Sunday, January 29, 2012

apa impian anda ??

aku percaya setiap orang ada impian,dari seorang gelandangan hinggalah ke seorang trillioanire, KAMAL ASHNAWI siapa mamat ni?? haritu dia mendakwa diri dia dari keturunan maharaja china,kerabat diraja indon , ada simpanan ber-trilion2 dalam akaun,dan beberapa tahun lagi akan ditabalkan menjadi raja indonesia.


itulah impian , ada yang munasabah dan ada yang tak munasabah.bercakap tentang impian ianya sentiasa berubah2 dari zaman kanak2 hinggalah ke zaman dewasa.aku masa kanak2 dulu hanya lah bercita-cita nak jadi anggota GUTS iaitu pasukan penyelamat yang ada dalam siri ultraman,ada jugak pakcik-makcik yang tak tau GUTS tu apa dan fikir aku maksudkan guard pengawal keselamatan tu.

membawa ke zaman remaja berangan2 nak jadi ahli sejarah realitinya jadi blogger. sempena menganjak ke dekad yang terbaru iaitu 2011 ++ aku perlu melupakan segala impian aku di dekad 2000-2010 iaitu nak tengok liverpool menang epl,nak tengok england menang world cup,nak jadi pemain bola profesional dan banyak lagi.
untuk masa depan yang lebih selesa aku nak ada material-properties ni yang membuat aku berasa puas hati dengan pencapaian hidup aku.

aku nak ada hotel sendiri,bukannya grand hotel cukup la sekadar standard hotel.

RV ( recreational vehicle ) memudahkan aku bila mengembara tak perlu fikir nak carik motel,hotel dan sebagainya.
kedai jual newspaper,majalah,top up yang tak perlu modal besar
 outlet kedai baju,pasal aku ada minat jual merchandise band2 rock local, dan indie clothing

sebuah kafe yang santai dan boleh berkenalan dengan ramai orang

sebuah akademi bolasepak

nak sediakan satu ruang atau pentas untuk kelompok grunge,skinhead,punk,hardcore,metal,brit pop main muzik @ buat gig.

nak jadi blogger full time

jadi penulis majalah bolasepak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.