Tuesday, December 30, 2014

Pisang Goreng Cheese - Trend Orang Melayu Berniaga


Pisang Goreng Cheese, berlambak betul gerai-gerai yang jual pisang goreng keju ni. Sekarang hampir di setiap kawasan di Kuala Lumpur boleh ditemui gerai-gerai menjual PGK ni sampaikan nak carik gerai jual keropok lekor,cendol,rojak pun makin susah sekarang ni. 

Semacam jadi 1 trend pulak, bila satu-satu produk tu dapat sambutan hangat peniaga lain yang pun jual benda yang sama atas dasar nak untung cepat. Aku sendiri pun tak penah makan pisang goreng keju ni sebab aku tengok bahan-bahan membuat dia terlampau manis. Yang buatkan PGK ni sedap bukannya keju, tapi susu pekat manis yang disalut pada pisang goreng, cheese tu hanyalah topping kepada menu ini.


Berbalik kepada topik asal, 7-6 tahun dulu cukup senang nak tengok gerai menjual buah jambu potong dan air jambu di tepi-tepi jalan dan kaki lima. Pergi la kemana-mana pun mesti jumpa gerai pacak jual air jambu dan buah jambu 88 atau pak cu. Tapi sekarang apa cerita jenama-jenama ini ?? sukar untuk ditemui. Begitulah orang Melayu, mahu cepat untung, tak berani ambil risiko...hari ini jambu batu menjadi trend meniaga jambu batu, esok lusa ayam uncle Bob menjadi trend, meniaga pula ayam uncle Bob.


Berdekatan Lrt Setiawangsa, ada seorang pakcik tua meniaga goreng pisang,keropok lekor dan air minuman. Aku mula menggunakan LRT Setiawangsa mulai tahun 2007, Alhamdulillah sehingga kini pakcik itu masih lagi meniaga menu yang sama sejak kali pertama aku lalu disitu. Aku respek pakcik itu yang tidak mengikut trend semasa tapi masih kekal dengan pendiriannya iaitu meniaga benda yang sama sejak dulu hingga kini.

Pada suatu hari, aku menaiki bas rapid KL ke AU3. Semasa memasuki Taman Setiawangsa aku sudah menemui 4 gerai bertemakan keju, 1 Char Koi cheese + 3 Goreng pisang Keju. Hairan bin ajaib, sudah la meniaga benda yang hampir sama, jarak kedai  mereka pula sungguh dekat kurang dari 100 meter antara 1 sama lain. Apa mereka fikir Setiawangsa itu pusat bandar kah ramai orang lalu lalang ?? Tidak terjejas kah perniagaan masing-masing apabila menjual benda yang sama ?? Paling kelakar sekali ada seorang mak cik ini meniaga GPK di belakang sekolah SK Setiawangsa... Apa makcik ini fikir disitu ramai orang ?? Aku menghabiskan masa bersekolah di Setiawangsa selama 4 tahun aku tahulah bila masa laluan belakang itu ramai dan sedikit.

Jalan belakang sekolah itu selalu nya lenggang dan kadang-kadang tidak ada orang lalu disitu. Mungkin makcik ini berniaga dengan bunian barangkali, kerana waktu orang ramai disitu adalah tengah hari dan 6 petang dimana para ibu-bapa menjemput pulang anak-anak mereka.


Saturday, December 27, 2014

Filem Schuks Tshabalala Guide To South Africa

Filem dua plot ini diselang selikan antara adegan prank Leon Schuster dan Alfred Ntombela, Schuster menyamar sebagai lelaki berkulit hitam, Mereka menyamar sebagai pemandu pelancong dengan memberikan fakta-fakta menipu kepada pelancong yang berkunjung ke Afrika Selatan sempena Piala Dunia FIFA 2010 


Filem ini bukan lah roadmovie seperti filem Will, tetapi ia mirip filem-filem Jackass di mana Schuster melakukan penyamaran di suatu tempat dan menyamar untuk mem prank orang ramai secara sengaja dan tidak sengaja. Dan satu babak itu hanya berlaku beberapa minit saja.


Mereka bercerita kepada pelancong konon Afrika Selatan ialah negara bolasepak seperti negara-negara Eropah dan Amerika Selatan tetapi sebenarnya di Afrika Selatan sukan yang paling utama adalah ragbi dan kriket.

Setiap babak pastinya mencuit hati apabila kamera tersembunyi merakamkan adegan-adegan lucu mangsa prank oleh Schuster. Dan pasti terhibur apabila Schuster dan Shorty menyampaikan maklumat yang tidak tepat kepada pelancong mengenai Afrika Selatan, dan para pelancong pula percaya sepenuhnya apa yang disampaikan oleh mereka berdua. Hakikatnya itu hanyalah rekaan semata-mata.


Thursday, December 18, 2014

Airportrophobia

364 hari tak balik kampung ni. Dahla kena balik dengan adik kecik, 1st time ni sebelum ni biasa balik dengan famili je, tambah pulak kena naik MAS, yang aku airportrophobia bukan sebab kena naik MAS tapi sebab aku tak biasa dengan KLIA. Sepanjang 20++ hidup ni aku check in flight pun tak penah, yang aku ingat bagi IC kat makpak lepas tu angkat beg letak atas penimbang dan amik semula IC berserta tiket flight.
KLIA tu besar, aku ni plak naik flight pun setahun 2 kali je. Mana la aku nak ingat laluan dalam airport tu lepas check in. Pusing sana, Pusing sini, kadang-kadang pergi airport ni rasa lagi rumit dari pergi shopping mall. Lagi satu, sementara menunggu departure call tu berdebar-debar je rasa takut tersalah tempat menunggu.

KLIA 2 ? Langsung aku tak penah jejak tahun ni. Rupa dalam KLIA 2 tu pun aku tak tau.

Monday, December 15, 2014

Filem Yankee Zulu



Zulu dan Rhino. 2 orang budak berbeza kaum tetapi boleh berkawan baik di era Apartheid. Mereka sering menghabiskan masa lapang bersama-sama dan seakan-akan masalah perkauman itu tidak wujud sesama mereka. Zulu digelar ' Juara Dunia Melontar Lumpur ' kerana selain dia, Rhino tidak pernah menemui sesiapa pun yang ada kelebihan sebegitu.


Kedatangan Rowena, budak perempuan dari Amerika Syarikat yang jugak kekasih Rhino sedikit sebanyak menjejaskan persahabatan mereka. Sehinggalah satu hari, ketika mereka bermain di padang Rowena telah meletakkan tin di atas kepala Zulu dan memaksa Rhino menembak ke arah tin itu. Temabakan Rhino itu tepat dan tidak membunuh Zulu tetapi dia merasa bersalah dan sejak itu persahabatan mereka terputus.

25 tahun berlalu, Rhino kini bapa tunggal dengan membesarkan seorang anak perempuan berkulit hitam, Zulu pula berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi dihantar pulang kerana sering terlibat dengan jenayah. Kepulangan Zulu dihidu oleh TIRD - Threaten Immigrant Right Wing Defense, sebuah organisasi mirip Nazi. Zulu berjaya merampas kereta dan tiket loteri milik Kolonel Diehard, Jeneral TIRD dan dia perlu ke Cape Town untuk menebus hadiah dari tiket loteri itu.

Semasa dia bersembunyi di hutan dia terjumpa semula dengan Rhino, kawan lamanya dan disitu bermula lah perdebatan diantara mereka berkenaan kaum dimana Rhino merasakan negara lain tidak begitu mendiskriminasikan golongan kulit hitam tetapi di negara nya mereka begitu kejam. Rhino yang berdepan masalah kewangan akibat Rowena yang sering menuntut wang darinya setelah mereka berpisah, terpaksa akur dengan helah Zulu kerana dia amat memerlukan wang.

Semasa menebus hadiah cabutan bertuah, Rhino tampil ke hadapan kerana jika Zulu berbuat demikian itu akan mendedahkan dirinya kepada bahaya. Untuk mengelakkan diri dari ditangkap, mereka telah menyuruh jurusolek melakukan penataan khas kepada mereka. Zulu yang hitam bertukar menjadi lelaki berkulit putih, Rhino yang berkulit putih bertukar menjadi lelaki berkulit hitam.

Rowena secara tidak sengaja terserempak dengan mereka dan mempelawa mereka ke parti nya setelah Zulu mendakwa dia adalah Neo Nazi. Rowena kini berpasangan dengan kolonel Diehard dan di majlis rahsia TIRD  itu mereka ditangkap setelah penyamaran mereka terdedah. Anak Rhino, Tienkie meminta bantuan putera William untuk memerangkap Rowena dan Kolonel Diehard, mereka berjaya tetapi akhirnya ditangkap oleh Kolonel Diehard. Rhino dan Zulu berjaya mengelak dari dimakan buaya setelah menipu Elsie, gajah betina yang duduk di atas platform yang bakal menjatuhkan mereka jika dia bangun dari platform itu.


2 rakan baik itu berjaya menyelamatkan Tienkie dan William, sebelum itu Rhino menerangkan kepada Zulu bahawa Tienkie itu adalah anak Thandi, dia dijaga oleh Rhino sejak Thandi meninggal dunia dan bapa kandung Thandi adalah Zulu. Thandi gembira apabila diberitahu bahawa Zulu itu adalah bapa kandungnya kerana sudah lama dia menantikan saat itu.

 

* Filem ini secara halus menyindir dasar Apartheid pada ketika itu, TIRD  itu sebenarnya merujuk kepada AWB ( Afrikaner Weerstandsbeweging ) sebuah organisasi pro-afrikaner di Afrika Selatan pimpinan Eugene Terreblanche pada waktu itu.


Dengan memparodikan logo TIRD yang berteraskan kepak ayam itu sebenarnya diambil dari logo AWB sudah cukup membuktikan kepada kita bahawa badan berteraskan kaum ini sesuatu yang bodoh dan menghalang penyatuan bangsa sesebuah negara.


TIRD itu juga merujuk kepada tahi keras !!! sungguh pandai penerbit filem ini mengkritik keadaan sosial pada waktu itu dalam filem komedi.

Sunday, December 14, 2014

Filem Invictus



Sebaik sahaja Apartheid di Afrika Selatan berakhir, segala-galanya seakan tidak menentu di kalangan komuniti antara kaum di negara itu. Atas sebab ini Nelson Mandela lakonan Morgan Freeman cuba menyatukan 2 kaum utama di negara itu iaitu afrikaner berkulit putih dan zulu yang berkulit hitam.

Semasa menghadiri perlawanan ragbi antara Afrika Selatan bertemu England terdapat perbezaan yang jelas ketara di kalangan penyokong yang berada di stadium. Separuh dari mereka membawa bendera Afrika yang baru dan separuh lagi bendera Afrika Selatan yang lama. Paling mengejutkan ialah apabila rakyat Afrika Selatan berkulit hitam bersorak untuk pasukan pelawat, England dan tidak menyokong pasukan negara mereka sendiri. Punca utama mengapa mereka berbuat begitu adalah kerana pasukan ragbi Afrika Selatan diwakili oleh Afrikaner, mereka yang berkulit putih dan ini seaakan tidak harmoni kepada mereka penyokong yang berkulit hitam.

Realitinya, di Afrika Selatan sukan ragbi dimainkan oleh golongan berkulit putih dan sukan bolasepak dimainkan oleh mereka yang berkulit hitam. Untuk menyatukan rakyat negara itu, Mandela memanggil kapten pasukan, Francoir Pienaar ( Matt Damon ) untuk bersama-sama meraih sokongan daripada semua kaum di Afrika Selatan. Mandela pada permulaanya cuba menyatukan bodyguard nya yang terdiri daripada 2 kaum berbeza iaitu kulit putih dan kulit hitam, akibat penderitaan yang dialami di zaman Apartheid terdapat kesangsian di kalangan pengawal peribadi Mandela yang berkulit hitam dengan pengawal peribadinya yang berkulit putih.


Mandela juga cuba bertindak dengan melindungi tradisi pasukan ragbi negara itu dengan menghalang penukaran logo dari Springbok kepada Proteas ( sejenis bunga padang pasir ) Pengawal peribadi Mandela yang berkulit hitam tidak tahu menahu mengenai sukan ragbi dan dari sinilah tercetus nya penyatuan dianatara mereka apabila pengawal yang berkulit putih menerangkan serba sedikit undang-undang ragbi kepada pengawal berkulit hitam.


Mandela dalam masa yang sama pula tidak mahu terlepas sebarang perlawanan ragbi melibatkan Afrika Selatan sebab itu apabila ada mesyuarat, dia minta berehat sebentar untuk menyaksikan perlawanan ragbi. Misi utama Mandela ialah mahu rakyatnya bersatu sebelum piala dunia ragbi bermula tidak lama lagi yang bakal berlangsung di negara itu.

Road tour dimulakan dengan pasukan ragbi Afrika Selatan bertemu dengan komuniti kulit hitam dan mengajar mereka cara-cara bermain ragbi dan dengan adanya Chester, satu-satunya pemain ragbi berkulit hitam dalam pasukan itu semakin mudah untuk mereka mendekati komuniti zulu. Lagu kebangsaan baru juga mula diperkenalkan dan ini mendatangkan masalah kepada rakan-rakan Francois, semakin hampir ke hari pertandingan semakin getir keadaan itu sama ada mereka mampu memenangi piala dunia ragbi buat kali pertama atau sekadar memerhati pasukan lawan menjulang piala itu di halaman mereka sendiri.


Pasukan Afrika Selatan bermula dengan baik dan seperti yang dijangka mereka mudah ke final dan menjulang piala dunia ragbi buat kali pertama dalam sejarah dan lebih manis lagi bila semua suku kaum negara itu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan mereka.

Saturday, December 13, 2014

Filem Lords Of Dogtown



Jay, Tony dan Stacy adalah 3 sahabat yang sama-sama menggemari sukan papan luncur dan skateboard. Mereka juga watak utama dalam cerita yang berlatar belakangkan zaman 70 an ini. Dogtown, nama tidak rasmi Venice, California tempat di mana sejarah awal revolusi skateboard bermula. 

Mereka asalnya hanyalah sekumpulan anak-anak muda yang cuba lari dari masalah keluarga masing-masing dan menghabiskan masa bersama-sama di Zephyr Skateboard milik Skip Engblom, yang diibaratkan abang/mentor kepada remaja ini. Skip memiliki kedai menjual peralatan meluncur air dan disitu jugalah dimana remaja ini sering melepak dan ada yang membuat kerja-kerja sambilan.


Tempat kebiasaan mereka meluncur adalah di tepi pantai dimana terdapat cerucuk bekas tapak taman tema di situ yang satu masa dahulu adalah tarikan utama pelancong ke kawasan Dogtown itu. Skip bersama rakan-rakannya sering meluncur di situ dengan Jay,Tony dan Stacy akan mengawasi kawasan pantai dan parking kereta di kawasan itu bagi memastikan kawasan itu hanya boleh digunakan penduduk dari kawasan itu saja.

Revolusi skateboard bermula apabila roda skateboard jenis baru diperbuat daripada Urethane yang mampu memberikan cengkaman, tidak seperti roda skateboard konvensional pada masa itu. Dari penciptaan roda urethane itu lah remaja-remaja ini mula menghasilkan skill-skill terbaru dan dari situlah bermula nya penubuhan Zephyr Boys atau Z boys yang mula menyertai pelbagai pertandingan skateboard di peringkat tempatan dan menjadi batu loncatan kepada Tony,Jay dan Stacy mencipta nama dalam sukan ini.

Mereka dikenali kerana teknik meluncur mereka mirip teknik meluncur ombak dan ini menjadi kelebihan kepada mereka kerana mereka banyak menghabiskan masa meluncur ombak. Ini adalah revolusi kepada dunia skateboard dan demam skateboard mula melanda Amerika akibat revolusi yang dicetuskan oleh Z boys ini.


Musim panas melampau melanda California, hampir kesemua kolam renang di kawasan itu tidak dipenuhi air dan para remaja ini mula mengambil kesempatan itu menambah skill mereka dengan meluncur di kawasan kolam renang yang mempunyai permukaan dinding yang melengkung dimana mereka boleh menghasilkan teknik-teknik meluncur yang baru. Dan ini lah pencetus kepada kewujudan ramp skateboard pada hari ini.


Setelah nama Z boys mula meningkat naik, para penaja mula mendekati 3 remaja ini dan menawarkan mereka kontrak lumayan. Ini mendatangkan rasa marah kepada Skip yang cuba membuat keuntungan dari anak-anak muda ini kerana perniagaannya yang berdepan masalah hutang, Tony mula meninggalkan kumpulan itu, diikuti Jay dan akhir sekali Stacy. Tidak diceritakan dengan lebih terperinci bila ahli-ahli Z boys yang lain mula meninggalkan kumpulan itu.


Masa depan Tony dan Stacy lebih cerah berbanding Jay kerana mereka memiliki kontrak yang besar dan sering mendapat perhatian media serta kerap menjadi pencabar utama dalam pertandingan skateboard diseluruh Amerika. Tony menjadi juara dunia dan Stacy mengembara dunia, Jay pula tidaklah semewah 2 rakannya itu kerana dia sering menolak pelawaan jenama-jenama terkemuka untuk iklan kerana berpegang pada prinsipnya. Jay akhirnya menjadi indiependent setelah penaja nya enggan menghasilkan skateboard dari material yang bermutu tinggi seperti yang dimintanya, ini mengakibatkan dia gagal beraksi dengan baik dan meninggalkan arena skateboard dan menyertai kumpulan gangster.

Skip pula menjual kedainya dan bekerja sebagai tukang membuat papan luncur, Trio ini kembali bersatu untuk memberi penghormatan kepada Sid, rakan mereka yang baru saja menjalani pembedahan akibat kanser. Tidak lama kemudian Sid meninggal dunia dan untuk beberapa bulan kolam renang di rumah Sid itu dikosongkan untuk anak-anak muda meluncur.

* sejujurnya tidak semua yang terkandung di dalam cerita ini adalah tepat 100%. Jeff Ho antara orang penting selain Skip Engblom tidak bersetuju wataknya diwujudkan dalam filem ini. Watak Sid pula hanyalah rekaan semata-mata. Sid yang sebenar hanyalah seorang budak yang ingin menjadi sebahagian daripada Z boys.

Filem Cool Running



Filem bertemakan sukan ini mengisahkan tentang sekumpulan 4 anak muda Jamaica yang menjadi satu-satunya pasukan dari negara beriklim tropika yang bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988 yang berlangsung di Calgary, Canada.

Cerita bermula dengan Derice, seorang pelari pecut 100 meter yang gagal di sesi kelayakan kerana dihalang oleh Junior yang terjatuh dan kemudian mengakibatkan seorang lagi peserta, Yul turut terjatuh dan mereka bertiga gagal menamatkan perlumbaan sekaligus peluang Derice, calon utama untuk mewakili Jamaica ke Sukan Olimpik musim panas gagal.

Derice bertemu dengan pihak Majlis Olimpik untuk bertanding semula tetapi cadangan nya ditolak. Di dalam bilik itu dia terpandang gambar lama mendiang bapanya bersama dengan Irvin, warga Amerika yang juga pemenang pingat emas 2 kali sukan olimpik musim sejuk dalam acara Bobsleigh. Derice yang tertarik dengan gambar itu cuba memujuk Sanka, kawan baiknya yang juga juara acara kereta luncur di Pulau Jamaica itu. Sanka tidak berminat pada awalnya kerana, bobsleigh itu sesuai di negara ber iklim sejuk  bukan tropika seperti Jamaica. Tetapi atas dasar persahabatan, dia cuba membantu Derice.

Mereka berdua pergi menemui Irvin yang kini menetap di Jamaica sebagai bookie sukan. Irvin dulu nya cuba memujuk bapa Derice untuk bertukar sukan dari lumba lari ke bobsleigh tetapi gagal. Di majlis memperkenalkan sukan bobsleigh kepada penduduk Jamaica hanya Junior dan Yul saja yang bersetuju membentuk pasukan bobsleigh Jamaica yang pertama.

Mereka mula berlatih dengan binaan bobsleigh yang mirip kereta luncur dan berlatih di lereng-lereng bukit. Mereka memerlukan 20 000 dolar untuk perjalanan dan belanja di Calgary nanti. Tetapi mereka hanya mampu mengumpul kurang dari 100 dolar. Junior muncul dengan membawa sejumlah wang tunai yang diperolehi hasil jualan kereta nya.

Setibanya di Calgary, mereka kekok dengan cuaca sejuk kerana tidak biasa berdepan suhu -25 darjah celcius. Masalah pertama yang mereka perlu hadapi ialah berdepan dengan negara-negara lain yang sudah lama melibatkan diri dalam sukan bobsleigh ini dan mereka tidak membawa bobsleigh bersama mereka dan Irvin meminta bantuan dari rakan-rakan lamanya untuk meminjamkan mereka bobsleigh untuk digunakan semasa sesi latihan. Bobsleigh yang ada hanyalah sebuah model lama yang usang, pada sesi kelayakan mereka bermula dengan teruk, seterusnya mereka berjaya memperbaharui catatan masa untuk layak ke pertandingan sebenar. Secara perlahan-lahan sejarah silam jurulatih mereka, Irvin mula didedah apabila dia didapati menipu untuk memenangi pingat emas dan pingat emas itu ditarik balik. Mereka juga dinafikan kelayakan apabila disingkirkan kerana tidak bertanding dalam pertandingan antarabangsa sebelum ini. Di saat akhir, pihak persatuan menarik balik keputusan mereka itu dan pasukan Jamaica kembali diserap semula.


Pada hari pertandingan mereka gagal menamatkan pusingan kerana tergelincir akibat masalah teknikal. Tetapi mereka menerima tepukan gemuruh dari penonton atas usaha mereka.

Apa yang dipaparkan dalam filem ini tidaklah 100% tepat seperti apa yang dialami pasukan bobsleigh Jamaica pada Sukan Olimpik musim sejuk 1988. Banyak penambahan dibuat untuk memastikan cerita ini dramatik.