Zulu dan Rhino. 2 orang budak berbeza kaum tetapi boleh berkawan baik di era Apartheid. Mereka sering menghabiskan masa lapang bersama-sama dan seakan-akan masalah perkauman itu tidak wujud sesama mereka. Zulu digelar ' Juara Dunia Melontar Lumpur ' kerana selain dia, Rhino tidak pernah menemui sesiapa pun yang ada kelebihan sebegitu.
Kedatangan Rowena, budak perempuan dari Amerika Syarikat yang jugak kekasih Rhino sedikit sebanyak menjejaskan persahabatan mereka. Sehinggalah satu hari, ketika mereka bermain di padang Rowena telah meletakkan tin di atas kepala Zulu dan memaksa Rhino menembak ke arah tin itu. Temabakan Rhino itu tepat dan tidak membunuh Zulu tetapi dia merasa bersalah dan sejak itu persahabatan mereka terputus.
25 tahun berlalu, Rhino kini bapa tunggal dengan membesarkan seorang anak perempuan berkulit hitam, Zulu pula berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi dihantar pulang kerana sering terlibat dengan jenayah. Kepulangan Zulu dihidu oleh TIRD - Threaten Immigrant Right Wing Defense, sebuah organisasi mirip Nazi. Zulu berjaya merampas kereta dan tiket loteri milik Kolonel Diehard, Jeneral TIRD dan dia perlu ke Cape Town untuk menebus hadiah dari tiket loteri itu.
Semasa dia bersembunyi di hutan dia terjumpa semula dengan Rhino, kawan lamanya dan disitu bermula lah perdebatan diantara mereka berkenaan kaum dimana Rhino merasakan negara lain tidak begitu mendiskriminasikan golongan kulit hitam tetapi di negara nya mereka begitu kejam. Rhino yang berdepan masalah kewangan akibat Rowena yang sering menuntut wang darinya setelah mereka berpisah, terpaksa akur dengan helah Zulu kerana dia amat memerlukan wang.
Semasa menebus hadiah cabutan bertuah, Rhino tampil ke hadapan kerana jika Zulu berbuat demikian itu akan mendedahkan dirinya kepada bahaya. Untuk mengelakkan diri dari ditangkap, mereka telah menyuruh jurusolek melakukan penataan khas kepada mereka. Zulu yang hitam bertukar menjadi lelaki berkulit putih, Rhino yang berkulit putih bertukar menjadi lelaki berkulit hitam.
Rowena secara tidak sengaja terserempak dengan mereka dan mempelawa mereka ke parti nya setelah Zulu mendakwa dia adalah Neo Nazi. Rowena kini berpasangan dengan kolonel Diehard dan di majlis rahsia TIRD itu mereka ditangkap setelah penyamaran mereka terdedah. Anak Rhino, Tienkie meminta bantuan putera William untuk memerangkap Rowena dan Kolonel Diehard, mereka berjaya tetapi akhirnya ditangkap oleh Kolonel Diehard. Rhino dan Zulu berjaya mengelak dari dimakan buaya setelah menipu Elsie, gajah betina yang duduk di atas platform yang bakal menjatuhkan mereka jika dia bangun dari platform itu.
2 rakan baik itu berjaya menyelamatkan Tienkie dan William, sebelum itu Rhino menerangkan kepada Zulu bahawa Tienkie itu adalah anak Thandi, dia dijaga oleh Rhino sejak Thandi meninggal dunia dan bapa kandung Thandi adalah Zulu. Thandi gembira apabila diberitahu bahawa Zulu itu adalah bapa kandungnya kerana sudah lama dia menantikan saat itu.
* Filem ini secara halus menyindir dasar Apartheid pada ketika itu, TIRD itu sebenarnya merujuk kepada AWB ( Afrikaner Weerstandsbeweging ) sebuah organisasi pro-afrikaner di Afrika Selatan pimpinan Eugene Terreblanche pada waktu itu.
Dengan memparodikan logo TIRD yang berteraskan kepak ayam itu sebenarnya diambil dari logo AWB sudah cukup membuktikan kepada kita bahawa badan berteraskan kaum ini sesuatu yang bodoh dan menghalang penyatuan bangsa sesebuah negara.
TIRD itu juga merujuk kepada tahi keras !!! sungguh pandai penerbit filem ini mengkritik keadaan sosial pada waktu itu dalam filem komedi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.