dalam akaun ada 93 ringgit,takde apa yang mampu aku belikan.aku akui masa-masa mustahak ni la mencemburui hubungan kami.pagi esok genap la 21 tahun en yahya mendapat anak perempuan ke 5 beliau yang akan menjadi tanggungjawab aku satu hari nanti. memang aku tak sweet macam mamat selebriti twitter dan fb yang tuju-tuju ayat cinta pada makwe diorang dengan mempublish photo-photo ayat cinta yang dishare dari mana entah,ditambah lagi update status dengan lagu-lagu band-band jiwang era eddie hamid yang tak tahu apa itu muzik dan mamat-mamat jambu yang selalu mengupdate status 'baby i loveeee uuuu' ' shayunk hug me muah' yang cukup membuat aku rasa tak perlu ber friend dengan individu sebegini.
aku bukan takde perasaan jiwang cuma aku lebih suka meluahkan dengan cara bersastera melalui lagu
m nasir - suatu masa adalah lagu yang puitis aku tujukan pada miss d sebab lagu itu menggambarkan apa yang aku rasa 6 bulan kami terpisah
click 5 - empty, aku tak pernah berpisah dengan miss d untuk tempoh yang lama dan sejak 1 disember 2011 aku mula merasa apa itu erti kesunyian dan kehilangan.
apa pun selamat hari jadi sayang :) tahun 2010 kita tak sambut dengan makan di A&W, tahun 2011 kita sambut dengan masing-masing terpisah, dan tahun 2012 kita bakal sambut tapi secara postpone.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.