Saturday, August 10, 2013

Rindu Itu Dan Ini

Bukan aku homesick, tapi bila dah lama berjauhan tu rasa rindu tu datang tak diundang la. Dah lama rasanya tak tidor bersendirian ni, mana taknya bila bangun tidor kat sini je kena himpit, paling tak best main dengan perangai orang yang tak reti kemas bilik dan pakaian. Aku ni nampak je selekeh dari luar, cuba datang bilik aku tengok dan compare dengan bilik lain anak hussein kat rumah nun. Jujur aku cakap, aku lebih suka tidor dikelilingi majalah dan buku macam bilik aku kat KL nun dari dikelilingi baju dan seluar hapak. Aku ni tak cerewet tapi aku utamakan kekemasan dan kebersihan, bukan aku cerewet dalam hal ehwal makanan, minuman dan brand baju.

ITU .......


INI .......


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, August 7, 2013

Limau Manis

Penjajahan umat melayu ni bukan setakat dari segi minda dan gaya hidup tapi juga dari segi makanan. Aku hairan bila bandar KL yang dikata pusat pertemuan segala budaya di Bolehland tak dijual buah berkulit hijau,rasanya masam manis,isinya berwarna oren dan lembut.bertahun jugak aku carik limau manis ni, bila singgah di pasar chow kit tu haram nak jumpa limau ni. Aku ingat limau manis ni pasal sejak kecik aku suka buah ni dan kalau nak makan tak perlu hiris macam buah oren.

Limau manis ni bila digoogle ada ladangnya di semenanjung tapi kemana buahnya ?? Disorok penjual buah ? Nak tunggu harga limau manis naik mendadak baru dijual ??
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Pasar Serian

kalau aku bawak isham rais sini,mesti dia dapat ilham nak sambung balik buku TAPAI dia tu.pasal makanan kat tempat yang dia pernah pergi


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

8-5 Tahun

Harus ku tabahkan hati, hadapi next aidilfitri ....


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, July 4, 2013

Kemana Pupusnya Mee Kari ??

Tadi miss D cakap aku dia dalam kereta kakak dia nak pergi carik mee kari.sambil tu aku terfikir kemana perginya mee ni ?? Fikiran aku terbayang jugak mee jawa,kembar kepada mee kari.orang jawa ni berterabur di kawasan lembah kelang ni tapi kemana hilangnya mee jawa ni ??

Aku suka mee kari ni sebab pedas dan dalam kuah kari tu ada isi ayam, mee kari ni sentiasa cool pada aku sebab aku tak gemar makan mee sup.rasanya kali terakhir aku makan mee kari ialah 6 tahun dulu,waktu tu di pagi sabtu mak aku akan beli sarapan di pasar tani setiawangsa.sekarang ni bila pergi ke pasar malam makanan yang senang dijumpai ialah ayam goreng tepung yang dicedok resipinya dari ayam goreng tepung kentucky. Ayam goreng tepung ni dijual secara francais dan senang didapati kawasan pasar malam,usahawan tempatan yang tak fikirkan tradisi makanan kita apalagi, sanggup meniaga ayam goreng tepung dari meniaga mee kari.nak untung mudah katanya tapi dia tak fikir pulak kalau ayam goreng tepung ni baik aku pergi KFC je.memang la kat pasar malam tu murah dan support peniaga melayu islam tapi peniaga melayu islam yang meniaga ayam goreng tepung ni tak fikir ke nak kekalkan tradisi makanan tempatan ?? Diorang la yang bunuh tradisi makanan melayu berapa kerat je peniaga melayu yang meniaga masakan tradisional sekarang?? Sebab tu aku hairan kenapa mee kari susah nak didapati sekarang.


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, June 27, 2013

Puasa 6 Tahun Lalu

Masa tu aku form 3, malam sebelumnya aku ingat ada pengumuman puasa sebab ada ura-ura puasa semakin dekat.jadi malam tu aku tidur la awal sebab nak bersahur esoknya.pagi esoknya sebelum subuh terkejut aku kenapa aku sorang je yang bangun kenapa orang rumah aku belum bangun lagi ? Tak nak bersahur ke diorang ni ?

Sebab lauk yang tinggal hanya ikan siakap kukus yang tinggal isi dikepala nya saja,aku pun bersahur dengan lauk tu.sebelum bersahur tu aku check jugak mana-mana sumber yang mengesahkan hari ini hari pertama ramadhan.tapi takde,daripada was was baik aku teruskan jugak.sampai di sekolah aku pun tanya member aku dia puasa tak hari ni? Zulafiq anwar azmi pun menjawab puasa ke hari ni ? Lepas tu aku tanya mohsin aka nama sebenarnya faris, rupa-rupanya esok baru puasa.cis !!! Tak kelakar !



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network