Tuesday, August 13, 2013

Markas Yang Tinggal Kenangan

Kem 1 divisyen ni banyak sejarahnya semasa aku kecik dulu. Bapak aku bertugas di sini, masa 2003 office dia di tepi pagar tu diupgrade dari office bangunan kayu ke bangunan bersimen, dulu setiap kali raya haji kami sekeluarga dibawa ke sini dan meriah jugak kem ni sebab aku ramai kawan dari unit yang sama dengan bapak aku. Jadi semacam 1 kemestian setiap kali raya haji berkumpul di sini , solat sunat bersama di surau yang terletak di depan office dan tengok lembu disembelih . Ada jugak kedai gunting di sini kalau bapak tak sempat hantar ke kedai gunting, gunting je kat kedai gunting dalam kem ni. Dalam kantin kem ni jugak la aku pernah pekena teh tarik buih tebal di kantin yang diusahakan oleh famili DJ Fuzz Cats Fm, masa ni ayah dia mejar (B) Daud masih berkhidmat dalam askar. Lokasi kem ni jugak strategik sebab terletak di pusat bandar dan berdekatan hospital umum Kuching, jadi bila ada ahli keluarga sakit, bapak aku time rehat dan balik kerja boleh je berkunjung ke sini.


Kenangan yang aku tak boleh lupa sampai bila-bila ialah masa raya haji 2004, seekor lembu yang akan disembelih tiba-tiba mengamuk dan terlepas kemudian melanggar sebuah meja menuju ke arah aku. Aku dan seorang pakcik yang panik berlari sekuat hati ke pagar kem tu sampai koyak lutut seluar,ganas jugak lembu tu sampai tercabut kompressor air cond dia rempuh. 2013, raya ke 4, Hari ahad semasa aku melalui jalan di depan kem tu aku terkejut bumbung bangunan di situ terkopak dan ditanggalkan rupa-rupanya kem tu akan ditutup. Another lost memories ............
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.