Tuesday, May 6, 2014

Bersyukur lah



Tak semua benda kita nak dalam hidup ni kita dapat capai dengan mudah... macam aku, 6 tahun dulu aku nak ada sebuah band, tour 1 Malaysia, kerja dalam bidang muzik, ada kedai jual merchandise sendiri tapi hari ni ?? 1 apa pun tak jadi dan aku semakin jauh dari semua tu. Aku akui, semakin meningkat usia kita semakin realistik kita berfikir.

Contohnya, aku dulu memang over konfiden yang aku boleh score A untuk exam bahasa Inggeris aku, tapi hasilnya ?? aku hanya dapat score B, mula-mula memang aku rasa tak puas hati. Tapi bila aku bandingkan diri aku dengan orang yang usaha lebih, lebih fasih berbahasa Inggeris dari aku. Jadi aku pun mula berfikiran realistik, apa yang jadi ini ada hikmahnya. Walaupun aku tak begitu fasih berbahasa Inggeris tetapi aku berani untuk belajar dan tak takut untuk mengaku yang aku ini tak begitu fasih. Keyakinan dalam berbahasa Inggris itu menenggelamkan kesemuanya.

Kadang-kadang kita ni bukan takut kepada diri sendiri, tapi takut apa pandangan orang terhadap kita. Walaupun tak mencapai kecemerlangan dalam apa yang kita ceburi bukan bermakna kita ni bodoh, cuma kita ni underachiever, memang ramai rasa rendah diri dan terhina bila di kata under achiever, tapi percayalah kalau kita berusaha tak henti lama-lama kejayaan tu akan datang. Tak kira lah besar atau tidak kecemerlangan itu. Yang penting kita tak berputus asa, bila renung segala usaha dan pencapaian kendiri kita akan merenung sejenak yang kita tidak lah seteruk mana, biarpun tidak cemerlang yang penting kita mencuba dan beri apa yang kita terdaya bukan memberi alasan itu tak boleh, ini tak boleh.

Bukan aku menggalakkan kamu bersyukur dan hanya berserah. Kalau dah berusaha dan memberi apa yang kamu terdaya itu sudah memadai kerana kamu sudah memenuhi ciri-ciri untuk maju kedepan iaitu usaha dan mencuba. Aku akui yang aku tak pernah mencapai sebarang jenis kecemerlangan baik dari segi akademik ataupun sukan dalam hidup aku. Tapi biarlah orang yang di sekeliling kamu yang tahu dan peka dengan perkembangan kamu menilai dan betapa istimewanya kamu di mata mereka. Ingatlah Thomas Alva Edison bukanlah mencapai kecemerlangan dalam hidupnya dengan score straight A dalam peperiksaan di sekolah. Dia berhenti di sekolah di usia muda tetapi kejayaan dia ?? mentol lampu yang menerangi hari-hari kamu siang dan malam.

Aku bukanlah hendak membangga diri yang aku ini under achiever, percayalah walau seburuk mana pun diri aku, pasti ada gunanya. Janganlah sebab kamu tidak cemerlang dalam sesuatu perkara/bidang itu kamu berasa kecewa, rendah diri dan tak guna. Hey ! setiap orang ada potensi diri lah. Ambil contoh Pipiyapong Abdillah Hamzah, seorang kutu dari Kuala Lipis, Pahang. Dia hanya pemuda kampung yang tidak bekerja tetap, sekejap kerja pomen, sekejap buat kerja lain. Kadang-kadang tak bekerja langsung, tapi itu bukan pematah semangat untuk dia seorang yang cool, dengan minat dia dalam bidang penulisan dia dah bukak 1 label buku indie dan sekarang dah ada kedai buku pun kat Stesen Kereta Api Kuala Lipis, bernama Neon Terbit. Buku-buku yang diterbitkan dalam label dia pun boleh tahan laku jugak walaupun skala jualan buku Neon Terbit ni kecil dan tak meluas macam label lain. Semua itu dicapai bila dia di usia 30 an, kejayaan tetap akan datang bezanya cepat atau lambat.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.