Masjid di jalan padang tembak,kuala lumpur ni hampir 2 tahun dibuka.dulunya masjid ini kecil dan direnovation menjadi 2 kali ganda besar saiz asalnya.masjid ini semacam menjadi tempat aku menenangkan diri di petang jumaat tatkala ketika itu aku masih lagi di zaman persekolahan dari tingkatan 3-5.masjid ini mula di renovation pada 2007 dan siap sepenuhnya pada 2011.kali ini aku nak bercerita tentang kenangan aku di bahagian dalam masjid khalid al walid dan setiap ruang dalam gambar di bawah ada kenangan pada aku.dari 2007-2010
dulunya di sini la tempat orang masuk ke masjid ini,di lantai ini dulu tempat letak selipar dan kasut,di sini juga tempat sembahyang pada hari jumaat jika ruang dalam masjid tidak mencukupi.
dulunya sebelum direnovation di sinilah tempat kolam ikan emas,ikan koi,ikan keli afrika.aku tak tahu entah siapa mengambil ikan itu,di sebelah kiri tempat mengambil wudhuk yang sudah dirobohkan begitu juga kolam ikan itu
dahulu kolam berwudhuk ditempatkan dalam bilik ini,aku tidak tahu apa fungsi bilik kosong ini
di hujung laluan ini ialah laluan masuk ke ruang solat.di hujung jalan inilah aku beratur selepas berwudhuk menunggu dan melihat adakah ruang kosong untuk aku duduk.dan disini juga aku selalu berdiri bersama juhan shameerul pada 2009,sambil mengaminkan doa dan mendengar khutbah sambil berdiri sekiranya tiada ruang kosong untuk bersila
di sini lah entrance di mana aku dan juhan shameerul selalu berdiri bersam jemaah lain semasa mendengar khutbah
bahagian hujung ini dahulunya tempat aku selalu bersolat jumaat,jika ada ruang kosong aku akan ke bahagian dalam.sambil mendengar khutbah itu aku berkhayal sedar tak sedar sudah 5 tahun aku mengunjungi masjid ini