan aku,aku pun berhati-hati menyiapkan pinggan dan mangkuk supaya tak disedari housemate aku yang pagi ni aku masak mee sedaap 2 bungkus untuk makan sorang.

Punya la stim nafsu makan tu,aku pun menuangkan mee tu ke dalam mangkuk tiba-tiba...handle kuali yang memang dah sedia longgar tu aku tak pegang betul-betul dan splash !!! Hampir 70 peratus mee goreng berkuah tu tumpah ke lantai.jadi aku sempat makan baki mee yang belum tumpah yang masih tinggal dalam kuali tu.sejak tu aku dah tak buat mee goreng kat rumah sewa tu guna kuali yang handle nya longgar tu.

peristiwa di atas ni tiada sorang pun housemate aku yang tau.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, June 6, 2013

Berbaik-baik Kan Lebih Bagus

Pukul 10 malam tadi dia call nak bercakap dengan aku setelah aku kena marah pagi tadi.agaknya dia dah tahu salah dia dan sedar cemburu buta tu mampu menjadi pembunuh senyap dalam perhubungan.

Aku pun tak kisah walaupun mengantuk tapi aku cuba tahan nak buktikan pada dia aku sayang dia melebihi batasan langit
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kehadapan Radio IM4U Fm Yang Didengari

Lagu yang dimainkan hampir sama setiap hari pagi sampai malam.masa aku nak sedap feeling layan lagu spider- mungkinkah terjadi tiba-tiba di pertengahan durasi,lagu ni dipotong dan digantikan lagu yuna dan Qi - KL Kita.aku ingatkan mungkin DJ yang menjaga operasi radio itu sengaja memotong lagu itu kerana lagu yuna dan Qi itu lebih menusuk ke lubang telinganya tetapi benda seperti itu terus berulang dan esoknya di waktu tengah hari lagu mungkinkah terjadi dimainkan dan tiba-tiba lagu KL kita menyusul.adakah pihak berwajib tidak mengawasi perkara ini ?? Memang la IM4U tidak ada DJ untuk pendengar berinteraksi tetapi prihatin la pada pendengar yang menggemari sesebuah lagu itu tetapi tanpa sebarang sebab dan penjelasan lagu itu dipotong.

IM4U seperti yang kita tahu disasarkan pada anak muda dan golongan remaja tetapi kenapa playlist lagu nya masih sama seperti yang saya dengar sebulan yang lalu ? Memang IM4U fm tidak berpengaruh dan mempunyai rating pendengar tertinggi seperti stesen lain tetapi apa salahnya mereka mengambil pandangan dari pendengar mereka yang sudi menukar ke frekuensi 107.90 fm di saat radio lain sibuk menyiarkan iklan.sebagai pendengar yang dahagakan muzik yang baru apa salahnya IM4U memainkan muzik baru dari scene indie dan band-band yang baru melangkah ke arena seni tempatan kerana sejak Xfm berhenti bersiaran di frekuensi 103 dan para DJ nya pula banyak disapu ke stesen radio era, taring X fm semakin tumpul dan pada 2011 X fm sudah hilang bisanya hingga terpaksa menutup operasi dan kini beroperasi secara online.umum mengetahui di 2013 ini pendengar kita masih mendengar radio mainstream bukan radio online.

Cadangan saya ini hanyalah untuk memastikan IM4U menjadi ikutan kepada anak muda setelah Xfm tiada lagi dan saya rasa bertuah di zaman remaja saya sempat mendengar Xfm yang banyak menemuramah pemuzik indie dan memainkan muzik yang belum lagi dimainkan di stesen lain.saya mahukan radio IM4U ada identiti nya sendiri dan apa salahnya IM4U memilih DJ radio mereka sendiri untuk berinteraksi dengan pendengar.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

KoroK

Sejak aku lalu di highway karak masa perjalanan balik dari pahang kelmarin semakin rajin pulak aku refresh balik misteri-misteri yang ada kaitan dengan highway karak tu, sebelum sampai ke terowong aku sempat lagi carik di mana boleh berjumpa dengan volkswagen kuning yang akan muncul secara tiba-tiba di depan kita secara tidak disedari.aku bukan takut sangat volkswagen kuning tu pasal di blok rumah aku ni pun ada kereta volkswagen bettle warna emas sebelah tangga untuk ke tempat buang sampah.

Aku jugak bukan tak pernah jumpa volkswagen beetle kuning ni,aku pernah jumpa 7 tahun dulu (2006) masa tu aku pergi ke pameran hantu di shah alam. volkswagen tu dia siap letak batu nisan lagi kat dalam, cerita volkswagen kuning ni pun aku tau masa aku baca mastika tahun 2000 dulu.dekat laluan mana aku tak pasti tapi orang yang bercerita pada wartawan mastika tu cerita perkara yang sama seperti yang dialami oleh orang lain.

Bukan aku sorang saja yang tak sabar nak melalui terowong tu tapi adik aku jugak tak sabar padahal terowong tu 23 kilometer di hadapan lagi.sampai saja dalam terowong tu aku kejut adik aku tapi dia masih mamai.saat yang dinantikan pun tiba,sebaik saja keluar dari terowong tu aku tertunggu-tunggu adakah akan muncul volkswagen kuning tu tapi sangkaan aku meleset kerana langsung tiada kelibat volkswagen kuning itu


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Aiskrim Yang Banyak Dijumpai Di Kelantan

Dengan bayaran 2 ringgit,kita mampu menikmati aiskrim abc yang dicampur pulut,roti,jagung,kacang dan lain-lain campuran ABC.

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sutera Inn Hotel Kota Bharu

Bilik yang selesa,view juga cantik aku dapat melihat bandar kota bharu dari tingkap bilik,kedudukan yang strategik dengan pusat bandar.

Yang kurengnya adalah kad starter pack tunetalk yang aku slot in kat card slot tepi pintu bilik dialih masa aku keluar bilik dan starter pack itu adalah yang aku pakai sekarang ini.wi fi free tapi tak boleh connect,breakfast pun tak banyak pilihan.hanya ada 2 main course je setiap pagi dan takde omellete,chicken sosej untuk breakfast


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, June 5, 2013

Jangan Main Dengan Sumpah

Aku bersumpah petang tadi aku mesej kau,Aku tak mesej orang lain selain kau,apa yang kau tafsirkan tu bohong-bohong belaka.aku bersumpah benar semata-mata benar
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Permai Hotel Kuala Terengganu


Hotel Permai ni best sebab bilik dia selesa,bilik air pun luas dan paling best wifi dia memang free dan laju.aku boleh download lagu lagi malam tu.paling menarik di lobi hotel ini ada plak atau memorial yang diberikan oleh mereka yang pernah menginap di sini,seperti Tampines rovers,Die hard Singapore supporters,Sime Darby,Kedah,Kelantan,ATM,T-team.paling menarik dinding di lobinya didekasikan dengan mereka bentuk pemain Terengganu FA dan T team sedang bermain bola.


Cuma yang agak comot ialah semasa sesi sarapan pagi,siling di cahaya restoran bocor dan air menitik ke lantai,station tempat telur 1/2 masak diletakkan terlalu comot dengan ada telur yang belum disentuh oleh pengunjung sudah retak dan lelehan telur yang dipecahkan oleh pelanggan disitu mengotori stesen telur rebus itu.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

D Embassy Residences Suit @ Bukit Pelindung

Sepanjang tak sampai 24 jam aku duduk sini,apa yang aku dengar hanyalah salakan anjing dari rumah yang berdekatan.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

D Embassy - Bukit Pelindung

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Gula-Gula Sebahagian Dari Hidup Aku

Torrone mint dan ada coklat di dalamnya rasa macam gula-gula dynamite,butternut ni rasa nya macam makan gula-gula peanut butter dan ada kacang tumbuk di dalamnya.masa aku duduk di kampung gedong dulu gula-gula ni la jadi kegemaran aku dan semacam satu nostalgia bila di tahun 2013 aku masih menemui gula-gula ini.

Torrone pada aku ialah gula-gula bertaraf legenda kerana perisa oren nya mampu membuatkan lidah aku rasa terluka dengan rasa masamnya,begitu juga dengan torrone berwarna putih plastik pembungkusnya yang berperisa mint dan warna hijau berperisa lemon pada deria rasa aku.yang masih dalam pencarian aku ialah torrone berwarna kuning yang aku tak tahu apa perisanya.

Bila hisap gula-gula torrone ni sepanjang perjalanan aku teringatkan masa aku darjah 1 dimana arwah atok aku memandu dia akan meletakkan torrone oren di sebelahnya untuk jadi bahan hisapan ketika memandu,arwah nenek jugak selalu membeli torrone oren ini jika singgah ke kedai cina di tepi jalan kerana di sepanjang laluan kuching-serian tiada RnR seperti di semenanjung ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Gula-Gula Fizzi Cola

Semalam masa singgah di Arab corner sebuah kedai makan tepi jalan,datang situ makan masakan kampung je ingatkan kontraktor luar member bapak aku nak belanja makanan arab tadi.gaya dan tatarias nya sebijik macam kampung pelik jugak aku kenapa dipanggil arab corner.kari kepala ikan merah dia sungguh liat dan nak ambik isi dia tak dapat nak pakai sudu kena pakai tangan jugak.

Dari kebosanan mendengar cerita projek mindef bapak aku,aku pun beli la gula-gula untuk dimakan dalam perjalanan pulang ke KL kelak lagipun stok gula-gula sedia ada dah habis dan gula-gula yang dijual di kaunter warung arab corner ni agak menarik perhatian dengan wujudnya gula-gula yang agak cult dan old skool pada aku iaitu Fizzy Cola, ada jugak gula-gula lain tu nanti aku update kan ke blog ni

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Lambatnya Hantar

Dengan line tunetalk di rumah aku ni yang tak stable sekejap edge sekejap gsm memang sedikit menyakitkan hati untuk meng update blog dari blackberry.dah la aku nak update facebook pun banyak buffering dari bb ni,ni nak update blog dengan 1 gambar je dah makan masa

Takpe azfar.bersyukur la kau dapat update bb dengan kerap selepas tau kau boleh update blogspot via bb ni

Kang tak bersyukur di kata nya tak menikmati dan menghargai pemberian Allah

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Jersi Baru

Dah lama syukri hambali, adik kepada miss D impikan jersi dari aku.adik yang sorang tu cerewet,kata jersi ni ketat la padahal haritu beli jersi home nike england saiz M merungut baju tu besar,bila dapat yang fit merungut pulak cerewet mengalahkan kaum hawa dan aku plak bermurah hati nak bagi saja jersi tu pada ali
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kilat

Tadi hujan lebat aku tengok satu panahan kilat panah satu platform atas blok B,desa wangsa keramat dan dalam hujan tu tiba-tiba punca elektrik rumah aku terpadam, jeng..jeng..jeng..tak dapat la nak on laptop dan main internet.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
Aku tengah takde idea nak menulis ni.dah lebih seminggu penulisan douchebag berbau aku tinggalkan,agaknya aku kena mengambil lebih masa untuk mengingati hobi dan tabiat aku semasa di semester 1 dulu.

Bukan senang nak senang,aku pegang kata-kata hikmat ni.tapi ada orang yang susah berusaha keras tapi tetap jugak susah dan ada orang yang beri saja sedikit usaha tapi senang nya bukan main lagi hebat
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kena Marah Lagi

Pasal makan buah pun kena marah lagi.percaya lah hanya aku cinta kau seorang saja.penatnya perang mulut tadi mengalahkan suami isteri,nasihat amer "kita sebagai lelaki ni kena tundukkan ego kita" aku pegang kata-kata hikmat tok guru danau kota ni yang sekarang ada di korea.entah apa dibuatnya kat sana semoga bertemu jersi team liga K yang rare lagi weird macam sanju sangmu,pohang steelers,Suwon samsung bluewings.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Baru Tau :)

Baru aku tau macam mana cara nak update blog via bb.setelah menghabiskan masa selama 45 minit.lagipun aku bukan tau nak buat apa.kalau tau punya senang macam ni dah aku update blog ni masa aku pergi trip ke kelanta-terengganu-pahang 5 hari lalu
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Gemuk

Berat badan aku makin bertambah dan perut semakin meng gedebe,aku perlukan aktivit yang lasak untuk membakar lemak dan dosa dalam badan ni
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network