Monday, January 30, 2012

ada kaitan rupanya

pagi sabtu haritu aku dah sampai lrt masjid jamek pertukaran aliran ke stesen titiwangsa,nak ke tempat praktikal aku la.punya la lama menanti sampai 25 minit.paling lama tunggu tren pun 3 minit macam tu.masa sampai ke stesen tu pukul 8.20 target aku dalam 8.35 dah sampai vistana tapi 8.45 masih tak nampak cahaya lampu tren tu.yang aku baran operator boleh pulak buat announcement kata perkhidmatan tren tergendala pasal ada masalah tapi diorang tak bagi tau pun masalah ape.tren nak menuju ke seri petaling/ampang seberang laluan tu pun tak bergerak jugak stuck je kat situ.

aku baran satu sebab je, aku dah nak terkeluar jantung kena marah dengan chris si housekeeper kat departmen aku ni.memang la shift kerja aku pukul 10 tapi si chris 'strict' ni nak  buat briefing pukul 9.30 jadi 8.45 pun cahaya tren masih tak nampak aku kena buat sesuatu ni,dengan nekad hati aku turun ke kaunter bawah pelik jugak takde orang jaga kaunter macam biasa,kosong je. aku pun meneruskan perjalanan ke monorail bukit nanas dalam keadaan berpeluh + gemuruh. sebelum tu singgah dulu bank islam nak amik duit, memang baran aku hari tu dah la lrt takde dahtu tak boleh claim balek 1.20 sen aku yang sia-sia pasal lrt takde.

kiraan tambang macam ni

jelatek - masjid jamek  & masjid jamek - titiwangsa
= 2.00                               = 1.20
campur kedua-duanya = 3.20 sen tunai.


masalahnya 1.20 sen tu tak memadai dah la aku langsung tak naik tren dah tu kena berjalan kaki plak ke monorail bukit nanas dalam pukul 9.10 aku sampai ke stesen bukit nanas kena belanjakan 1.60 sen plak untuk ke stesen titiwangsa,belakang vistana je. dalam 9.20 sampai la ke stesen monorail titiwangsa dan pukul 9.25 aku selamat meng-punch kad. 9.30 terus naik briefing dan celakanya hari tu aku ditugas kan mengemas 16 bilik !! check out plak tu. standard 14 bilik tapi hari ni extra bilik pulak.terpaksa la jugak aku bekerja dalam keadaan lesu dan lemah, pagi2 dah kena senaman berjalan kaki dah tu terus kemas 16 bilik tanpa rehat.sakit kaki aku ni tak terbayang pedihnya kalau di check mileage dia aku rasa dah lebih 10 000 kilometer.

petang tadi lepas hantar barang ke pantri aku baca paper semalam meluangkan masa dengan membaca adalah melambangkan aku.aku pun belek la nak cari apa yang best tiba2 aku terbaca pasal ni

http://mynewshub.my/2012/01/28/warga-myanmar-maut-diseret-tren-lrt/

akhirnya terjawab persoalan aku untuk hari tu.pasal dia sorang aku dan orang lain jadi mangsa keadaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.