Wednesday, March 25, 2015

Filem Vikingdom 2013

Filem bertemakan Viking ini menelan belanja 20 juta ringgit Malaysia. Tetapi kualiti CGI nya agak mengecewakan dan cerita ini hanyalah fiksyen semata-mata bukan seperti dalam lagenda Viking. Tambah mengecewakan hampir 90 perjalanan cerita ini dilakonkan depan layar hijau, tidak cukup dengan itu, adegan watak Eiric berenang ke alam barzakh sedikit lucu kerana ada kuda yang berenang di sekelilingnya tanpa arah tuju. Tidak pernah pula dilihat dalam cerita-cerita fantasi kuda digambarkan berenang di dalam air secara tunggang terbalik.


Rata-rata pelakon di dalam filem ini seperti tidak menjalani latihan kecergasan kerana tubuh mereka  overweight dan bukannya tegap. Rambut Thor pula jelas kelihatan seperti rambut palsu. Bleum diambil kira lagi kostum Frey dan Freyja yang bukan nampak seperti dewa tetapi lebih kepada pasangan pengantin !


Thor, watak hero dalam sejarah Viking diangkat sebagai dewa jahat dalam filem ini. Dia cuba memperolehi 3 alat yang membantu dia untuk menakluk dunia. 3 alat itu perlu diambil dari 3 dunia berbeza.

Eirick Bloodletter, bekas pahlawan perang yang mati dihidupkan semula ditugaskan oleh dewa Frey untuk membawa semboyan yang jika ditiup mampu menghancurkan Thor. Eirick menuruti perintah dewa Frey itu kerana adiknya, dewi Freyja telah menghidupkan Eirick dan dia akhirnya mati. Eirick bukan lagi manusia biasa, dia ialah undead dan dengan kuasa baru nya itu dia mampu memasuki 3 dunia yang berbeza.




Eirick memulakan pengembaraannya bersama Sven, semasa di hutan mereka menjumpai Yang, pemuda cina yang dijadikan hamba. Dia menyertai Eirick kerana untuk membalas budi Eirick, kebetulan pula Yang handal bermain senjata. Di pekan Osberg mereka mengumpulkan anggota-anggota hasil bantaun Karl. Mereka yang sudi menyertai Eirick adalah Olaf dan Gregor 2 rakan baik, Yomar- pemburu, Henrik, Bernard - pembunuh ibu dan anak, Warick the wise dan Bryanna. Eirick enggan mengambil Bryanna menyertai mereka tetapi terpaksa mengalah kerana dia adalah pemilik bot yang mereka gunakan untuk pelayaran itu.

Pertempuran pertama mereka ialah di Gotland, kawasan berais. Henrik dan Yomar menemui ajal, Eirick berjaya membunuh King Heflar , mereka berjaya mendapatkan khidmat Alcuin, seorang ahli sihir yang mampu berinteraksi dengan alam sekitar. Dia dikurung di dalam sangkar tergantung di sebuah menara kerana jika diletakkan di atas tanah dia mampu melepaskan diri.


Mereka meneruskan pelayaran hingga sampai ke Helheim, alam barzakh bawah air. Hanya Eirick yang mampu memasuki alam itu. Di dunia bawah air itu dia diserang oleh roh jahat dan sempat diselamatkan oleh bapanya yang mirip dengan mereka. Hasil bantuan bapanya Eirick berhasil mendapatkan semboyan sakti dan bapanya mati dibaham naga yang cuba membunuh Eirick.

Mereka kembali ke Jomsberg dan menemui Raja Beothric, adik Eirick yang ditabalkan sebaga Raja. Tetapi mereka diperangkap dan dikurung di penjara bawah tanah. Yang, Bryanna dan Alcuin menyelamatkan mereka. Rupa-rupanya mereka diperangkap oleh Alcuin yang menyerahkan semboyan sakti kepada Beothric. Keesokan paginya, Eirick mendapat khabar berita gembira apabila terdapat askar Jomsberg yang mengkhianati Beothric untuk berperang bersamanya. Tetapi dikejutkan pula dengan kematian Beothric akibat diracun.

Peperangan pun bermula dan kelihatan Eirick bakal kalah kerana kekurangan jumlah anggota berbanding askar Thor. Kemudiannya mereka dibantu oleh askar-askar Jomsberg yang lain kerana berang dengan kematian Raja mereka. Dalam pertempuran sengit itu Gregor, Warick dan Bernard mati dibunuh tentera musuh. Yang, Sven, Eirick dan Bryanna pula gagal menghalang rancangan Thor yang cuba menguasai 3 dunia. Bryanna mati ditikam Thor untuk menyelamatkan Eirick.



Rupa-rupanya dalang disebalik semua ini adalah Frey, yang mahu menghapuskan Eirick dan dalam masa yang sama cuba menggunakan kelebihan Eirick untuk mendapatkan semboyan sakti itu dengan 3 alat sakti di tanganya iaitu semboyan sakti, rantai Mary Magdelene dan Tukul Thor. 3 alat itu mampu membuka pintu 3 dunia iaitu bumi, syurga dan neraka.


Alcuin muncul dan menceritakan segala-galanya, hasil maklumat alam semulajadi dia mendapat tahu yang Frey telah berpakat dengan Beothric dan meracun Beothric, jadi dari awal-awal lagi dia telah membuat semboyan tiruan untuk diberi kepada Beothric. Selepas dia meniup semboyan itu Frey dan Thor akhirnya disedut ke alam neraka. Dunia kembali aman seperti sediakala.





Tuesday, March 24, 2015

Kesamarataan Jantina...Adil Ke ??

Aku masih tak faham apa yang dituntut puak2 gender equality ni ? adakah kami menzalimi kamu ? setahu aku di ruang iklan pekerjaan yang biasa tertulis ' shop assistant, female, urgent '. Tapi kami tak mintak pun gender equality, sampai kan koc penumpang KTM ada koc merah jambu khas untuk perempuan. Apa yang aku faham ini bukan sama rata tetapi meminta lebih dari yang lain.






Saturday, March 14, 2015

Kita Semua Ada Satu Persamaan

Tahun lepas, bila kecoh hal coklat cadbury ada DNA babi ada sorang macik ni gelabah gila nak cuci darah dia konon nya darah dia kotor. Padahal sel darah manusia diganti setiap hari jadi nak heran apa ?? nampak sangat akal cetek. Ni sebab suka sangat tengok drama tv 3 pukul 7 la ni. Kalau ikut logik mak cik tu, darah vegetarian la paling suci sebab langsung tak makan daging. Lagi satu, bila kau banyak hilang darah adakah kau mintak nurse tu masukkan darah orang muslim ke dalam badan kau ? tak kan ?!




Friday, March 6, 2015

Filem Dude Where's My Car ??




Sebelum filem trilogi Harold and Kumar yang menjadi ikon filem genre-stoner comedy, filem ini terlebih dahulu menjadi kegilaan remaja awal 2000an. Ditambah pula dengan Ashton Kutcher dan Sean William Scott yang mula melonjak naik pada masa itu. 

2 budak penghantar pizza, Jesse dan Chester terbangun di pagi hari selepas berparti di malam sebelumnya dan tidak ingat apa yang telah mereka lalui. Di peti sejuk mereka penuh dengan puding , dari manakah datangnya puding itu ?? Masalah pertama mereka ialah bila bos mereka datang ke rumah dan memecat mereka kerana tidak menghantar pizza yang telah dipesan. Apabila mereka hendak keluar rumah, mereka hairan dimanakah kereta mereka ??


Mereka pergi menemui Nelson, seorang spiritualis untuk mengetahui apa yang mereka buat malam sebelumnya tetapi gagal. Nelson meninggalkan mereka selepas mereka membuat kacau di kedai makanan cina.  Mereka dibuli oleh sekumpulan Jock dalam masa yang sama ingin mereka memberikannya sejenis alat, Continuum Transfunctioner. Yang Jesse dan Chester sendiri tidak tahu apakah alat itu dan bagaimana bentuknya ?


Chester terjumpa kad kity cat club di dalam poketnya, malangnya masalah baru timbul apabila pondan di kelab itu mendakwa mereka berdua telah mencuri beg nya yang berisi wang tunai 200 000. Seterusnya mereka pergi ke rumah kekasih mereka, dengan niat untuk membantu membersihkan rumah tetapi sebaliknya yang berlaku. Tiba-tiba mereka diculik, kumpulan Zoltan yang meminati UFO dan mahu mereka menyerahkan Continuum Transfuctioner, tetapi alat itu tiada pada mereka.

Dikaki lima, mereka tiba-tiba disapa oleh seorang tukang jahit, Mr Lee. Dia mengatakan malam sebelumnya mereka berdua telah membayar sejumlah wang untuk sut baru. Chester dan Jesse terperanjat kerana dia belakang mereka ada tatu, sut yang ditempah itu hanyalah track suit adidas. Jesse menjumpai slip pembayaran didalam poketnya dan dari situ mereka mula mengetahui apa yang telah mereka beli dengan wang itu.


Semasa berehat, mereka didatangi sekumpulan wanita berpakaian hitam mirip ejen perisik. Dia mahu mereka menyerahkan Continuum Transfunctioner, tetapi mereka tetap memberikan jawapan yang sama. Si Pondan sekali lagi muncul dan mahu mereka memulangkan wang, tiba-tiba kereta polis menghampiri mereka dan dibawak ke balai polis. Mereka disyaki terlibat dengan pengedaran dadah kerana kereta Jesse dilihat di tempat kejadian, tetapi mereka tidak mampu memberikan jawapan kerana mabuk dan tidak ingat apa yang terjadi. Salah seorang anggota polis memberitahu pada waktu kejadian, Jesse dan Chester berada di Donut House pada waktu itu dan membelanjakan sejumlah donut yang banyak untuk mereka. Semua itu berlaku akibat kecuaian anggota polis itu dan suspek sebenar berjaya ditangkap.


Tetapi, kereta Jesse masih belum dijumpai dan akibat kesilapan anggota polis itu, kereta mereka akhirnya diserahkan ke tempat pelupusan kereta. Runsing memikirkan masalah yang menimpa mereka, kali ini 2 orang lelaki berpakaian pelik datang kepada mereka dan memintan Continuum Transfunctioner itu, nampaknya kini ada 4 pihak yang mahukan alat itu. Nasib mereka baik kerana kereta itu sempat dibeli oleh seorang penternak burung unta. Mereka ditangkap oleh kumpulan Zoltan, dan dibawa ke reban dimana tempat mereka berkumpul tidak lama kemudian dibebaskan. Mereka berjaya menyusup masuk ke ladang itu tetapi pengsan akibat dipatuk oleh burung unta. Apabila sedar mereka diletakkan didalam sangkar, Chester berjaya menjawab soalan pemilik ladang itu dengan tepat dan mereka dibebaskan tetapi kereta hilang entah kemana.

Pierre, pemilik baru itu sempat menyimpan kunci loker tempat mereka berhibur malam semalam dan mereka pun pergi ke tempat itu, di dalam loker itu mereka menjumpai beg berisi wang tunai dan si pondan berjaya mendapatkan semula wangnya. Tetapi alat Continuum Transfunctioner tidak ada dan mereka tidak tahu bagaimana rupa alat itu. Mereka pun membuat 1 helah dengan menebus kupon  di pusat hiburan itu untuk sejenis mainan dan mendakwa itu Continuum Transfuctioner.


Dua orang lelaki yang berpakaian pelik itu muncul dan mendakwa itu bukan alat yang sebenar. Chester pula sibuk bermain kiub rubik dan berjaya menyempurnakan kiub itu, lantas kiub itu bertukar rupa menjadi sejenis bola. Jika diaktifkan akan meletupkan seluruh alam semesta, Jesse membuat soalan untuk mengetahui pihak mana yang benar dan 2 orang lelaki aneh itu memberikan jawapan yang benar. Jadi bola itu diserahkan pada mereka untuk dimatikan. Rupa-rupany puding yang memenuhi peti sejuk rumah mereka itu adalah hadiah kepada mereka kerana berjaya memukul bola golf ke dalam lubang.


Sekumpulan wanita berpakaian hitam itu bergabung dan menjadi wanita gergasi dan dibunuh oleh Jesse dan Chester melalui mode serangan yang ada pada bola itu. Ingatan mereka dipadamkan dan keesokan harinya, mereka melalui semula seperti hari sebelumnya, cuma kali ini kereta mereka tidak hilang.




Thursday, March 5, 2015

Filem Ardennes Fury 2014



Filem terbitan The Asylum, yang terkenal dengan filem-filem mockbuster mereka. Filem ini mirip dengan filem Fury lakonan Brad Pitt tetapi kebanyakan babak dalam filem ini lebih kepada aksi di luar kereta kebal, bukan di dalam kereta kebal seperti Fury yang mereka tiru. 

Sekumpulan askar Amerika berjaya menyusup masuk ke kawasan tentera Paksi, tetapi mereka mengalami masalah kehabisan petrol dan perlu segera mendapatkan bekalan petrol. Sarjan Lance mengetuai unit itu, semasa dia dan anak buahnya pergi mendapatkan bekalan petrol dari trak tentera Amerika yang ditawan mereka juga menyelamatkan seorang wanita bernama Claudette, yang mendakwa dirinya pengasuh di rumah anak-anak yatim. Dia meminta bantuan Lance dan rakan-rakan pergi ke rumah itu untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.


Kumpulan itu berpecah dua, Sarjan Lance bersama CK, Griffin dan Rose dalam misi menyelamatkan rahib dan anak-anak yatim. Freddy,Sommers dan Gunderson tinggal di kereta kebal dan jika Lance dengan yang lain tidak muncul dalam masa sejam mereka boleh bertolak. Prebet Scott Sommers diarahkan oleh Freddie untuk melakukan perimeter check dan kembali semula dalam masa sejam tetapi dia ditangkap oleh Major Heston Zeller dan disoal siasat untuk mengetahui perancangan seterusnya pihak Tentera Berikat tetapi dia enggan bekerjasama dan diseksa hingga mati.

Apabila sampai ke destinasi, rupa-rupanya mereka bukan menyelamatkan anak yatim tetapi anak Claudetten Pierre dan Amelie. Mother Mary turut dibawa bersama, mereka terserempak dengan askar Jerman disana dan melarikan diri, CK telah cedera ditembak di bahagian kaki, mereka dikepung dan anak lelaki Claudette tiba-tiba hilang dan dia termenung di kubu yang terdapat mayat tentera Jerman. Salah seorang dari mereka menembak nya dan mati, Griffin menanam mayat dia di tepi tasik.


Apabila dikepung tentera Jerman, Griffin yang sudah tidak berdaya menarik perhatian tentera Jerman dan mengebom dirinya bersama mereka. Semasa melalui kawasan semak samun Mother Mary terpijak periuk api dan Rose cuba mematikan periuk api itu tetapi gagal dan mereka berdua terkorban. Sementara itu, Freddy dan Gunderson pula diasak bertubi-tubi oleh kereta kebal Nazi dan mereka bertarung habis-habisan.

Lance dan Griffin ditawan pihak musuh kerana tidak mahu Claudette dan Amelie ditembak mati oleh Mejar Heston. Tetapi mereka ada helah sendiri dengan berjaya merampas trak pikap dan melarikan diri dari kem Nazi itu. Mereka dikejar oleh Mejar Heston dengan Panzer tetapi sudah terlambat kerana serangan udara dari pihak Berikat telah bermula, Griffin diarahkan membawa Amelie ke tempat selamat. Lance bertempur dengan Heston hanya menggunakan pisau dan berjaya membunuhnya. Freddy dan Griffin pula muncul dengan kereta kebal untuk membawa  Lance dan Claudette ke tempat yang selamat. Dan operasi Ardennes Fury pun bermula....

Bila Bahan Serius Dijadikan Jenaka

2012-2013 dulu, para netizen di Malaysia gemar menjadikan video yang berbentuk ugutan,kekasaran seperti video panglima ludah dan bini mat yo dijadikan bahan ketawa atau parodi, tahun ini pula jenama kecantikan pula sanggup menjadikan isu yang semakin serius seperti kes ragut hingga sanggup dijadikan video jenaka semata-mata untuk memasarkan produk mereka. 

Memang kreatif hingga sanggup menjadikan video bertemakan jenayah untuk memasarkan produk, tetapi jika mereka terkena situasi begitu di dunia sebenar bagaimana ?? apa reaksi mereka ?? adakah orang di sekeliling yang menyaksikan situasi tersebut akan ketawa dan hanya merakam saja perbuatan jenayah itu ? dek kerana pengaruh iklan yang cuba memanipulasi situasi sebegitu untuk memasarkan produk mereka ?? kes jenayah ragut semakin hari semakin parah, jadi idea sebegini tidak sesuai untuk diketengahkan sebagai strategi pemasaran.