Sunday, February 12, 2012

PA = public area @ vistana

minggu ni aku memulakan tugasan baru aku di public area iaitu kena jaga lobi hotel dan kemudian ke tingkat 1-3 hotel vistana KL.2 hari pertama dengan pakcik rahman,aku awal2 lagi kena berjaga-jaga dengan pakcik ni pasal dia cerewet dan teliti sungguh buat kerja tu yang buat aku cuak.tapi 2 hari kerja dengan pakcik ni ok la tak la seteruk yang aku sangka.
hari ketiga plak aku disuruh jaga tingkat 1-3, tingkat 1 ada meeting manager hotel jadi kena pastikan tandas kat situ sentiasa bersih.gila ape! aku dah la budak praktikal tak pasal-pasal kena buat kerja permanent staff.nasib baik makcik nora ada, dia tunjuk itu ini lega la sikit.dalam satu hari macam2 benda aku kena buat.haritu shot staff pasal ada yang cuti panjang dahtu ada plak yang pegi sambut thaipusam.di tingkat 3 plak ada lagi meeting room,surau,dan swimming pool.tapi yang selalu kena check macam biasa la tandas tingkat 1&3.
kenapa 1-3 tingkat 2 tak buat ?? ini aku nak cerita tingkat 2 tu dikira backhouse iaitu kerja pembersihan dibuat oleh makcik nora. tingkat 2 vistana ni ada YTL- international college hotel management, ofis housekeeping dan bilik laundry jadi budak2 ICHM ni akan masuk ke kolej ikut pintu belakang iaitu staff entrance.jadi pasal tu lif depan iaitu lift guets takde berhenti kat tingkat 2, tak payah berhenti pun pasal kat button dalam lif tu takde button ke tingkat 2.
 selain jaga tandas,aku jugak kena pastikan plastik sampah sentiasa dikosongkan,tisu tandas dilipat,singki di lap selalu kering,lilin ditukar,kalau banjir dalam tandas mop lantai tandas tu.kalau puntung rokok dan belambak atas ashtray cepat buang,dan paling mencabar baca klorin air swimming pool lepas tu masukkan 5 titis cecair merah dan kuning dalam test kit,lepas tu masukkan klorin.pening jugak nak buat benda ni.
 
tapi bila dah seminggu buat public area ni aku rase rindu plak nak buat room service.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.