Tuesday, February 14, 2012

transformasi 19 minit, sejarah aku dan rambut spike

 gambar atas ni diambil pukul 10: 45 pagi tadi.tepat jam 11 pagi tadi rambut aku di gunting untuk pertama kali pada tahun 2012.kali terakhir rambut aku digunting ialah hujung bulan november 2011. upacara peng-guntingan  rambut aku berakhir pada pukul 11:19 dengan menelan belanja sebanyak rm 7.00 tunai.
gambar di atas plak ditangkap pukul 11: 47 tadi.asalnya aku merancang hendak mengunting rambut pada pertengahan bulan mac nanti tapi setelah di tegur oleh nakesh yang kata rambut aku ni serupa jungle,bapak aku plak : boleh ke kerja hotel rambut tebal macam ni?? mak aku : panjang sangat rambut kau ni.  dengan sumbangan rm 10 dari mak aku akhirnya aku akur dengan permintaan semua yang ingin kembali melihat aku berambut pendek.pada hakikatnya aku lebih selesa berambut tebal macam gambar yang pertama tu pasal aku nampak macam dah meninggalkan zaman persekolahan.

bukannya aku takde duit nak gunting tapi duit aku banyak dihabis kan dengan membeli token lrt untuk ke tempat aku praktikal.style rambut baru ni macam biasa la layer, tapi kali ni lebih panjang sedikit dari biasa pasal aku tak nak pendek sangat layer dia nanti nampak macam rambut askar plak.

sejarah :

aku mula menjadikan style rambut spike sebagai trademark aku sejak tahun 2007, pada mulanya aku tak gemar rambut nampak macam punk padahal aku masa tu masih lagi tak kenal sape itu johhny rotten,joe strummer,jimmy pursey, jadi minat untuk berambut spike tu muncul bila aku mula minat dengan style rambut spike yang digayakan oleh test iaitu penggusti wwe.aku tengok gaya tu sesuai sangat dengan bentuk muka dia yang petak.jadi aku pun try la style tu.aku perhatikan sejak tahun 2008 rambut spike ni mula jadi trend bila ronaldo dan fabregas mula jadi kegilaan remaja masa tu.aku tak minat pun dengan 2 orang player ni.
test wwe
scott moffatt
sejak tu pun aku mula mengkaji bila rambut spike ni jadi trend.rambut ni asalnya di gayakan oleh budak2 skate punk macam blink 182,simple plan,green day kemudian scott moffats dari kumpulan the moffats mengayakan rambut ni.

ada jugak yang tanya aku minat fabregas ke? classmate aku pun kata besar nanti aku jadi fabregas pasal style rambut,kulit putih,bentuk muka,dan kening lebat tu sebijik macam dia.
masuk tahun 2012 genap la 5 tahun aku menjadikan rambut spike ni identiti aku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.