Saturday, December 13, 2014

Filem Cool Running



Filem bertemakan sukan ini mengisahkan tentang sekumpulan 4 anak muda Jamaica yang menjadi satu-satunya pasukan dari negara beriklim tropika yang bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk 1988 yang berlangsung di Calgary, Canada.

Cerita bermula dengan Derice, seorang pelari pecut 100 meter yang gagal di sesi kelayakan kerana dihalang oleh Junior yang terjatuh dan kemudian mengakibatkan seorang lagi peserta, Yul turut terjatuh dan mereka bertiga gagal menamatkan perlumbaan sekaligus peluang Derice, calon utama untuk mewakili Jamaica ke Sukan Olimpik musim panas gagal.

Derice bertemu dengan pihak Majlis Olimpik untuk bertanding semula tetapi cadangan nya ditolak. Di dalam bilik itu dia terpandang gambar lama mendiang bapanya bersama dengan Irvin, warga Amerika yang juga pemenang pingat emas 2 kali sukan olimpik musim sejuk dalam acara Bobsleigh. Derice yang tertarik dengan gambar itu cuba memujuk Sanka, kawan baiknya yang juga juara acara kereta luncur di Pulau Jamaica itu. Sanka tidak berminat pada awalnya kerana, bobsleigh itu sesuai di negara ber iklim sejuk  bukan tropika seperti Jamaica. Tetapi atas dasar persahabatan, dia cuba membantu Derice.

Mereka berdua pergi menemui Irvin yang kini menetap di Jamaica sebagai bookie sukan. Irvin dulu nya cuba memujuk bapa Derice untuk bertukar sukan dari lumba lari ke bobsleigh tetapi gagal. Di majlis memperkenalkan sukan bobsleigh kepada penduduk Jamaica hanya Junior dan Yul saja yang bersetuju membentuk pasukan bobsleigh Jamaica yang pertama.

Mereka mula berlatih dengan binaan bobsleigh yang mirip kereta luncur dan berlatih di lereng-lereng bukit. Mereka memerlukan 20 000 dolar untuk perjalanan dan belanja di Calgary nanti. Tetapi mereka hanya mampu mengumpul kurang dari 100 dolar. Junior muncul dengan membawa sejumlah wang tunai yang diperolehi hasil jualan kereta nya.

Setibanya di Calgary, mereka kekok dengan cuaca sejuk kerana tidak biasa berdepan suhu -25 darjah celcius. Masalah pertama yang mereka perlu hadapi ialah berdepan dengan negara-negara lain yang sudah lama melibatkan diri dalam sukan bobsleigh ini dan mereka tidak membawa bobsleigh bersama mereka dan Irvin meminta bantuan dari rakan-rakan lamanya untuk meminjamkan mereka bobsleigh untuk digunakan semasa sesi latihan. Bobsleigh yang ada hanyalah sebuah model lama yang usang, pada sesi kelayakan mereka bermula dengan teruk, seterusnya mereka berjaya memperbaharui catatan masa untuk layak ke pertandingan sebenar. Secara perlahan-lahan sejarah silam jurulatih mereka, Irvin mula didedah apabila dia didapati menipu untuk memenangi pingat emas dan pingat emas itu ditarik balik. Mereka juga dinafikan kelayakan apabila disingkirkan kerana tidak bertanding dalam pertandingan antarabangsa sebelum ini. Di saat akhir, pihak persatuan menarik balik keputusan mereka itu dan pasukan Jamaica kembali diserap semula.


Pada hari pertandingan mereka gagal menamatkan pusingan kerana tergelincir akibat masalah teknikal. Tetapi mereka menerima tepukan gemuruh dari penonton atas usaha mereka.

Apa yang dipaparkan dalam filem ini tidaklah 100% tepat seperti apa yang dialami pasukan bobsleigh Jamaica pada Sukan Olimpik musim sejuk 1988. Banyak penambahan dibuat untuk memastikan cerita ini dramatik.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.