Thursday, January 19, 2012

liberal dulu atau sekarang ??

 orang dulu2 di zaman sekarang sering berkata yang zaman dulu lebih hebat dan zaman sekarang terlalu 'KOTOR' untuk didiami. aku mula tertanya apa yang 'bersih' sangat pada zaman tu sampai diorang terlalu bangga dan gembira kononnya. tak terkecuali orang yang selalu berkata macam tu ialah bapak aku sendiri tak habes2 mengungkit kehebatan dan keagungan zaman dulu. sampai aku pun dah naik muak.

jadi dari situ aku mula mengkaji benarkah zaman 60an,70an begitu hebat dan canggih pada pandangan mereka. setelah dikaji dari 'orang lama' yang mengikut arus zaman dan tak terlalu bangga dengan zaman dulu mereka berkata yang zaman sekarang jauh lebih mudah,selesa dan menyenangkan bagi mereka,pada aku mungkin mereka ini mengikut peredaran masa dan sedia menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

pada zaman 60 an dulu kehidupan masyarakat melayu di bandar begitu liberal seperti amalan main nombor,berjudi,main perempuan dan kelab malam dah jadi perkara biasa bagi mereka.dan benda itu tidak asing bagi mereka kerana MERDEKA pada pandangan mereka hanya bebas dari belenggu kekejaman penjajah dan MERDEKA untuk buat apa saja tanpa sebarang halangan.sampai ada satu iklan dipercayai diterbitkan zaman 60 an menayangkan pasangan melayu sedang makan dan si lelaki menikmati guinness stout dan pasangan nya tersenyum melihatnya.iklan itu juga diterbitkan dalam bahasa melayu.


iklan tu ditemui dalam sebuah booklet kesatuan guru melayu malaysia barat yang ada di sebuah universiti OHIO,amerika syarikat.dan selepas mukasurat yang mengandungi iklan tu ada ucapan dari tun abdul razak.abaikan ucapan bapak najib tu,sekarang fokus kenapa iklan tu harus ada di sebuah booklet yang berkaitan melayu,?? bukan kah guiness itu arak?? itu lah persoalannya ternyata orang dahulu lebih liberal penerimaan dan pemikiran mereka dari orang zaman kita.agaknya masa tu kalau team bola di malaysia di sponsor carlsberg,heineken,tiger beer,guiness, stell artois dan lain2 agaknya tak menjadi isu sampai masuk paper pun.



filem zaman tu pun scene nya lebih dahsyat dari sekarang contohnya filem DR RUSHDI lakonan P.Ramlee mencerminkan betapa bergolaknya kehidupan seorng doktor yang terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga mengabaikan kehendak batin isteri dan sebab itu isterinya curang dan mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.dan pengakhirannya isterinya dibunuh dan lelaki itu dibunuh juga dan doktor rushdi hilang di dalam kegelapan malam yang sedang hujan lebat.filem lain boleh tahan juga dengan filem arahan mat sentul boleh mencuci mata para lelaki bila ada scene nya yang memaparkan wanita berbikini walaupun filem itu komedi dan tidak menjadi isu perbahasan pun tentang pelakon wanita inggeris yang berbahasa melayu berbikini dalam filem2 arahan mat sentol itu.sungguh LIBERAL mereka.
begitu juga di zaman 70 an wanita berskirt di anggap perkara biasa dan tidak bertudung walaupun islam tidak lah dianggap kafir dan tidak mengikut syariat agama seperti masyarakat hari ni.sebab masa tu mereka rata2nya JAHIL dan agama dan budaya tak boleh disatukan contohnya melayu - islam, bersolat cukup 5 waktu tetapi tidak bertudung dan menutup aurat dengan sempurna kerana pada mereka agama itu TUNTUTAN bukan AMALAN dan PERATURAN. kita tak boleh menyalahkan mereka 100% kerana keadaan yang memaksa dan kesedaran pada masa itu tiada
itu belum kisah artis lagi, sekarang ni heboh hattan kahwin 2 bulan dah bercerai macam2 kata kesat tersebar kononnya tak matang la, terdesak nak kahwin la,padahal dulu AR Tompel kahwin dengan Saloma 3 bulan relaks je takde pun kecoh heboh.cuma teknologi tak canggih menyebabkan masyarakat zaman tu tak tau pasal tempoh singkat perkahwinan mereka,begitu juga P Ramlee yang berkahwin banyak kali tetapi bercerai banyak kali bukan kerana tak bahagia tetapi kerana nak mencari keserasian dan kalau MELODI,beautiful nara,budiey.com,ada pada zaman tu dah lama heboh satu negara mengalahkan isu pengenalan akta AUKU yang menjadi pengakhiran kepada kebebasan mahasiswan untuk ber politik dan menyuarakan hak dan idea orang muda di parlimen.

rasa2nya kalau ditravel ke dekad 60an dan 70an adalah perkara biasa tengok bangsa melayu makan dan minum di kedai cina.pasal masa tu isu HALAL adalah perkara yang remeh untuk dibahaskan kerana pada mereka asal kan makanan tu tak de daging babi dikira halal la. walaupun dulu liberal tetapi agak sukar nak tengok kes buang bayi seperti yang berleluasa di zaman masyarakat sensitif pada hari ini.maksud aku sensitif kepada setiap isu dan kalau ada isu yang di usulkan pastinya ada suara-suara sumbang yang berkata ini semua idea barat untuk menghancurkan islam, martabatkan budaya ketimuran kita.mereka ini lah yang menjadi punca kenapa masyarakat kita tak maju pasal asyik memangkah saja setiap idea orang muda untuk menjadikan kehidupan kita ke arah yang lebih baik sebaliknya golongan pangkah ini tak memangkah pula artis kahwin mengalahkan bilionaire, rancangan realiti berbagai jenis yang realitinya terlalu hampeh. dan tak pula menentang sistem beraja di negara ini yang terdiri dari 9 sultan dan 10 raja, sedangkan di UK raja hanya 1 dan di belah rantau arab sana sultan dan raja hanya 1 berbanding kita di malaysia yang begitu banyak raja dan sultannya walaupun negeri hanya lah sekangkang katak.

harap2 golongan yang terlalu mengagungkan zaman dahulu bangunlah dari mimpi kerana dulu dan sekarang sama saje.cuma kecanggihan teknologi yang membataskan kita untuk mengetahui dunia di sekeliling kita,kalau masa tu dah ada internet rasanya lebih banyak ungkapan maki hamun yang kita dengar dari generasi zaman itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.