Pisang Goreng Cheese, berlambak betul gerai-gerai yang jual pisang goreng keju ni. Sekarang hampir di setiap kawasan di Kuala Lumpur boleh ditemui gerai-gerai menjual PGK ni sampaikan nak carik gerai jual keropok lekor,cendol,rojak pun makin susah sekarang ni.
Semacam jadi 1 trend pulak, bila satu-satu produk tu dapat sambutan hangat peniaga lain yang pun jual benda yang sama atas dasar nak untung cepat. Aku sendiri pun tak penah makan pisang goreng keju ni sebab aku tengok bahan-bahan membuat dia terlampau manis. Yang buatkan PGK ni sedap bukannya keju, tapi susu pekat manis yang disalut pada pisang goreng, cheese tu hanyalah topping kepada menu ini.
Berbalik kepada topik asal, 7-6 tahun dulu cukup senang nak tengok gerai menjual buah jambu potong dan air jambu di tepi-tepi jalan dan kaki lima. Pergi la kemana-mana pun mesti jumpa gerai pacak jual air jambu dan buah jambu 88 atau pak cu. Tapi sekarang apa cerita jenama-jenama ini ?? sukar untuk ditemui. Begitulah orang Melayu, mahu cepat untung, tak berani ambil risiko...hari ini jambu batu menjadi trend meniaga jambu batu, esok lusa ayam uncle Bob menjadi trend, meniaga pula ayam uncle Bob.
Pada suatu hari, aku menaiki bas rapid KL ke AU3. Semasa memasuki Taman Setiawangsa aku sudah menemui 4 gerai bertemakan keju, 1 Char Koi cheese + 3 Goreng pisang Keju. Hairan bin ajaib, sudah la meniaga benda yang hampir sama, jarak kedai mereka pula sungguh dekat kurang dari 100 meter antara 1 sama lain. Apa mereka fikir Setiawangsa itu pusat bandar kah ramai orang lalu lalang ?? Tidak terjejas kah perniagaan masing-masing apabila menjual benda yang sama ?? Paling kelakar sekali ada seorang mak cik ini meniaga GPK di belakang sekolah SK Setiawangsa... Apa makcik ini fikir disitu ramai orang ?? Aku menghabiskan masa bersekolah di Setiawangsa selama 4 tahun aku tahulah bila masa laluan belakang itu ramai dan sedikit.
Jalan belakang sekolah itu selalu nya lenggang dan kadang-kadang tidak ada orang lalu disitu. Mungkin makcik ini berniaga dengan bunian barangkali, kerana waktu orang ramai disitu adalah tengah hari dan 6 petang dimana para ibu-bapa menjemput pulang anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.