aku sentiasa merindui zaman 90 an dan berharap ada mesin masa yang membawa aku kembali ke zaman tu.yang aku tau pasal zaman 90 an ialah fesyen zaman tu tak kira la rock,hiphop,mod ke cutting baju dan seluar semuanya besar.dan bukan macam zaman sekarang dimana warna hitam dan kelabu jadi kegemaran penggemar fesyen,dekad tu baju semua warna warni.cantik sungguh zaman tu pada pandangan aku yang melalui zaman remaja pertengahan dekad 2000 an.
era 90 an jugak bermula era dimana boyband jadi ikon macam backstreet boys, Nsync jugak jadi kegilaan kerana justin timberlake yang jambu.kalau dilihat wajah justin masa tu dan sekarang jauh sangat bezanya.setiap kali tengok gambar-gambar zaman 90 an aku rasa wujud satu nilai kenangan dalam gambar tu bukan kerana gambar nya yang HD tapi kualiti nya yang tidak diubah atau diedit dan bila dilihat pada masa ini dah macam nostalgia yang lama walaupun jarak dekad 90 an dengan zaman sekarang hanyalah 22 tahun ( lama jugak !)
drama atau sitkom zaman tu jugak satu nostalgia bila semuanya lokasi nya dibuat dalam studio dan memaparkan ragam sebuah keluarga di mana seorang ibu pening menguruskan kerenah anak-anaknya dan bapa pula seperti menganggap kelakuan nakal si anak itu satu lumrah seorang kanak-kanak.juga setiap kali si ayah tersedar silapnya akan ada suara latar ketawa yang berdekah-dekah tak tahu sama ada suara audiens atau speaker.
remaja di zaman 90 adalah kenangan yang tak dapat dilupakan.walaupun masa tu takde teknologi canggih,takde facebook,twitter,blogspot macam sekarang tapi diorang masih lagi enjoy dengan skateboard,hip hop,b boy,bmx dan muzik rock macam grunge,metal,brit rock,pop punk,skate punk. jadi tak hairanlah remaja era aku ni dikutuk oleh nami (teh tarik gelas besar.blogspot) sebagai tak kreatif kerana generasi z ni hanya menerima segala kemudahan dan teknologi yang diberikan kepada mereka tanpa cuba mencipta atau membuat trend mereka sendiri seperti yang dibuat remaja 90 an dan generasi sebelumnya.generasi 60 berbangga dengan hippies mereka,70 dengan budaya punk,80 dengan rock and roll, dan 90 an dengan X games. habis generasi aku ni hendak tunjukkan apa kepada generasi akan datang ?? aku pun mula berfikir apa yang harus aku banggakan kepada generasi pelapis aku kelak.
bila tengok gambar selebriti zaman tu terasa macam di dunia kanak- kanak pun ade.dengan fesyen yang berwarna warni macam kanak-kanak tadika . tak banyak yang boleh aku ulas pasal apa yang jadi kegilaan gadis-gadis zaman tu pasal aku takde kakak yang melalui zaman remaja masa tu
.yang aku tau aaron carter, nick carter,justin timberlake,brian mcfadden,ronan keating,adik-beradik moffats,gil ofarim,adik beradik hanson, dan sekutu boy band yang lain menjadi kegilaan dan menjadi poster yang wajib ditampal di dinding bilik. aku mengaku yang aku tak selera pun dengan awek zaman 90 pasal diorang tak cantik dan fesyen diorang tak mampu menundukkan aku.bukan aku tak bernafsu tapi aku cerewat dalam memilih pasangan,
tak selera langsung aku.agak-agaknya kalau aku remaja zaman ni tak kahwin atau jadi forever alone la |
sekarang ni kalau duduk lepak rumah je sepanjang hari orang tak kisah la.tapi zaman tu kalau lepak rumah tak keluar petang-petang kena label nerd la pulak.ye la pasal zaman tu hiburan terlalu terhad nak tengok tv 1 & 2 ,tv 3, metrovision(sekarang metrovision dah takde) je la. kalau kaya sikit boleh la langgan mega tv.kalau terlebih kaya langgan astro la,jangan main-main bil astro masa tu beribu jugak la sebulan bukan beratus-ratus macam sekarang.kalau dah bosan tengok tv tengok je la video tape.masa tu movie dalam format cd tak banyak di keluarkan.
penat aku bercerita.ni sikit je ni.banyak lagi yang aku tak tau
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.