Monday, January 30, 2012

bangga ke fasih berbahasa inggeris ??

 aku tak nafikan yang bahasa bangsa anglo-saxon ni perlu dikuasai pasal bahasa ni lingua franca dan antara bahasa antarabangsa.tapi yang menjadi jelik nya kenapa sesama melayu jugak harus bertutur bahasa ni ?? ke melayu pada keturunan tapi dilahirkan di sydney,brisbane,canterburry,sheffield,yorkshire,dublin,belfast,aberdeen,dundee atau glasgow??

aku pasti tak ramai yang lahir di tempat-tempat tu tapi kenapa dari kecik - remaja -dewasa masih bangga depan kawan-kawan bila bertutur bahasa inggeris dengan mak bapak.pada aku yang berpandangan agak global, ni pun tak sibuk nak berbahasa inggeris sebaliknya masih bangga dapat bertutur dalam longhat melayu sarawak dengan mak-bapak aku walaupun ada istilah-istilah lama yang orang dulu-dulu sebut aku masih tak faham lebih2 bila balek kampung.sekurang-kurang nya aku tak lupa asal usul aku, bahasa kan menunjukkan bangsa.

setakat faham bahasa inggeris kita hanyalah keluar dari kepompong masyarakat melayu,cuba tengok di luar negara bahasa inggeris adalah 'basic' saja pada mereka yang telah mahir menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa german,perancis,arab,sepanyol,portugis,russia,itali dan dialek2 scandinavia.ben bradshaw jugak pernah berkata : saya pelik la orang sini,sesama sendiri pun sibuk nak cakap bahasa inggeris.

pedih sungguh ayat mamat amerika ni.malaysia menggunakan bahasa inggeris UK iaitu ada perbezaan dalam sebutan perkataan dari inggeris amerika, seperti can't disebut KAN dalam inggeris UK dan disebut KEN dalam inggeris US. tapi masih ada orang kita yang bajet power english masih celaru apa beza sebutan UK english dan US english.


berbalik kepada ben bradshaw tadi,aku pernah bertemu dengan seorang guest budak kecik yang berumur dalam 12 tahun macam tu di hotel vistana tempat aku praktikal,muka dah sah sah orang melayu cuma tak yang kurang senang nya aku masa dia bercakap melalui telefon di front desk dengan mak-bapak dia pasal masa tu dia tertinggal kad bilik jadi dia tak boleh naik atas,dia bercakap dengan mak dia guna bahasa inggeris,bukan aku dengki tapi masalahnya bahasa melayu dia dah cukup betul dan fasih ke untuk bercakap bahasa inggeris??
muka pun 100% melayu dengan kulit sawo matang dan aku rasa aku jauh lebih cerah dari dia.aku pasti yang mak-bapak dia melayu urban yang bangga berbahasa inggeris sesama keluarga tetapi dalam ke urban-an itu dia lupa asal usulnya ,MELAYU MUDAH LUPA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.