Di rabu ni aku kelaparan dan masih awal lagi hari ni,baru pukul 6:30 pagi.aku lapar dan aku masak 2 bungkus mee Sedaap mi goreng.tapi aku tak jadikan mee goreng sebab aku nak rasa kuah dia aku masak mee goreng segera tu dengan air untuk jadi mee goreng berkuah la.kelas cost control petang nanti pukul 2.15,pagi ni pulak macam-macam rumours dengar la tak pasti yang mana betul sama ada kena buat urine test atau setakat dengar taklimat AADK
Selepas saja siap masa dengan aroma mee goreng tu menggoda hidung dan nafsu makan aku,aku pun berhati-hati menyiapkan pinggan dan mangkuk supaya tak disedari housemate aku yang pagi ni aku masak mee sedaap 2 bungkus untuk makan sorang.
Punya la stim nafsu makan tu,aku pun menuangkan mee tu ke dalam mangkuk tiba-tiba...handle kuali yang memang dah sedia longgar tu aku tak pegang betul-betul dan splash !!! Hampir 70 peratus mee goreng berkuah tu tumpah ke lantai.jadi aku sempat makan baki mee yang belum tumpah yang masih tinggal dalam kuali tu.sejak tu aku dah tak buat mee goreng kat rumah sewa tu guna kuali yang handle nya longgar tu.
peristiwa di atas ni tiada sorang pun housemate aku yang tau.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.