5 tahun dulu,di hujung bulan disember aku melayari youtube dan aku ternampak adik aku tengah menunggu buffering untuk lagu ni.disebabkan kuno nya aku terhadap youtube masa tu aku pun tak nak dengar lagu ni lepas baca komen-komen di youtube yang kata lagu ni pasal gay la,pasal adik rindukan abang la,pasal abang masuk pusat serenti jadi lagu di tulis atas sebab si adik terlalu merindui abang dia la.
sebelum lagu jenis ini dicipta lagu melayu yang banyak dimainkan di radio masa tu tak habes-habes cinta sana cinta sini,aku gila geli.aku pun berfikir lagu ni rare pasal bukannya kisah cinta tapi lirik ini lebih kepada hubungan adik beradik yang terpisah.dan walaupun muzik ni masa tu pada aku terlalu ke indon-nan sehingga kedengaran macam band padi tapi bila dah lama dengar kita boleh bezakan mana hujan mana padi.
dan lagu ini juga kick start kepada hujan untuk menerobos arena mainstream dan lagu ini juga menjadi magnet kepada aku untuk mengenali apa itu indie,indie bukan genre muzik seperti yang didakwa oleh media hiburan tetapi indie itu sebenarnya lebih kepada gerakan atau cara pembawaan sesebuah group itu memasarkan muzik mereka dengan cara menulis lagu sendiri,merekod album sendiri,mempromosi kan album sendiri dan memasarkan album,ep dan lp mereka secara sendiri. pada aku perkataan 'sendiri' ini lebih baik digunakan berbanding terma indie yang banyak mencetus salah faham antara media dan pemuzik
indie invasion mula tercetus di saat oag mula mengganas dengan lagu 60 tv nya pada tahun 1995 dan 13 tahun kemudian pada 2008 baru gelombang indie kedua muncul.andai kata gelombang indie ketiga memerlukan masa 13 tahun lagi sejak 2008 maka gelombang indie ke3 dijangka tercetus di usia aku 29 tahun.dan pada masa itu I well keep on rocking beb !!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.