Saturday, December 22, 2012

Mana Kiamat ??

Hari ini 22 disember 2012 - hari ni hari jadi obefiend effi nazrel bin saharudin

itu bukan topik utama,aku heran kenapa orang islam yang berbaca yassin,yang katanya percaya pada rukun iman tapi seakan lupa apa yang mereka percaya pada prinsip rukun itu sebab ramai yang seakan fobia dengan ramalan kaum mayan tentang kiamat.harus diingat kaum mayan itu kalendar mereka tamat pada 21 disember 2012,dulu pernah terjadi kes lebih kurang macam ramalan kaum mayan ni tapi tiada bencana alam la cuma bencana masa, awal 2000 an dulu heboh isu Y2K iaitu sejenis virus yang menyerang sistem komputer dan dicanangkan kalendar masihi akan terganggu iaitu sebaik saja pukul 11.59 malam 31 disember tahun 1999 masa akan berubah dan kalendar elektronik yang ada pada sistem komputer akan terganggu dan kita akan memulakan 'alaf baru' di tahun 1900 !!! bukannya seperti yang dijangka 1 januari 2000, tetapi ramalan hanya ramalan kalendar masa bergerak seperti biasa menuju ke  1 januari tahun 2000 dan isu y2k lenyap sama sekali.di alaf baru,media massa mula melancarkan iklan di tv bertemakan alaf baru ini seperti memadamkan isu Y2K yang digembar-gemburkan oleh media terdahulu.

berbalik pada kiamat,pada 21 disember 2012 aku dan miss d masih lagi dating seperti biasa dan seakan tiada apa yang menganggu hari kami,tiada bencana alam yang berlaku sepanjang perjalanan kami dari sabak bernam ke kuala lumpur ternyata kiamat 21 disember 2012 itu hanya lah sekadar di pinggiran,dan yang paling rare di sepanjang jalan ke kuala lumpur aku terjumpa 2 lokasi berasingan mengadakan kenduri tak pasti sama ada kenduri kahwin hari jumaat pasal takut esok nyawa dah takde agaknya dan mungkin kenduri doa selamat pasal kiamat tak terjadi.tapi yang pasti hari jumaat di negeri selangor bukan cuti umum seperti di kedah,kelantan dan terengganu jadi kepada para perumah tangga yang hendak jadi raja sehari semalam sila terima hakikat anda sebenarnya telah terkena prank yang maha hebat dari kaum mayan,bodohnya anda percaya pada kaum mayan yang pagan,tiada percaya pada rukun iman dan rukun islam,dan paling penting lagi kaum mayan tidak mengenali pun individu-individu seperti harold camping yang cuba menipu kita semua dengan ramalan kiamatnya, pada aku ramalan kiamat ini ibarat percaya pada horoskop dan zodiak yang serba serbi menipu.

kalau si peramal kiamat itu boleh meramal kiamat kenapa dia tak mampu meramal tahun bila liverpool akan menang epl ?? tahun bila malaysia akan layak ke piala dunia ? tahun bila team england akan menang euro ?? peramal ni hanya manusia biasa.setiap orang dari kita boleh jadi peramal, 14 tahun dahulu aku main telefon dari blok kayu tanpa memacakkan paku pada nya untuk menyerupai telefon ber arial pada masa itu dan pada hari ini kita dapat saksikan iphone,htc,samsung galaxy,blackberry,nokia, sony ericcson dihasilkan tanpa antena.adakah aku pada hari ini diiktiraf sebagai remaja yang mampu meramal masa depan ???bukan kah itu ramalan dan idea aku pada 1998 ?? tentu tidak sekali pasal aku tak mampu membuat mind control dan memukau audiens untuk taksub pada setiap ramalan aku.

yang paling penting sekali aku juga meramal malaysia tidak mampu menjuarai piala aff buat kali kedua,filipina dan singapura layak ke semi final aff, dan khairul amri berjaya menjaringkan gol di final aff buat kali ketiga ini terbukti aku juga mampu meramal dengan baik.tapi adakah aku berjaya mendapat perhatian media seperti paul the octopus ?? sudah tentu tidak.seperti aku cakap kan ramalan tentang kiamat hanyalah propaganda sesetengah douchebag yang inginkan nama dan publisiti segera.percaya lah kiamat akan berlaku tapi jangan diduga bila ia berlaku...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.