escapisme bermaksud melarikan diri dari sesuatu yang normal kita lakukan setiap hari,contohnya hari2 biasa kita lalu di sebuah jalan tanpa ambil peduli tentang keadaan di sekelilingnya dan kita hanya fikirkan hendak ke tempat yang dituju dan selesaikan segala rutin harian.tetapi hari ni kita buat sesuatu yang luar dari kebiasaan dengan meninjau dan meluangkan sedikit masa untuk mengetahui serba sedikit tentang persekitaran kita.
begitu juga dengan aku,hari2 dihabiskan dengan bangun tidur-mandi-sarapan-pergi kerja-buat kerja-balek rumah - tidor. tapi hari ni escapisme itu datang akhirnya.pagi2 masuk saje ke ofis housekeeping aku akan di beritahu oleh firdaus supervisor dengan sape aku akan buat room attendant pada hari ni tapi aku pun pelik kenapa aku tak diberitahu dengan sape aku harus bekerja hari ni, itu secara normal perjalanan hidup aku di vistana KL sebagai budak praktikal @ trainee. tapi hari ni agak lain sedikit apabila aku di suruh membantu dia mengumpul troli-troli lama dan mengangkat bundle baju-baju staff untuk di hantar ke jw marriot dan ritz carlton .
perjalanan sebuah escapism pun bermula aku ikut firdaus dan salleh ( driver lori ) hantar tuala-tuala bersih ke apartmen vistana ,sebelah hotel vistana je pun.kemudian bergerak ke jw marriot hantar baju-baju kotor untuk dicuci sebab di vistana takde laundry untuk basuh baju staff tapi untuk cuci linen sahaja.kemudian ke ritz carlton hantar troli-troli lama yang dah layak digelar besi buruk.troli2 tu dihantar ke basement dimana asalnya disediakan untuk parking motor tapi diubah menjadi sebuah stor yang menempatkan barang2 lama macam kerusi,troli bellman,meja,karpet lama,tv lama,tilam,dan meja yang sudah rosak
.bau tak usah cakap la hancing dan aku rasa boleh rosak hidung aku kalau lebih lama lagi dalam tu.settle saja kerja aku masa nak tunggu lif keluar seorang bell man,uniform dia style giler dah macam uniform pegawai askar semasa perbarisan kawad plak.
kemudian aku pun kembali ke perjalanan harian yang normal buat room attendan dan balek.escapism itu bukan sekadar lari dari fasa normal tetapi satu pendedahan yang menambah pengalaman
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.