Kah ! Kah ! Kah ! apa punya kempen ini ?? page FB kami sayang tun dr M sudah-sudah la tu. kalau nak jadi melayu sangat apa salahnya jadikan baju melayu sebagai uniform rasmi untuk ke tempat kerja, nak jadi melayu ni kena berterusan dengan sekali pakai songkok je terus mengaku diri tu melayu. macam nak jadi mat saleh jugak, kena adaptasi kan diri dengan budaya dan bahasa diorang bukan dengan warnakan rambut dan setakat cakap bahasa asing pun tak betul dah bajet mat saleh.
kempen pakai songkok ni memang nak kena troll, dahtu tau nak attack DAP je kerja nya. apa punya kempen la...sudah-sudah la memperbodohkan rakyat, rakyat dah rasa muak dengan filem tanda putera ni, dah berapa lama tangguh dari ditayangkan ?? bila keluar filem new village baru nak terhegeh-hegeh tayang filem ni.untuk meraih sokongan bukan dengan buat filem yang tarafnya tak lebih dari propaganda semata-mata.aku malas nak mengulas jalan cerita sebab tak tengok lagi, yang pasti tengok filem tanda putera ni tak jadi kan diri kita ni lebih melayu dari sesiapa dan kempen pakai songkok ni ibarat kempen pakai spender sama warna, baru tau itu geng kita....
hurm....kenapa perlu letak rosli dhobi ?? bukan kah rukun 13 itu nasionalis yang menentang penjajah ?? umno pula bersekongkol dengan kerajaan british atau nama lainnya anjing british ?? rosli dhobi pula membunuh gabenor. sampai hati mempergunakan imej arwah itu untuk kempen ini. bukan aku tidak suka kepada UMNO, tetapi sejak umno diseleweng era anak iskandar kutty pelbagai jenis onar yang ditimbulkan oleh Pekembar ini, sesape orang UMNO yang tak tau maksud pekembar itu sila tanam diri hidup-hidup sekarang dalam liang lahad.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.