Friday, May 2, 2014

1 Mei 2014

Pergi ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, macam biasa melangkah saja ke dalam PWTC mesti lah carik booth Lejen Fixi, tapi aisehman ! dia punya customer ramai macam semut lah. Terus aku tukar haluan pergi ke booth Indieke, booth dimana buku-buku terbitan dubook dan label-label indie lain dijual. Dari sini aku beli buku Molotov Koktel - himpunan tulisan-tulisan Adam Adli. Sekali lagi aku berpatah balik ke Lejen Fixi, kali ini dapat la aku menyusup masuk tapi nak barisan nak bayar dia macam tunggu bantuan makanan mangsa bencana je, terbatal lagi niat aku. Aku pun merayau-rayau ke tingkat 2 tempat dimana Gerak budaya dan Creative Enterprise selalu bertapak. Di tingkat 2 ni, trafik pengunjung dia terkawal dan stabil. takde sesak,sempit dan sardin macam di tingkat 1.

Di booth Gerak budaya, aku sempat membelek buku tulisan Anas Alam Faizli dan Syed Husin Ali bertajuk Malaysia Kaya, Rakyat Miskin. kemudian aku melilau-lilau mencari dimana letaknya Creative Enterprise tetapi masih tidak jumpa, kemudian aku ke tingkat 3, pun tidak ada. Tetapi tiba-tiba aku terpandang ke aras bawah, dari anak tangga tingkat 3 aku dapat melihat dengan jelas signboard Creative Enterprise. Hairan, macam mana aku tadi berlegar di aras yang sama tapi tidak menjumpai di mana letaknya booth ini. Sempat juga aku membeli 4 edisi gila-gila tahun lepas.

Memikirkan untuk pulang saja ke rumah tetapi dalam kepala masih rasa ralit jika tidak membeli buku Enam Darjah tulisan Nami Cobnobbler. Kembali untuk kali ketiga di booth Lejen Fixi aku pun berpeluang untuk mendapatkan buku ini dan terus membayar tanpa perlu berbaris dalam barisan yang panjang. Kerana sebelum itu pelanggan yang beratur panjang ialah mereka yang datang secara rombongan dari sekolah-sekolah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.