kenangan yang paling aku tak dapat lupa dan sentiasa dalam ingatan ialah zaman aku form 3 tahun 2007.hari ni bila aku sedar,masa tu aku belum terbuka kepada teknologi dan boleh kata zaman itu zaman jahil aku kepada teknologi.yang aku tau 5 tahun dulu aku beli wisel,majalah g3 untuk mengisi masa lapang aku dan aku jugak membaca mastika pasal masa tu aku tak mengerti apa itu myspace,blogspot,friendster. disebabkan teknologi yang terhad itu aku banyak menghabiskan masa aku mengulangkaji pelajaran lebih-lebih lagi subjek sejarah yang perlu banyak membaca.
masih segar dalam ingatan bila abes saja paper sejarah aku akan menyemak sendiri kertas soalan yang dibawa balek dan merujuk dengan buku teks,dari situ aku tak perlu berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan mata pelajaran sejarah aku.sama ada A atau B itu saje.
tiba masa yang dinanti result PMR pun diumumkan masih aku ingat 26 disember 2007 lepas semayang maghrib berjemaah bapak aku buat perjanjian berat sebelah.dia kata 1A dia bagi 20 ringgit pada seorang remaja yang inginkan sebuah handfon pastinya aku nak handfon tak kira la dia offer satu A tu tiket lrt or wad so ever.
dan esoknya 27 disember 2007 - cantik tarikh tu result pmr pun keluar,mujurla masa tu aku tak pakai fon lagi jadi takde la mesej-mesej yang sibuk bertanya ' kau dapat berapa A ??' dan masa tu aku belum memiliki sebarang akaun laman sosial jadi lagi tenang la aku menyorokkan keputusan PMR aku.datang ke sekolah dengan skemanya berbaju kemeja putih,seluar hijau dan ber neck tie aku pun pergi ambil result PMR dan satu perkara yang paling aku suka ialah MATHEMATIC aku tak fail !!! itu je benda yang paling aku nantikan selepas final paper PMR tu.
suka cita diumumkan PMR 2007 ialah Keputusan PMR terbaik dalam sejarah smk Taman Setiawangsa, bangga aku beb padahal bila difikirkan hari ni PMR tu ibarat AFF pada pandangan pemerhati bolasepak macam aku. pmr atau aff itu tidak membawa aku kemana-mana dan juara aff tu tak membawa sebarang makna pada malaysia.
keputusan PMR aku hanyalah : 3A 3B 1C 1D -
A- Sejarah,geografi,agama islam
B- Sains,bahasa melayu,kemahiran hidup
C-bahasa inggeris
D- Mathematik
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.