Tuesday, August 13, 2013

Tapai....Ta Alif Fa Ya

Ini bukan buku tulisan isham rais tapi ini makanan tradisi umat melayu di nusantara, secara spesifiknya aku nak mengulas pasal tapai beras. Aku mula kenal tapai beras ni back to 1998, in the morning when a deaf uncle carry two basket side by side consist of tapai yang dibalut oleh daun keladi jenis keladi hanyut di sungai sadong. Pakcik tua tu menjaja tapai beras nya dengan berjalan perlahan sambil tunduk ke lantai jalan dan jika ada orang ingin membeli mereka akan menjerit dan memberi isyarat pada nya. Aku lain, I ran to him and told I him I want to bought his tapai then I ran to atok house waiting for him at staircase.

Rutin tu berterusan hingga lah aku berpindah ke kem penrissen, I still remember he sold his tapai only 20 cents each portion, convert to today his tapai maybe sold for 1 ringgit each. The unique is , tapai dia dibalut oleh daun keladi hanyut bukan daun keladi yang jenis orang jual buat sayur. rajin betul orang tua tu carik daun keladi, so many years to come ... Aku tak tau mana pergi pak tua tu dah jadi ahli kubur atau pun dah bersara dari menapai beras.

 Manis dan cukup masak tapai haji saili tu sentiasa di ingatan aku. Sebab di semenanjung tanah melayu ni, tapai yang aku jumpa dijual dalam satu ikat daun getah dan kuantiti tapai dalam setiap daun tu hanyalah secubit .... Tapai haji saili yang aku beli dulu tu segenggam untuk sehelai daun keladi.sejak kelibat haji saili menjaja tapai di kampung gedong tak lagi kelihatan, aku pun kurang nafsu untuk memakan tapai.

Semasa nak membeli juadah berbuka puasa di kubah ria minggu lepas aku sempat membeli tapai madu yang dibalut dari daun nipah dan hanya berharga 25 sen sebiji. Aku malas nak cakap banyak sebab mana nak dapat tapai beras semurah 25 sen di tahun 2013 ni ?? Rasa tapai dia kurang manis dan agak kering.tengah hari tadi pulak aku baru mencekik tapai yang diberi oleh mek kelate jiran sebelah rumah, banyak jugak tapai dia bagi 1 bekas. Ada yang dibalut dari daun getah,daun pisang.Tapi rasa dia kurang sedap sebab tapai beras tu tak masak rata, ada lagi beras yang masih keras, itu untuk yang dibalut daun getah, tapi yang dibalut daun pisang OK.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.