IM4U seperti yang kita tahu disasarkan pada anak muda dan golongan remaja tetapi kenapa playlist lagu nya masih sama seperti yang saya dengar sebulan yang lalu ? Memang IM4U fm tidak berpengaruh dan mempunyai rating pendengar tertinggi seperti stesen lain tetapi apa salahnya mereka mengambil pandangan dari pendengar mereka yang sudi menukar ke frekuensi 107.90 fm di saat radio lain sibuk menyiarkan iklan.sebagai pendengar yang dahagakan muzik yang baru apa salahnya IM4U memainkan muzik baru dari scene indie dan band-band yang baru melangkah ke arena seni tempatan kerana sejak Xfm berhenti bersiaran di frekuensi 103 dan para DJ nya pula banyak disapu ke stesen radio era, taring X fm semakin tumpul dan pada 2011 X fm sudah hilang bisanya hingga terpaksa menutup operasi dan kini beroperasi secara online.umum mengetahui di 2013 ini pendengar kita masih mendengar radio mainstream bukan radio online.
Cadangan saya ini hanyalah untuk memastikan IM4U menjadi ikutan kepada anak muda setelah Xfm tiada lagi dan saya rasa bertuah di zaman remaja saya sempat mendengar Xfm yang banyak menemuramah pemuzik indie dan memainkan muzik yang belum lagi dimainkan di stesen lain.saya mahukan radio IM4U ada identiti nya sendiri dan apa salahnya IM4U memilih DJ radio mereka sendiri untuk berinteraksi dengan pendengar.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.