Jay, Tony dan Stacy adalah 3 sahabat yang sama-sama menggemari sukan papan luncur dan skateboard. Mereka juga watak utama dalam cerita yang berlatar belakangkan zaman 70 an ini. Dogtown, nama tidak rasmi Venice, California tempat di mana sejarah awal revolusi skateboard bermula.
Mereka asalnya hanyalah sekumpulan anak-anak muda yang cuba lari dari masalah keluarga masing-masing dan menghabiskan masa bersama-sama di Zephyr Skateboard milik Skip Engblom, yang diibaratkan abang/mentor kepada remaja ini. Skip memiliki kedai menjual peralatan meluncur air dan disitu jugalah dimana remaja ini sering melepak dan ada yang membuat kerja-kerja sambilan.
Tempat kebiasaan mereka meluncur adalah di tepi pantai dimana terdapat cerucuk bekas tapak taman tema di situ yang satu masa dahulu adalah tarikan utama pelancong ke kawasan Dogtown itu. Skip bersama rakan-rakannya sering meluncur di situ dengan Jay,Tony dan Stacy akan mengawasi kawasan pantai dan parking kereta di kawasan itu bagi memastikan kawasan itu hanya boleh digunakan penduduk dari kawasan itu saja.
Revolusi skateboard bermula apabila roda skateboard jenis baru diperbuat daripada Urethane yang mampu memberikan cengkaman, tidak seperti roda skateboard konvensional pada masa itu. Dari penciptaan roda urethane itu lah remaja-remaja ini mula menghasilkan skill-skill terbaru dan dari situlah bermula nya penubuhan Zephyr Boys atau Z boys yang mula menyertai pelbagai pertandingan skateboard di peringkat tempatan dan menjadi batu loncatan kepada Tony,Jay dan Stacy mencipta nama dalam sukan ini.
Mereka dikenali kerana teknik meluncur mereka mirip teknik meluncur ombak dan ini menjadi kelebihan kepada mereka kerana mereka banyak menghabiskan masa meluncur ombak. Ini adalah revolusi kepada dunia skateboard dan demam skateboard mula melanda Amerika akibat revolusi yang dicetuskan oleh Z boys ini.
Setelah nama Z boys mula meningkat naik, para penaja mula mendekati 3 remaja ini dan menawarkan mereka kontrak lumayan. Ini mendatangkan rasa marah kepada Skip yang cuba membuat keuntungan dari anak-anak muda ini kerana perniagaannya yang berdepan masalah hutang, Tony mula meninggalkan kumpulan itu, diikuti Jay dan akhir sekali Stacy. Tidak diceritakan dengan lebih terperinci bila ahli-ahli Z boys yang lain mula meninggalkan kumpulan itu.
Masa depan Tony dan Stacy lebih cerah berbanding Jay kerana mereka memiliki kontrak yang besar dan sering mendapat perhatian media serta kerap menjadi pencabar utama dalam pertandingan skateboard diseluruh Amerika. Tony menjadi juara dunia dan Stacy mengembara dunia, Jay pula tidaklah semewah 2 rakannya itu kerana dia sering menolak pelawaan jenama-jenama terkemuka untuk iklan kerana berpegang pada prinsipnya. Jay akhirnya menjadi indiependent setelah penaja nya enggan menghasilkan skateboard dari material yang bermutu tinggi seperti yang dimintanya, ini mengakibatkan dia gagal beraksi dengan baik dan meninggalkan arena skateboard dan menyertai kumpulan gangster.
Skip pula menjual kedainya dan bekerja sebagai tukang membuat papan luncur, Trio ini kembali bersatu untuk memberi penghormatan kepada Sid, rakan mereka yang baru saja menjalani pembedahan akibat kanser. Tidak lama kemudian Sid meninggal dunia dan untuk beberapa bulan kolam renang di rumah Sid itu dikosongkan untuk anak-anak muda meluncur.
* sejujurnya tidak semua yang terkandung di dalam cerita ini adalah tepat 100%. Jeff Ho antara orang penting selain Skip Engblom tidak bersetuju wataknya diwujudkan dalam filem ini. Watak Sid pula hanyalah rekaan semata-mata. Sid yang sebenar hanyalah seorang budak yang ingin menjadi sebahagian daripada Z boys.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.