Monday, January 16, 2012

bye bye body glove



pada malam rabu lepas on d way nak blek ke rumah tali beg pack body glove aku ni boleh pulak putus.nasib baek dekat je,kalau putus masa kat lrt atau time aku bawak laptop memang malang nasib aku.macam ada sense je yang aku dah dapat elaun LI pasal tu plak beg ni boleh putus baru je aku nak menabung. dan masa nak beli bag baru pun seksa jugak mana taknya beg body glove hijau ni dah 3 tahun bersama aku melalui pelbagai perjalanan dari zaman aku sekolah - masuk ipt - ada laptop - travel. banyak sangat kenangan aku dan beg ni.
masa nak beli beg baru terasa sungguh seksa nya,masa tu aku off day hari jumaat mula2 aku target nak cari brand body glove jugak tapi tak jumpa.kisah nya bermula macam ni, pukul 2.45 petang aku mula mengorak langkah ke bandar KL aku mula tengok beg area bazaar masjid india tu tapi aku tak jamin pasal kualiti beg dia dan tak banyak choice.lepas tu aku pun pergi ke sogo tapi harga bag pack 100++ menangis poket aku.lepas tu aku carik plak kat area pertama complex time tu pulak hari hujan aduh!! bertambah masalah aku,bukan hujan rintik-rintik tapi LEBAT !! habis basah kuyup aku.jumpa plak satu kedai ni jual barang2 tropicana life beg pun cantik tapi harga boleh tahan mahal la pasal body glove masa aku beli dulu dalam 40 ringgit macam tu.tapi tauke kedai tu bagi diskaun dalam 30 % dapat la satu beg harga asal 80++ tetapi setelah di diskaun dalam 60++

tapi itu antara sifat bangang aku yang jelas nyata .harga dah kira murah tapi still tak percaya dan aku pergi ke wangsa walk mall konon nya nak harga yang lebih murah tapi hampeh.dengan basah kuyup nya aku masuk kedai salesman tu cakap harga dalam 80 ++ selepas diskaun,aduh!! menyesal nya aku tak beli kat pertama tu.aku tak putus asa aku pergi ke al ikhsan tanpa belas ihsannya aku yang semakin kering tadi basah balek pasal hujan masih belum reda.masuk je al ikhsan memang haram!! dah la xde diskaun dahtu plak takde choice.dengan tensionnya aku keluar ke carrefour wangsa maju plak,seberang al ikhsan je. dalam carrefour plak antara sifat bangang al-pelupa aku yang terbaru pula wujud.nanti aku cerita kan.dalam carefour tu melilau aku carik beg tapi tak jumpa jugak pilihan dan design yang menarik. dengan muka hampa aku tekad tetap patah blek ke pertama complex nak beli beg yang di offer 60++ tadi. sampai saja ke lrt dang wangi aku pun berlari ke pertama complex dan akhirnya dapat jugak membeli beg tropicana life warna biru. dan kemudian dengan senang hati aku ke mydin nak carik buku nota.


tiba-tiba aku teringat kan kepala bana-nya aku semasa di carrefour tadi pasal tak beli buku nota bersaiz poket yang aku guna setiap kali aku dapat pengetahuan baru dan untuk briefing setiap kali 3 petang.dan semasa di mydin aku pun memborong la pen dan 2 buah buku 'nota'.sesampainya di rumah aku pun terkejut tenuk bila buku 'nota' yang aku beli tu bukannya buku 'nota' tetapi buku BILL adoI!!!!! dan terpaksa la aku mengorbankan 1.60 sen utk 2 buah buku bill yang tiada guna nya kepada aku. dan terpaksa melaburkan 2.50 sen untuk beli sebuah buku baru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.