Torrone mint dan ada coklat di dalamnya rasa macam gula-gula dynamite,butternut ni rasa nya macam makan gula-gula peanut butter dan ada kacang tumbuk di dalamnya.masa aku duduk di kampung gedong dulu gula-gula ni la jadi kegemaran aku dan semacam satu nostalgia bila di tahun 2013 aku masih menemui gula-gula ini.
Torrone pada aku ialah gula-gula bertaraf legenda kerana perisa oren nya mampu membuatkan lidah aku rasa terluka dengan rasa masamnya,begitu juga dengan torrone berwarna putih plastik pembungkusnya yang berperisa mint dan warna hijau berperisa lemon pada deria rasa aku.yang masih dalam pencarian aku ialah torrone berwarna kuning yang aku tak tahu apa perisanya.
Bila hisap gula-gula torrone ni sepanjang perjalanan aku teringatkan masa aku darjah 1 dimana arwah atok aku memandu dia akan meletakkan torrone oren di sebelahnya untuk jadi bahan hisapan ketika memandu,arwah nenek jugak selalu membeli torrone oren ini jika singgah ke kedai cina di tepi jalan kerana di sepanjang laluan kuching-serian tiada RnR seperti di semenanjung ini.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.